Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

26 August 2015

Diari Ummi : Pengalaman Bersalin

As salam, fuhh! Lama tak update. Last diari ummi tu minggu ke berapa ntah. Lepas tu dah terabai. Nak update waktu raya tu pun still dalam draft. Huhu. 

Entry kali ni memang nak cerita pasal aku bersalin je. Saja nak update sebab nanti lupa lepas tu nanti bila bukak blog macam tak lengkap pulak bila diari ummi pengalaman waktu mengandung je, pengalaman waktu bersalin takde. Kurang-kurang esok kalau aku bosan-bosan boleh baca balik lepas tu teringat balik kan. :)

18 Julai 2015

(Raya kedua) Sepatutnya aku sambung beraya tapi pagi raya tu aku rasa sakit kat bahagian ari-ari. Ibu suruh aku tgk jam dan kira berapa lama jarak sakit tu. Bila aku kira, sakit dia selang sejam. Haaa lepas tu semua kalut lah suruh aku balik KL sebab rancang bersalin kat hospital panel company kat setapak. Aku tunggu tengah hari still sakit sejam-sejam. 

Ibu takutkan aku. "Ni malam ni bersalin ni.." Huh. Aku memang sakit tapi instint aku takkan bersalin waktu terdekat tu. (betul kata hati aku). So lepas makan tengah hari aku dan azam balik lah KL. Raya sehari je. :( Sobs! Sampai rumah kat ampang, azam nak hantar aku terus hospital tapi aku nak tunggu dulu. Lepas tu dah sampai malam, sakit tu still ada tapi dah start tak regular. kadang sejam kadang setangah jam. Waktu aku rasa sakit tu macam paling sakit la sepanjang aku pregnant tapi aku still boleh tahan. (padahal sebab tak tahu rasa  contraction sebenar macam mana) HAHA. Malam tu jugak lah azam hantar aku. On the way ke hospital aku cakap kat azam apa kata kita pergi check klinik biasa je dulu nak. Mana tau bukan rasa nak bersalin ke. 

Azam pun bawak la pergi klinik biasa. Doktor cakap better pergi check kat hospital terus sebab dengan kandungan aku waktu tu dah 9 bulan, memang anytime je boleh terberanak. So pergi jugak lah hospital masuk labour room check pakai CTG. Dorg cakap contraction ada tapi sikittttt je. Takde tanda baby nak keluar pun. HAHAHA. Buat malu je aih. Nurse situ cakap better puan datang bila dah turun air ketuban atau darah, itu betul-betul nak bersalin. So ktrng pun balik lah rumah...tapi sakit still sakit.  Huhu.

Kena pasang CTG
Nampak sangat tak ready nk bersalin.

30 Julai 2015

Due date!! 
But still....takda tanda yang baby nak keluar. Ibu aku mulalah buat macam-macam andaian. 
"Kau ni salah kira tarikh last period kot. Waktu ibu dulu semua anak bersalin sebelum due date."
Huh. Paling bosan bila orang asik tanya bila nak bersalin nih? -.- 

Hari due date ni aku siap pergi ke Aeon Maluri. Saja nak berjalan konon nak cepatkan bersalin. Dah la drive sorang, berjalan sorang dengan sarat-sarat. Sempatlah shopping sikit. HAHA. Tapi still, takda tanda nak bersalin. :(

3 Ogos 2015

Appointment dengan doktor. (dengan harapan nak mintak doktor bersalinkan aku)
Sebelum ni doktor ada cakap, kalau awak still tak bersalin 3 hari bulan ni kita cuba induce lah. Aku pun dengan harapan datang appointment hari tu memang niat nak berserah dirilah. Nak mintak doktor bersalin kan aku secepat mungkin. Memang time ni emosi aku jadi cam tak menentu. Selagi baby ni tak keluar selagi tu lah hati ni tak tenang dengan tahan sakitnya.

Aku : Doktor saya nak serah diri ni nak bersalin. Huu.
*Lepas scan.
Doktor : Baby awak okay. Air ketuban dan jantung baby pun okay. Semua takde masalah. So saya rasa takde sebab nak keluarkan baby ni. Saya advice tunggu lagi cukupkan seminggu, kalau awak takde tanda nk bersalin jugak baru kita induce awak.
Azam : Haa awak jgn menangis pulak.
Aku : Huh. :(

Memang time ni aku rasa macam sedih gila. Kenapa doktor taknak bersalinkan aku. Kenapa baby tak nak keluar lagi. Kenapa? Banyak kenapa dalam kepala aku ni. Sampai jadi depress. Lepas tu aku tersedar. Aku patutnya bersyukur. Baby okay. Baby sihat kt dalam perut.. Cepat sgt give up nya.

6 Ogos 2015

Genaplah kandungan aku 41 minggu. Masih takde tanda nak bersalin jugak. Huu. Sampai je hospital terus pergi kaunter untuk admit terus. Dah daftar isi form semua, nurse bawak ke labor room. Pagi tu, dorg masukkan induce. Aku dengan azam lepaklah dalam labor room. Nasiblah ada azam buat peneman, kalau tak tunggul jugak lah. Dah lah takde rasa sakit lgsg huhu. Ktrng siap bergurau senda kat dalam labor room tu. Nurse masuk kejap2 siap tanya takde rasa sakit ke? Huuu takde. :/ Bila nurse check bukaan 1 cm je bukak. :(

Lepas tu dah petang sikit tu dorg masukkan induce yang kedua. Lepas tu tak tunggu dalam labor room dah. Duduk kat wad. Waktu tu ibu dgn ayah datang dari Bentong. Aku dah ckp jgn dtg lagi sebab tak rasa nak bersalin lagi. Hmm tengok2 dah sampai kat hospital dah. Huhu. Bagi sokongan katanya. HAHA. Waktu tengah borak2 dengan ibu ayah kt wad, aku start rasa sakit perut macam memulas. Tapi buat tak tau lagi. Borak macam biasa lagi. 

Dah lama sikit tu baru terasa sakit dia lain macam pulak. Sakit gila! Aku dah start menangis. Huhu. Ibu dgn ayah tglkan aku kt wad. Ingatkan dorg terus balik rupanya duduk lepak kt kedai mamak nak tunggu aku bersalin. Dorg jangka aku bersalin malam tu jgk. HAHAHA nampak tk excited wan dgn atok tuuuu. Huu. Last2 dah sampai tgh malam aku tak bersalin lagi ibu ayah balik jgk. Waktu dah start sakit tu, aku mmg tk berenggang dgn azam. Azam start tenangkan aku. "Ummi kuat, ummi kuat kan." Aku boleh menangis sambil baca selawat banyak2. Time ni baru aku sedar "Ok aisyah cmni rupanya sakit contraction." 

Nurse mintak aku duduk labor room. Dia siap bawakkan wheel chair. Aku mintak nak berjalan je ke labor room tapi lambatla. Azam la pimpim tangan aku sampai la ke labor room. Nurse dah start pasangkan CTG nk check contraction. Bila nurse check bukaan baru 2 cm. Aku macam huh baru 2 cm tapi sakit dia.....ergh! Malam tu nurse suruh duduk labor room je sampai aku bersalin. Lepas tu nurse bagi aku ubat pandelin kot yg buat mengantuk. Cucuk kat punggung untuk bagi aku tidur dan rest. Lepas cucuk tu aku terus high, terus tidur. 

Aku dapat tidur dalam 2 jam camtu je. Lepas tu aku rasa sakit sgt sgt sgt! Bila contraction tu dtg aku genggam tgn azam. Azam ckp aku bila sakit je tgn aku mcm terkapai-kapai cari dia. Huuu. Bila sakit tu hilang aku terus tertidur balik sebab efek ubat tadi. Nurse ada pesan kalau sakit ambil gas kat tepi kepala katil tu, sedut gas tu. Katanya untuk kurangkan sakit. Time tu aku acah2 kuat. Mula2 mmg aku tak ambil langsung gas tu last-last dah tak tahan sangat aku ambil jugak. Bila sakit datang je terus aku capai gas tu sedut macam orang semput tu. Hmm tapi aku rasa dia kurangkan sikitttt je. Huhu sebelum ni doktor mmg ada ckp pasal gas tu. Dia pun dah ckp awal2 gas tu hanya membantu berapa peratus je dari sakit contraction tu.

Sebelum sakit contraction

7 Ogos 2015

Satu hari ni aku tak sedar apa, aku tak makan apa2 langsung. Last aku makan malam tu je. Lepas tu mmg tk sedar sgt dh. Nurse yg dtg check aku kt labor room dh bertukar2 org dh. hahaha. Sampai ktrng dh hafal waktu2 shift dorg kt labor room tu. Azam jgn ckp la satu hari tu tak tidur jagakan aku punya pasal! Start tgh hari aku dah sakit sgt sgt dh. Nurse kat situ dh start prepare brg2 kat tepi aku. Doktor sampai je (pukul berapa mmg aku tak ingatlah) letak handbag dia prepare pakai sarung tgn semua tinggal nk suruh aku teran je. Fuhh mmg tu je keje doktor. Dah sampai bukaan 10cm tu, dah start rasa nk teran dh. Time tu nurse punyalah macam rmi je kt tepi aku ni. Dalam 5 orang kot tak silap. Azam kt tepi aku mmg tak pernah pergi mana since aku sakit hari tu. Huuu. 

Waktu yang ditunggu sudah tiba. PUSH!!! Automatik aku terus jadi macam pandai pulak meneran. (tak payah pergi kelas meneran huhu) Sebelum ni ada baca tips sikit2 macam mana nak teran. Punggung jangan angkat, jangan jerit, jangan nangis. Benda2 camtu jela aku ikut. Huu. Paling penting selawat nabi nuh tu. "LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN" Waktu 1st teran doktor cakap, "Haaa lagi sikiiit je." Aku macam, huh bia betul lagi sikit je nk keluar. Azam ckp mmg doktor tipu pun. Waktu tu baru keluar kepala sikittt je. HAHAHA. Doktor tu mmg pandai psyco betul lah. Tengah teran dia hanya cakap benda positif je. "Bagusss...Pandai awak teran...Bagusnya...Haaa macam tulah..." Yang nurse ramai2 kt tepi tu jgn ckpla. Dorg pun sama jerit. "Pushhhhhh" Bila time teran, bising labor room tu suara semua org jerit push. Bila time contraction tak dtg, aku tidur!! HAHAHA sebab efek ubat tu tak habis lagi so aku mmg tgh high sgt! Bila contraction dtg azam kejut, sayang bangun cepat syg. Lepas tu sambung teran. Azam tlg tolak belakang aku sambil baca selawat nabi nuh tu kt tepi telinga aku. Dia pun sama lah jerit "Sayang boleh sayang, push lagi sayang." Dalam hati mcm tak caya je dia ckp cmtu. Azam siap boleh buat lawak, dia pergi tgk kt tepi doktor, "Owhhh lagi sikit je nih. Boleh lagi sekali teran je nih sayanggg." Nurse kt situ gelak je kt dia. -.- 

Dah bape kali teran, aku memang takde tenaga sebab satu hari tu aku tak makan. Time contraction hilang tu, aku mintak kurma kat azam. "B, sayang nk kurma." Nurse tu punya terkejut, "Doktor boleh ke bagi makan?" Doktor suruh bagi je. HAHAHA. Aku pun tak tau macam mana aku boleh terpikir nak mintak kurma. Tapi memang aku rasa mcm nk give up sebab dah byk kli teran tak keluar2 jugak baby nya. Waktu aku nak give up tu, doktor siap psyco lagi, "Lagi sikit je lagi ni, kalau tak kita nk operate je." Aku dengar operate tu yg terus mintak kurma kot. HAHAHA.

Lepas makan kurma, dalam 3 kali teran sedar2 baby dah menggeletik atas badan aku. Badan dia basah berlendir. Terkejut aku. Wahhh lepas tu semua nurse laju je buat kerja. 2 org nurse setelkan baby, 2 org lagi setelkan aku. Doktor terus jahit luka aku ada dalam 2cm cmtu. Aku tengok jela doktor tu jahit pakai jarum macam mata kail ikan tu tapi lagi besar dan tebal..! Gulp! Tapi aku macam tak heran dah doktor tu nk buat apa. Aku pandang kiri nampak baby tengah menangis melalak nurse tu tgh buat apa tah kt dia. Lepas tu aku ternampak kat sudut hujung labor room tu Azam tgh nangis. :) Dia menghadap dinding labor room tu sambil lap air mata dgn sapu tgn dia. Alahai time tu rasa happy sgt sgt! Haih tak tau nk ckp ape. Alhamdulillah!

Aku nampak nurse tu bg baby kat Azam, azankan baby. Lepas dah azankan baby, Azam tanya doktor. "Semangat betul badan dia doktor. Berasa betul time dukung dia." Waktu tu nurse dah ambil baby untuk setelkan baby. Terdengar jugak nurse ckp, "Comelnya mcm mama dia. Muka mama dia dia ni." Lepas tu nurse yg setelkan baby tu dtg, "Baby berat 3.75kg doktor." Semua kt situ terkejut. Huhhhh patutla semangattt. Kecohlah labor room tu HAHAHAHA. Lepas je doktor dh setelkan jahit, nurse pun dh siap bersihkan darah kat badan aku semua, aku terus tidur. Tah bila masa aku tidur pun tak tau. Tapi takde la lama sangat aku tidur. Bangun je tgk sblh Azam tengah tgk aku tidur dari jauh. Aku bangun2 terus senyum kt dia. Azam nampak aku dh terjaga dia dtglah kt tepi aku. Huuuu lepas tuuuu rahsiaaa. HAHAHAHA. Moment ni biar lah ktrng laki bini je ingat sampai bila-bila. :)

Fuhh finally siap jugak mengarang pengalaman bersalin. Asik tergendala je dalam draft. Yela baru nak menaip baby menangis lah nak susu lah. Macam-macam hal. Huhuhu. Ok dah la bai.

Abah and her little princess. Time ni baru 1 hari.

Aku lepas beberapa jam meneran. Muka sememeh. Bekas kuning tu stand by sebab aku asik muntah efek ubat.

Hai! Sayalah budak yang taknak keluar2 tu HAHAHA. Time ni lepas beberapa jam keluar dari perut.

Alya Umairah Binti Muhammad Azam. Welcome dear. Muahhh!

Wan dan atok orang pertama datang tengok saya. Excited terlebih!

Satu-satunya gambar bertiga full kt hospital yang ada.
Alhamdulillah! :)

19 June 2015

Diari Ummi : Minggu ke 34

Fuhh!! Tarik nafas..lepassss~ Lebih kurang lagi 40 hari je lagi. Itupun kalau baby keluar on due lah kan. Huhuk! 

Sebelum tu nak ucap selamat berpuasa. Tahun ni pertama kalinya berpuasa sebagai seorang isteri. Weeeee~ Raya pun esok sebagai isteri. Nak pakai dondon dengan Azam. Hehehe tapi tahun ni tak raya sangatlah. duduk rumah je pun nanti sambil menunggu due date. Baru ramadan ke 2 kan, so far untuk persiapan sahur dengan berbuka memang rasa macam ralat lagi. Nak kena bangun awal dari Azam nk ready makanan sahur. Lepas tu mesti teringat puasa kat rumah dulu ibu yang akan bangun dulu ayah orang last bangun. Bangun tinggal nak makan je. -.- Huhuk! Tapi tu kan lumrah. Kalau dapat husband yg bangun sama-sama sahur siapkan makanan ok lah kan. Kalau macam Azam kalau kejut awal-awal pagi ni pending sikit. Lambat 'sedar'. Lagi pun dulu time Azam bujang dia memang tak bangun sahur. Dia cuma minum air masak dengan kurma. Itu pun dah letak siap-siap kat tepi katil. HAHAHA. Bagi dia pun mesti kekok kena bangun pagi sahur sebab dah biasa bujang cm gitu. Untuk berbuka pun takde nak cite panjang lagi, sebab baru je lagi. Tapi bila kita sendiri siapkan semua rasa seronok puasa! Aku dah macam mak-mak suruh Azam minum air banyaklah bagi makan kurma lah. Last-last dia tegur aku. "Sayang, abang bukan first time puasa yang." HAHAHA. :D

Target puasa tahun ni nak puasa full! in sya Allah. Dah ada peluang nk dapat full puasa ni kan bukan selalu dapat. Betul tak. Memang harap sangat dapat full. Hari-hari bagitau baby, "Kita puasa sama-sama ye" in sya Allah baby kuat! Ummi pun kena kuat! Chaiyokk! Ingat pesan nurse. Hehehe. Kalau boleh nak dapat full jugak solat terawih tapi so far dah skip dah untuk ramadan ke 2. Hurmm sebab tak larat sangattt. Nak kena berebut kerusi nak solat lagi dengan makcik-makcik yang pakai kerusi jugak. Dah datang awal pun still penuh. Takpela slow-slow lah. Kalau aku larat, aku pergi jugak. Hehehe.


Dah masuk minggu ke 30 ke atas ni, sakit pinggang ni makin menjadi-jadi. Yelah baby dah makin beratkan so i lost my gravity center. Nak turun tangga, nak berjalan, nak bangun dari kerusi or duduk kat lantai is a big problem to us. :( Tangan ni memang nak kena capai something to hold takut jatuh pulak. Jatuh toilet dah 2 kali dah. serius aku cuak! Nasib baik bukan jatuh hempap perut atau jatuh terduduk. Tapi dia punya cuak, sampai sekarang aku terpikir, jatuh ptu keluar darah ke ape ke. Start dah fikir bukan-bukan. Yela time cmni macam-macam boleh jadi betul tak?

Kaki aku bengkak dia dah macam ape dah macam belon air. Ibu aku pun terkejut kenapa kaki aku besar sgt bengkaknya. Selipar memang dah tak boleh tampung dah. Siap hilang sebelah kat surau lepas solat terawih. -.- Dah tak tahan sgt dah tu. Bayangkan lah, dalam ramai-ramai datang surau tu selipar aku yang buruk dah hitam-hitam tu boleh hilang. Hilang sebelah pulak tu. Aku pun tak paham macam mana boleh hilang. Check kt longkang kot-kot lah tercampak ke, takde pun. Kalau nk kata masuk longkang ptu kena heret air dalam longkang, impossible sebab time tu tak hujan pun dan longkang sangat la cetek dan kering. End up aku pakai selipar jepun surau tu sambil jinjing selipar lagi sebelah bawak balik. Nanti baru pulangkan balik selipar surau tu. Huhuu. Bila malam tidur dah tinggikan kaki dah but still membengkak. :(

34 minggu dan muka kembang!
Ok, untuk persiapan nak sambut orang ke-3 ni so far berjalan lancar. Beli barang pun setiap bulan beli sikit-sikit je. Mana mampulah. Beg baby dah siap-siap pack dah letak dalam bonet kereta. Tinggal barang aku je tak siap pack lagi. Barang macam baby car sit kita hold dulu. Nanti dah bersalin lepas pantang baru beli. Baru-baru ni beli breast pump. Sebelum ni dah survey macam-macam brand. Nak yang kualiti tapi harga still affordable lah kan. Brand Avent, Spectra dgn Madela aku dah survey harga dorg, dan sememangnya bukan dalam budget ktrng lah. :( Memang tengok banyak review cakap brand tu semua bagus. Yela barang baik harga pun baik lah kan. Bila aku cari lagi brand apa yang best aku jumpa brand Snow Bear atau Malish yang kualiti dia ok dan harga pun dalam kemampuan.

Lepas tu tengah cari-cari terjumpa satu blog ni, (LINK) Kedai ni kat bangi seksyen 9. Dia ada jual breast pump brand Malish dan harga dia okay lah. Kalau tengok kat kedai-kedai biasa pun macam tak dapat harga tu. Tapi kat bangi la pulak kedai dia. Dia just bagi alamat kedai je tak tau pulak nama kedai dia sebenar Pump On The Go. Hurm nak tak nak ktrng pergi jugak lah ke bangi nak beli breast pump punya pasal. HAHA. Aku ni waze lah ikut alamat kat blog tu.Sesat-sesat jugak lah nak cari kedai. Aku cakap dengan Azam "Ni memang kena beli jugak ni takde nak survey lagi dah, sampai sesat-sesat mencari. HAHA" Nasib baik sebelum gerak Azam ada try search kat ig. Dia ada jumpa nama kedai tu. Aku memang tak tau kedai tu. Dia tulis Breast Pump Murah je. Ptu try jela kt waze pump on the go baru keluar kat waze. Hummmphh! Sampai depan kedai nampak macam tak de ape je kedai nih. Macam sunyi je. 

Waktu datang, ktrng je ada kat situ. Lepas dah lama sikit barulah nampak kedai tu ada je orang datang beli. 2-3 orang jugak datang. Kira ramai la sebab kedai dia jual breast pump je dengan aksesori untuk menyusu la sikit. Dah sampai tu tengok lah satu-satu barang kat situ. Dia memang dah bawak keluar siap-siap breast pump tu. Tersusun rapi atas meja. Satu meja yang single pump lagi satu meja double pump. Aku memang terus pergi usha yang single sebab memang target beli single je yela lagi murah kan. Kakak sedara pun cakap pakai single pun takpe. Boleh je. Nanti kalau tengah pump tutup je breast lagi sebelah pakai kain atau tadah pakai botol je. Aku yang takde pengalaman ni ok ikut jela nak ambil single.

Dah belek-belek semua breast pump aku pun di bawa sales assistant utk try breast pump tu. Dalam banyak-banyak kedai aku search kedai ni je yang bagi customer try. Dia dah siap sediakan satu bilik khas. So mula-mula aku ambil 2 brand. Malish dengan Eve Love. Try lah kat situ satu-satu. Mula-mula cuak jgk sebab kita mana pernah keluar susu boleh ke tiba-tiba nak pump. Kang tak efek breast aku ke. HAHAHA. Alah takde apa pun. Try jela. Adik tu cakap memang semua jenis brand akan ambil masa 30 minit untuk pump termasuk 2 minit untuk massage sebelum pump. Ok bila try Malish, rasa dia suck lembut sangat-sangat! Macam tak rasa pape. Ok lepas tu try rasa Eve Love pulak. Ok terasa la kena suck but still in soft mode lah. Bagi aku, lagi puas hati suction Eve Love tu. Adik tu cakap ada ambil Malish sebab dia lembut je. Ada setengah orang tak nak ambil Eve Love tu sebab kuat sangat sampai sakit nipple. Bunyi pulak memang bising sikit lah bunyi mesin tu. Adik tu cakap brand Spectra je yang memang takde bunyi langsung. Dia siap tunjuk kt aku serius memang takde bunyi tapi mahal woi. RM700+ >.<

So untuk review lebih lanjut lepas aku bersalin nanti lah. Kalau sekarang aku review lebih-lebih kang tak sama pulak lepas dah guna waktu dah ada susu. Betul tak? Ok lepas tu aku decide nk ambil Eve Love tu yang single. Sebelum keluar bilik, adik tu ajar lah macam mana nak bersihkan breast pump tu, ada several components yang tak boleh kena air, ada yang tak payah rendam dengan air panas. Dia siap tunjuk macam mana nak pasangkan balik component tu bila dah tanggalkan nanti. Satu per satu dia ajar. Lepas tu keluar bilik tu cakap dengan Azam nak ambil Eve Love ni yang single. Explain lah kat dia kenapa suka brand tu. Yela woi nk keluar duit dia wehhh. HAHAHA love you b~ 

Lepas dah bincang, tiba-tiba Azam cakap why not beli je terus yg double pump nih? Aku macam. Huh? Boleh je nak beli yang double tapi mahal sikit la dari single pump ni. Lama jugak la berbincang nak beli single ke double. Hadehhh. Azam suruh aku ambil brand Malish yang double sebab murah sikit tapi aku tak berapa suka suction dia. Kalau nk ambil double beli brand Eve Love jugak. Tapi kedai tu takde stock pulakkkk. Lepas tu tengok brand Lacte dia punya breast shield semua sama macam Eve Love. Aku nak jugak breast shield macam tu sebab aku dah try. HAHAHA. 

Last Azam cakap, "Baik awak ambil cepat sebelum abang tukar fikiran." HAHA Ok sayang ok jeeeee. End up beli duet breast pump brand Lacte. Aku target brand lain, brand lain yang beli patu target nak beli single je beli yang double pulak! HAHA. Sabar jelah.Keshinggggg! Selamat RM450 duit Azam. Love you love you! :P


Dapat freegift; 2 botol Jingle Jungle, Ice Pack (Gel) Autumnz, Beg Vcool 2in1 Autumnz (Atas letak BP, bawah letak botol) dan 2 pack breast milk storage bag.

Depan kedai Pump On The Go di Bangi, Seksyen 9.
Warranty breast pump ni setahun start on due date kita. Nanti dah bersalin terus hantar kad warranty tu kt HQ dia. Ke semua brand sama je? Huhuhu. Bila dah balik rumah baru tahu kedai Pump On The Go ada je kat Kelana Jaya dengan Putrajaya. -.- Hurmmm penat je sesat-sesat kat bangi. Sebelum balik Ampang singgah kedai Manjaku kat Bangi, lepas tu iye-iye je cakap lepas ni boleh lah datang Manjaku ni nak beli barang baby. Hurmmm rupenya ada je merata Manjaku kat Ampang dengan Wangsa Maju. -.- Nampak sangat new parents kan ktrng nih. HAHAHA. Baru tau wujudnya tempat nk beli barang baby. HAHA. Sebelum ni target kat shopping mall je. Alahai~

27 May 2015

Diari Ummi : Minggu ke 30

Ok dah genap 30 minggu dah. Kemain sakit perut nih. Makin berat. HAHA. Semalam check up baby lagi, sekarang dah start kena check up 2 minggu sekali. Bukan sebulan sekali macam dulu.

Fuhh! Sekarang ni makin slow bila berjalan. Bila nak angkat kaki rasa sakit kat celah kangkang tu. Hmm bila tanya akak ofis, dia cakap "Baby dah selesa duduk kat bawah tu. Dah tak sabar nak keluar dah tuuu~"  Aku, "Gulp!" Bila aku tanya nurse semalam pun dia jawab benda sama. Kaklin (akak ofis) suruh aku urut tolak ke atas. Bila aku tanya nurse boleh ke saya urut bawak ke atas. Nurse tak bagi. Dia cakap takut anak terbelit kat dalam. Risiko meninggal dalam perut. Rupanya kaklin cakap memang tak boleh urut. Dia suruh aku macam tolak je baby tu ke atas. Usap slow-slow bawak ke atas pastu siap pesan cakap dengan baby suruh dia naik kat atas sikit. Huuu.

Malam tu puas lah aku pujuk baby ni naik lah atas sikit. Sebab memang sakit sangat. Lagi-lagi bila nak angkat kaki. Memang rasa la ada benda tersepit kat celah nih. Haih. Naik atas sikit nak, sian ummi nak jalan sakit. sobs! Hehehe. Semalam check up macam biasa je. Seronok tak ramai orang dan nurse kemain lagi mood semua baik-baik. HAHA.

Aku : Bulan puasa nanti saya dah 8 bulan, boleh ke saya puasa ni nurse?
Nurse : Eh bolehhh. Awk kena kuat tu jela. Tiap-tiap malam pesan kat ank awak nak puasa, in sya Allah anak awak paham, kuat dia nanti. Saya pun dulu dapat cukup satu bulan puasa.

Subhanallah. Besarkan kuasa tuhan tu. Anak kita yg dalam perut tak jumpa pun kita lagi boleh paham kita. Semua atas kita. So, untuk bulan ramadan tahun ni aku memang berazam nak capai puasa penuh sebulan! In sya Allah. Selagi aku larat, aku mampu aku akan tahan puasa sampai waktu berbuka. Anak ummi, kita boleh okayy!! Kita puasa sama-sama ye. *Kalau aku cakap dalam hati agak-agak baby aku dengar tak? HAHA.

Lepas tu nurse bagi aku satu brochure tentang panduan menyusukan bayi. Memang rata-rata kalau tanya sape-sape pun semua galakkan utk breast feeding. Kalau susu aku nanti melimpah ruah alhamdulillah. Kalau susu aku surut atau tak banyak susu kenalah ikhtiar cara lain macam mana nak banyakkan susu badan. Kat brochure tu banyaklah info dia bagi. (tak baca habis lagi) In sya Allah mesti ada rezeki baby nantikan. Amin.





Lepas dah check jantung baby semua ok, then aku kena cucuk untuk mengelakkan kancing gigi. Waktu cucuk tu tak sakit pun, bila malam aku tidur mengiring himpap kat bahagian inject tu, bangun pagi rasa macam sakit lak. Takde pape kot. Huuu.

HAHA, nanti azam call aku jawab tengah buang kalori. Hahaha.
Orang cakap kalau BF baby boleh kuruskan badan lepas bersalin. Betul ke?
Antara posisi untuk menyusukan baby
Ok bye!

18 May 2015

Diari Ummi : Minggu ke 29

Masuk ke trimester ketiga betul mencabar kewibaanku! Huh! Demam teruk penangan gigi bungsu baru nak tumbuh pulakkkk! Waktu pregnant nilah dia nak tumbuh kannnn :( 

Kebetulan waktu start badan panas tu malam hari aku kena pergi check up. Malam tu memang tak tidur. Kejap-kejap jaga. Tiap kali jaga azam tuam dengan tuala basah. "Panas betul badan awak ni" Dengan kepala berdenyut tak berhenti. Selalunya kalau aku sakit kepala, bangun tidur boleh teerus lega. Ini nk buat tidur pun tak boleh. Berdenyut-denyut macam nak pecah! :( Tak sabar nak tunggu pagi sebab nak pergi check up nak mengadu domba dengan doktor. Memang kebetulan check up kali ni jumpa doktor. Semua nak kebetulan. -.-

Azam bawak la aku pergi check up sebab aku memang tak boleh nak drive. Dan aku dari malam tu aku tak boleh nak makan, asal masuk je makanan muntah balik. Hidung ni memang dah tersumbat dah susah nak nafas. Tekak dah start rasa sakit dan perit. Fuhhh! Sepanjang dalam kereta aku senyap je. Azam macam banyak kali macam ajak borak taknak aku fikir pasal sakit tapi aku memang tak larat. Dah sampai klinik ramailah pulak manusia nyaaaa~ Selalu pergi takde ramai punnnn. Napelah time cmni nak ramai kannnnn. -.-

Sampai je ambil darah sebab memang dari last appointment nurse suruh ambil darah. Waktu nak ambil tu nurse tu tegur, "aih dah nak bersalin dah ke awak ni? Dah nampak pusat terkeluar." -.- Malas aku nak layan. Sengeh-sengeh jelah jawab eh tak lah. Kali ni ambil darah rasa sakit sangat lepas tu ada kesan lebam. Sebab aku demam...kot? Ntah.

Tunggu. Tunggu. Tunggu. Aku lapar. Azam beli roti, aku baru makan secuit roti tu. Hmmm terus ke toilet muntah balik. Kebetulan waktu aku muntah tulah nombor aku naikkkk. -.- Tergedek-gedek aku keluar toilet cepat-cepat nak masuk bilik doktor. Masuk je dengan mata berair-air merah doktor tanya, "Haa kenapa awak nih?" "Baru lepas muntah doktor. Saya demam la doktor rasanya gigi bungsu nak tumbuh. Bla bla bla.." terus mengadu kat doktor. Doktor pun terus check temperature aku 36. Panas lah jugak kan.

Ok lepas tu check up baby macam biasa. Baring kat katil. Hari ini nak scan baby! Heee. Doktor kali ni doktor perempuan muda. Dia tunjuklah ok ini kepala baby, ini uri, position baby sekarang kepala kat bawah tapi still boleh berubah, berat baby 1.4kg (kecik je, tapi perut besar!) HAHA. Lepas tu doktor tanya awak nak tengok gender baby ke? Eh sini boleh nampak ke doktor? Haa ni tengok anak awak punya tutut. Heeee Nampakkkk. Tapi doktor cakap awal-awal, scan ni bukan 100% betul, tapi kalau ikutkan gambaran ni baby awak...............................





 baby girl.




Wahhhh sukanyaa bila dapat tau gender baby tapi aku tetap kena ingat itu bukan 100% betul. Sebab taknak nanti kalau keluar lelaki ke tiba-tiba ptu nak frust ke ape ke. It's just for info jela. Keluar nanti boy ke girl tak kisah janji baby sihat, aku pun selamat lah hendaknyaaaaa! Amin! Untuk beli barang pun, takdelah nak beli semua pink. So far pun beli barang semua ambil warna safe macam oren atau putih, corak stripe. HAHAHA. Play safe sangattt. :D

Baby dalam perut lagi dah pakai tudung. Hehe.
Lepas tu doktor suruh aku pergi ambil ubat kat klinik kesihatan lepas tu terus check gigi. Waktu keluar je bilik doktor terus cerita kat azam tadi dah scan baby nampak baby girl. Senyum lebar azam. Kemain! Hehehehe. "Takpela yang, tak penting pun janji sihat." :)

Keluar KKIA je terus pergi klinik kesihatan ambil ubat lepas tu terus check gigi. Doktor gigi cakap memang ada poket kat gusi gigi bungsu tu, bila makan makanan akan berkumpul kat situ lepas tu dia advise suruh kerap cuci bahagian tu. Dia cuma bagi antibiotik dengan ubat tahan sakit. Lepas tu balik, bungkus makanan. Sampai rumah aku makan nasi lepas tu muntah balik. :( Paksa jugak makan lagi sekali sebab perut memang kosong sangat tak makan. Nasib baik ok tak muntah dah. Makan ubat, solat, lepas tu tampal cool fever terus pengsan! Azam terus ambil cuti kerja nak jaga aku punya pasal. Thank you husband. Sobs! 

*Tiba-tiba terpikir orang yang mengandung tanpa suami disisi. Mesti terseksa kan. Siapa nak tolong urut-urut, picit-picit, siapa nak tolong hantarkan ke klinik, siapa nak uruskan makan semua kena uruskan sendiri. Kesiannya. Hmmm lagi aku terfikir yang dah sakit-sakit mengandung bersalin boleh suka-suka buang anak sendiri. Ada yang hidup diselamatkan orang alhamdulillah, yang mati siap kena hurung ulat. Hmmmm Nauzubillah! Mungkin dorg ada alasan sendiri tapi kesian anak yang tidak berdosa tu. Heish! Touching pulak. :(

07 May 2015

Diari Ummi : Minggu ke 28

*pejamcelikpejamcelikpejamcelik*
Dah masuk trimester yang ketiga. Hurmm excited plus nebes wehhh! Banyak persiapan tak buat lagi. Macam-macam nak kena setelkan. Fuhhh! Harap sempatlah sebelum puasa dan raya. Sebab nk fokus puasa lagi nak fokus raya lagi (nak makan banyak waktu raya, nnt dah pantang semua tak boleh makan) :P

Yes betul. Lantaklah barang tu jatuh. Berat hati betul nak tunduk nak ambik. HAHA.
Fuh dah masuk 28 minggu ni, perut membesar terlalu drastik. Aku rasa macam bawak tembikai dah. Bluergh! Jalan memang macam penguin dah. Hehehe. Nanti baby dah keluar mesti rasa kekok pulak jalan normal balik. HAHA. :D

Aku tak sabar nak scan baby. Matlamat utama bukan sebab nak tahu gender sahaja, nak tahu kedudukan baby, nak tahu berat baby, air ketuban cukup ke terlebih, itu yg lebih penting nak tau. Harap-harap semua okay lah kat dalam tu ye. Yang pasti sekarang aku dah terasa baby kick kat bawah. Kalau sebelum ni baby kick kat belah kanan. Sekarang ni bila dia kick, perhhh! Ngilu weh pundi kencing! Paling extreme bila baby ni jogging kot. rasa macam dia tendang banyak kali. Ya Allah! Hanya Kau je yang tau rasa dia macam mana. Fuhhh!

Position baby sekarang.

Aku ada masa lagi 84 hari je lagi sebelum hari bersalin. Sekarang ni memang fokus untuk persiapan orang ketiga yang bakal keluar ni. Banyak lagi barang dia dan barang ummi dia ni tak beli lagi. Fuhh! Wish me lulck!

"Being a young mom means that we met a little early, but it also means i get to love you a little longer, in sya Allah."

05 May 2015

Diari Ummi : Boy ke Girl?

Sekarang ni perut aku memang dah start nampak. Dan bila jumpa dengan family, sedara-mara semua tanya lelaki ke perempuan?

Aku hanya akan jawab : Belum scan gender lagi. Rasa-rasa baby boy ke girl?

Dan macam-macam reaksi orang. Ada yang terkejut aku tak scan gender. "Kenapa? tak excited ke nak tau? Kenapa? Scan tak nampak ke? Baby kepit eh? HAHA. Macam-macam.

Boy ke girl??? HAHA.
Ramai yang jawab, aku kandung anak perempuan. Hehehe. Ktrng tak kisah pun keluar nanti baby girl ke boy. Tapi mula-mula dulu memang azam ada cakap kalau boleh nak baby boy. Biasalah kan nak geng letuwwww~ Hehehe. Aku ada tanya kalau baby girl camne? Takpela tak kisah pun laki ke perempuan janji sihat macam ummi dia. -.- nak cakap aku 'sihat' sangat lah kannnnn. Huh!

Macam mana nak tau dalam perut ni baby girl ke boy??

Kalau ikut infographic ni more to baby girl. Hehehe.
Kalau girl, jadi solehah macam ni tau. Hehe.
Takpe gedik-gedik macam umi pun takpe janji solehah. :)
Kalau baby boy, pakai spek macam abah. Hehehe Stylo macam abah eh. HAHA.


Amin. :)
Hehehe. Nanti kalau ktrng dah scan, ktrng bagilah tau semua orang. tapi memang majoriti semua cakap baby girl. Hehehe. kalau betul tak sabar nak men anak patung. men tukar-tukar baju cecomel. HAHAHA. Tapi sekarang aku tak fikir sangat gender. Aku asik mengerang sakit je. Bila tanya kat orang yg pengalaman. "Yelah mengandung memang sakit itu sakit ini. Semuanya sakit." Jawapan lebih kurang je semua. :( 

Setiap malam macam gini. -.-

HAHA, tunggu jela waktu ini tiba. Mesti gelabah!
:')

Aaaaa nak nangis.

"Baby, we never have met or even scan you yet but why i already love you.....they said love at the first sight, its a lied."



21 April 2015

Diari Ummi : Minggu ke 25

Sekarang ni baby aku dah ada lagu fav. Kemainnnnn! memang lately aku rajin bukak and download lagu kanak-kanak yang comel-comel gituwww. Satu hari azam bukak lah one of the video yang aku download kat tv. Lagu 'Tanya Sama Pokok by Mawaddah'. Waktu azam pasang tu, baby asik tendang je. banyak kali! Aku dah tergelak-gelak. Azam ingat aku gelak kat baby tu joget tunjuk bontot. HAHA. Lepas tu aku tarik tangan azam. "Cuba rasa ni baby joget". Azam pun rasa baby tu tendang banyak kali. HAHAHA. Tak tau lah macam mana rupe baby ni joget dalam perut. Lepas tu azam try bagi aku dengar lagu ni kat eyerphone. Baby still menendang bila lagu tu pasang. Memang ktrng gelak je kat baby. Bila lagu stop dia pun dah tak tendang. HAHAHA. 



Nanti baby dah keluar try pasang lagu ni mesti baby suka. Hehehe. Kalau dengar pun lagu ni memang catchy and baby dalam video tu joget pun memang comel sangat! :D

13 April 2015

Diari Ummi : Minggu ke 24

Dah 24 minggu. 6 bulan? Wowww lagi beberapa bulan je lagi wehhhh!

Hari tu pergi check up macam biasa. Nurse suruh timbang berat. Naik lah tempat timbang tu macam biasa. Lepas tu nurse tulis kat buku merah. Then dia selak sebelah (previous check up). "Eh banyaknya naik berat awak ni!" Sepatutnya kena naik berat dalam 1kg sebulan je. Tapi aku naik mendadak 3kg terus. :( "Ok macam ni awak kena minum air gula (MGTT). Hari jumaat ni datang pagi macam biasa kita bagi awak minum air gula." *sambil senyum sinis kt aku yang tengah blurr. 

OK. Pagi jumaat datang pagi macam biasa. Nurse dah pesan start malam khamis aku dah kena puasa. tak boleh makan atau minum pape pun. Mula-mula azam tanya nak teman ke tak. Aku konfiden cakap takpe boleh je ni pergi sorang. Huh! Tapi azam still nak temankan aku. Aku pun datanglah dalam keadaan separuh lapar sebab tak makan pape dari malam. Mula-mula ok je tapi dah start rasa tak sedap badan dah sebab takde tenaga.

Nurse panggil, ambil darah. Fuhh tiap kali moment jarum nak masuk tu aku tak pernah tengok. Aku akan berpaling tempat lain. :( Ok dah ambil darah, dia bagi segelas cawan air gula. Ada la jugak beberapa ibu yang tengah bertungkus lumus minum air gula tu. Aku tanya sorg akak sebelah aku ni. Tak boleh minum air masak ke lepas ni. "Tak boleh dik. Akak dah setel, ok good luck ye" Sambil bla dengan muka kerut-kerut baru lepas habiskan air gula. Aku dah seram je tengok. Then ambil lah satu cawan. Aku hanya mampu minum sikit-sikit. MANIS SANGATTTT OK! Ada yang terus teguk one shot. Ada foreigner ni lagi best. "Nurse, saya sudah minum ini kat rumah bancuh sendiri" tergelak semua nurse kat situ. "Ok camtu awak balik lah, minggu depan datang balik minum air gula kat sini." Hahaha, Ada jugak eh.

Lepas tu nurse suruh tunggu kat situ dalam 2 jam. Dia tak bagi pergi mana-mana sebab nanti pape dia nak panggil senang. Aku pun kua kat azam. 10 minit pertama duduk kt situ aku tahan lagi lepas tu rasa lain je. Macam nk muntah dengan sakit pinggang duduk lama sangat. Last-last aku ajak azam tunggu dalam kereta sebab aku nak baring. So azam pun bawaklah aku tunggu dalam kereta. Sempatlah azam tidur kejap. Aku memang tak boleh tidur. Aku duduk diam je. Memang tak tau nak cakap perasaan tu. Dah lah lapar gila, takde tenaga, kena tunggu lama. Haih! Azam byk kali tanya ok tak ni. Haa nasib baik abang teman awak. Macam ni awak nak pergi sorg. Huuuu. Lepas tu azam siap teman aku puasa lagi. Aku suruh dia pergi beli makanan sebab dia tak sarapan pape pun lagi. "Takpela saya teman awak puasa." Alololo....

Dalam sejam ktrng tunggu dalam kereta, azam bwk aku masuk balik kt klinik. Tunggu lagi dalam 10-20 minit kot baru nurse panggil. Nurse ambil darah lagi. Lepas tu dia cakap kat tangan kiri aku ni dah takde lubang nak cucuk ni. Dia tanya aku nk cucuk kt tempat yang sama ke nak cucuk tangan kanan pulak. Aku pun hulur terus tangan kanan aku. Berlubang-lubang tangan aku nurse ambil darah. Huuu... Lepas dah ambil darah baru boleh balik.

Time ni memang takde tenaga sangat. Ajak azam makan. Azam bawak kat kedai nasi ayam. Makan la macam biasa. Half way makan tu dah raasa lain dah. Sebelum tu azam dah cakap dah. Ni kejap lagi awak muntah ni percayalah. Iyeee betul tu awak. Nasib dah get ready plastik dalam handbag. Muntah sekilo. :( tu 1st time la muntah kt kedai makan. Aku paling risau kalau muntah kat kedai makan. Heish! Nasib lah azam teman. Aku sorg memang terkapai-kapai lah. Azam suruh aku terus pergi kat kereta, dia pergi bayar. Waktu bayar akak cashier tanya kenapa tu. Agaknya risau kot makanan dia tak sedap ke ape ke kan. Azam jawablah isteri saya pregnant. "Ouhh biasalah tu."

Balik rumah memang terus collapse kt sofa. Azam yg tolong betul-betul kan position. betulkan bantal semua. Aku memang serah badan je. Tak larat wehh! Memang terus pengsan! Memang aku cancel lah ke ofis cmtu. Terus ambil emergency leave. Sedar-sedar azam dah nak keluar rumah pergi solat jumaat then terus ke ofis. Lepas tu pengsan balik. Aku terjaga sebab lapar gila yela dah muntah sekilo tadi lepas tu tak makan pape. Menggigil aku pergi dapur cari makanan. Dah jamah roti dengan serunding lepas tu pengsan balik! HAHA. memang tak larat sangat. Haih!

Lepas ni kalau check up aku punye berat tak terkawal lagi kena minum air gula balik. Aku taknak!! Huuuu. :( Tq suami tolong aku serba serbi. 

02 April 2015

Diari Ummi : Minggu ke 23

As salam,

Hari ni genap dah aku 23 minggu mengandung. hehe. Ape perubahannya?

Perut aku yang makin memboyot dan membesar which is means baby lah yg makin besar kan. Heee. Lepas tu selalu rasa macam tak percaya, "Eh aku dah nak jadi mak dah ek?" Ptu macam lupa balik ptu tersedar balik dah nak ada baby. HAHAHA. -.-

Masih muntah lagi. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin makanan yang aku makan tu kadang-kadang baby tak boleh terima memang di tolak balik apa yang mak dia ni makan. HAHAHAIH. -.-

Baby dah start gerak! Ya Allah, hanya Kau je yang tahu macam mana rasanya bila 1st time dapat rasa baby tu sendiri respond kt kita. Mula-mula aku cuma rasa macam gerak-gerak kecil je. Tapi bila aku pegang perut memang tak rasa pape. Mungkin sebab dia kecil lagi tapi rasa lah benda bergerak-gerak dalam perut sendiri kan. Semalam, 1st time lah dia 'tegur' aku. Aku letak tangan atas perut ptu aku rasa tangan dia tolak balik tangan aku. Eh2 nak pegang tangan ummi lah tu kan. HEHE. :D

Sebelum ni, bila orang tanya, "Baby dah gerak dah?" Aku tak reti nak jawab macam mana. Sebab tak pernah rasa kan. dan tak tau macam mana rasa dia. Macam mana nak tau yang kita rasa tu baby tengah gerak? Ada cakap terasa tulang-tulang badan dia berlanggar dalam perut kita. Ada cakap rasa macam perut kita dah masuk angin. Huhu tunggu jelah baby besar lagi sikit mungkin rasa macam-macam kot.

Ibu aku dulu cerita waktu mengandungkan adik aku, siap kena tolak ke tengah sebab tiba-tiba dia duduk tepi. HAHA. Baby ni memang boleh bereng-berenang dalam perut kita ke camne? Suka hati dia nak pergi mana kan. haha. Tapi yang aku perasan baby akan gerak bila  aku tengah makan. Hmmm berebut dengan ummi nak makan kan. Huhuhu.

Kaki dah start membelon! Blurgh dah macam baymax dah. Kulit kaki memang tegang gila. Nak jalan rasa lah sakit. Memang jalan dah slow dah. Asik kena tinggal dengan Azam je bila berjalan. Bila dia dah sedar aku kat belakang kena patah balik hahaha. Tapi selalunya dia akan make sure aku jalan depan dia. Even nak naik tangga rumah pun dia suruh aku naik dulu. Huhu. Nak solat bila sujud dan duduk di antara sujud memang paling terasa sebab kaki tengah tegang so terasa sikit lah. Kadang-kadang je aku solat pakai kerusi itupun kalau penat sangat. Even aku berjalan nak pergi dapur ambil air pun rasa mengah macam berlari. HAHA.

Cuaca sekarang memng panas. Dengan keadaan aku sekarang, aku rasa double panas! Aku bukan jenis macam puteri lilin. Sikit-sikit nak berpayung, nak berteduhlah. Tapi bila pregnant ni, memang tak boleh tahan lagi-lagi cuaca memang tengah global warming ni. :( Kalau berjalan nak tempat teduh je. Kalau nak makan kalau boleh nak kedai ada air-con. Kalau takde air-con kalau boleh nak cari tempat duduk dekat kipas. Hadehhhh. Tak tahan wehhh! Dalam kereta pulak aku siap beli tinted yang boleh bukak pasang tu. Kalau boleh nak bungkus kereta tu tak nak bagi cahaya masuk. HAHA.

Aku perasan, aku tak boleh minum air kat ofis ni. Sebab kat ofis ni pakai air tapis Coway tu. Mula-mula aku ingat aku tak boleh nak minum air mineral langsung. Rupanya, sebab air tu, air tapis... So hari-harilah aku kena beli air mineral botol. Alhamdulillah boleh minum.

Selalu aku mengadu aku sakit tu aku sakit ni aku tak boleh tu tak boleh ni kat Azam. Sampai dia cakap, "Tak baik mengeluh yang." Aku bukan mengeluh. aku cuma cerita kat dia apa aku rasa. Selain aku membebel kat blog nih aku ceritalah kat dia. haha. Dia rasa aku mengeluh. Tak. Aku tengah mengalami keadaan yang banyak merubahkan aku dalam masa 5 bulan lebih ni. Sebab tu aku selalu cerita kat dia.

Aku yakin, aku enjoy dan redha dengan semua perubahan yang sangat drastik ni. Dalam keadaan tak ready pun tau-tau dah pregnant. Yelah, siapa sangka aku akan mengandung secepat ini. Tak habis honeymoon lagi dah nak ada baby. Hehehe. Alhamdulillah. :) Aku bersyukur, kalau nak dibandingkan ada orang yang kahwin bertahun-tahun tapi tak dapat anak lagi kan. Itu semua rezeki masing-masing kan. :)

17 March 2015

Diari Ummi : Minggu ke 20

As salam,

Sekarang kandungan dah 20 minggu. hampir 21 minggu sudah. Hurmm so far muntah-muntah dah makin kurang. Still muntah tapi tak sekerap dulu. Alhamdulillah. But now pinggang semakin sakit. Kaki semakin kembang. Agak susah nak mencangkung, nak sujud, nak pakai seat belt, nak bangun dari duduk lagi-lagi duduk kt lantai. Phewww! Nasiblah suami jenis tak kisah bila aku mintak tolong urutkan belakang, urut perut semua lah. Tapi aku lah macam risau pulak asik-asik nak minta tolong. Haih. Sorry B. Tq. :(

Hari tu try lah usha expo2 jual barang bayi. Nampak Pureen nak buat sale. Memang plan nk pergi. Tapi bila pikir balik. Ish macam awal sgt je. Lepas tu, kebetulan memang minggu tu balik kampung so cerita dia memang tak pergi lah. Tapi tengok ada isteri kawan ni pergi, dia punya cerita macam best je. Barang memang murah eh? Namenye pun sale kan. haha. takpela kita tunggu lama sikit ye baru beli barang baby. Tapi aku dah list kan dah la apa yang patut nk beli dulu. Siap buat research kat tenet, tanya ibu tanya kakak sedara, al maklum lah kita takde kakak. hehehe. So nanti dah nak dekat-dekat nanti baru pergi beli barang baby ye. :) Suka!

03 March 2015

Diari Ummi : Minggu ke 19

As salam,

Aku dah buat check up untuk kali ke-3. Kalau sebelum ni bacaan hb aku rendah, 10g/DL kali ni bacaan aku dah okay dan stabil. Alhamdulillah. Bacaan sekarang 12g/DL. Nurse suruh aku keep going ambil ubat iron tablet tu double. Sebab dia cakap untuk usia kandungan aku sekarang, boleh turun naik lagi bacaan tu. Lepas dah 30 minggu nanti baby dah 'complete siap' dia akan stay dengan bacaan tu. Tak boleh nk control dah. So akan effect pada baby bila lahirkan nanti. Banyak lah masalah akan timbul. Mintak dijauhkan lah. Harap semuanya ok dan selamat. In sya Allah.


Kali ni, nurse suruh aku baring. Aku ingat dia nak check perut, tekan-tekan macam biasa je. Rupanya dengar degupan jantung baby!! Heish bestnya. Nurse letak gel tu lepas tu dia gesek-gesek kat perut. Mula-mula gesek kt kiri, tapi takde bunyi pun. Aku dah risau dah. Eh kenapa senyap lepas tu nurse gesek ke kanan pulak. Dupdupdupdupdup!! Weh tu bunyi jantung anak aku ke tu??? weee~ Lajunyaaa!! Nasib baik nurse ni ok layan kan je aku nk fefeling. HAHAHA. felling lah sangat kan. Keluar je bilik pemeriksaan tu, terus cerita kat Azam, (kali ni azam teman). Dia pun excited. Sepanjang jalan nk ke kereta tu dah start cerita. potpetpotpet kat azam. Hehe. dah masuk kereta pun sambung balik cerita apa nurse tu buat, apa nurse tu cakap. HAHAHA. Kalau org tengok mesti dah tau dah ni mesti baby 1st. Tunggulah dah anak ke-3,ke-4, ke-5 sok. Erk! HAHAHA.



Ok yang bestnya kali ni aku tak jadi tunggul sangat lah. Sebab appointment kali ni aku mintak nak datang petang, after lunch. Orang mmg tak seramai waktu pagi. Kerusi pun tak full. Tunggu pun takde lah lama mana. Lepas ni aku nk mintak datang petang jelah. Haih. Jenuh nk tunggu lama-lama. TAPI. Next appointment ni, aku kena check darah, so aku nak taknak kena datang pagi jugak! Takpe next time lagi aku mintak petang jela.


*Tengah disiplinkan diri untuk baca surah maryam dan yusuf.

16 February 2015

Diari Ummi : Minggu ke 16

Aku dah buat 2nd check up. Kali ni aku pergi awal pagi jugak. Ramai gila lah orang haih. Kali ni aku pergi sorang. So macam biasa ambil nombor. Sambil tunggu tu ambil sarapan bihun goreng dulu. Ada makcik jual kat depan klinik tu. Makan macam biasa. Sambil tengok gelagat orang. Ada yang datang sorg macam aku, ada yg datang dengan suami. Macam2 jenis orang lah. Tengok jelah sambil tengok tv. Hurmm boring. Lepas tu check air kencing. Ok, normal.

Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Nombor aku dipanggil. Masuk bilik, timbang berat, check perut semua then check darah. lepas check darah tu, nurse terkejut. "Eh rendah hb awak ni." Normal bacaan hb ialah 11-12g/DL. Tapi bacaan aku 10g/DL. So rendah jugak lah. Nurse pun advice lah banyakkan makan makanan zat besi contoh kerang, hati ayam, ikan bilis, buah jambu batu, sayur bayam and so on lah. laju betul nurse tu cakap. Ok lepas tu nak tunggu giliran nak jumpe doktor pulak. Waktu 1st check up tak jumpe doktor.

Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggul. -.-
Lamanya nk tunggu jumpe doktor! Hurmm. Sampai terhangguk2 kepala aku tahan mengantuk. Tinggal orang sorong bantal je. Waktu tunggu tu tiba-tiba aku rasa macam mual je, "Ah sudah jangan lah nk muntah pulak." Hmmm. dah tak tahan ni, jalan cepat-cepat masuk toilet selambak bihun pagi tadi keluar balik. :( Lepas muntah duduk balik terus nombor aku kena panggil. "Fuhh timing baik punye." Jumpe lah doktor. Doktor suruh baring nk buat scanning. Hah? nk scan ke? adakah aku ready nk tengok? wahahah ni 1st time ni nk scan. Kan best kalau azam ada time tu. Huu. Tapi biasalah kan klinik kerajaan orang ramai, doktor cakap laju je. semua nk cepat je kan. Waktu doktor tunjuk baby tu, baru nak feel-feel. HAHA.

Doktor : Haa tu kepala dia, tu badan dia, ni pulak kaki. *sambil tunjuk kat screen hitam putih tu.
Aku : Oooooo

Dalam 3 minit cmtu, doktor terus print scan tadi hitam putih. Tuje. Aku feel ooo je lah. haha. takde lah aku nk perhati betul-betul. Lepas tu doktor pesan, kandungan 3 bulan dah boleh pergi scan dah ye. Aku angguk jelah. Then aku ada mengadu kt doktor pasal masalah aku.Waktu anak dara, aku memang takde masalah keputihan. Bila mengandung ni keputihan aku hari-hari  lepas tu siap gatal-gatal lagi, ada satu hari tu warna coklat. Doktor terus bagi ubat ni. 3 biji pil besar ibu jari. Dia suruh kita masukkan kat kemaluan 3 malam beturut-turut. Dia kata coklat tu mungkin darah. Dekat situ lah kantoi aku tak baca buku merah tu. HAHAHA. Doktor perli lah, awak tak baca dalam buku merah tu ke? Kalau warna keputihan dah warna coklat kena cepat-cepat jumpe doktor. Huuu. Baik doktor. Ok ni sebagai info jela ye.

Balik ofis, (half day) tak baca pun lagi buku merah tu. Sibuk dok google "makanan untuk meningkat kan darah merah ibu mengandung" HAHA. Dok google sana sini, benda yang sama jelah. Lepas tu besoknya, nak bukak buku merah nak baca pasal masalah keputihan tu, nampak satu muka surat PANDUAN PEMAKANAN IBU HAMIL ANEMIA. Haaa hambek kau. Semua info yg aku dok google tu ada dalam satu page tu. HAHA. Pang satu kali kat dahi. Macam-macam info lagi dalam buku merah tu. Cara senaman lah, cara pernafasan lah. Isk isk isk! *geleng kepala. hehe.

So jangan jadi macam aku. Rerajinlah baca buku merah rekod kesihatan ibu tu ye. Semua info berguna ada dalam tu.

06 February 2015

Diari Ummi : Minggu ke 15

As salam..
Now dah 15 minggu dah. Aku still muntah-muntah. Mmg harap sangat jangan sampai dah nak bersalin pun masih muntah-muntah lagi. Hurmm. Lembik badan bila muntah.

Sekarang ni aku selalu dapat mimpi pelik. Ermm nak kata aku fikirkan sangat tak jugak. Timing tidur tu mgkn jugak. Ntah lah, jadi risau pulak bila terjaga pikir balik apa yang aku mimpi tu. Nak cerita pun takut. Hee. Hope everythinggggg is fine!

Perut pun dah makin kedepan ni. Hehehe. macam kelakar pulak tgk perut sendiri kat cermin. Bila tekan perut rasa keras. for surelah ada 'something' eh 'someone' kat dalam kan. Hehehe. Sebelum ni kalau tarik hembus nafas tu boleh nampak perut kita ke dalam ptu keluar. tapi skg sama je. HAHA. << tiba-tiba jakun dengan perut sendiri. belum boyot lagi. esok dah boyot siap ah jalan kengkang2 HAHA.

Susahnya aku ni stay jauh dari org tua. So apa-apa nak kena call, nak kena tanya ibu. ini boleh tak itu boleh tak. Hari tu beli glucosin sebab aku tak boleh nak telan air masak, rasa mcm loya. Kalau order kedai air manis dan berais je.Ptu ibu tegur kenapalah beli glucosin tu, nnt diabetis sok bru tau. Huu Kalau stay sekali at least org tua kita boleh pantau kita. Apa kita buat apa kita makan. Hee. Miss you ibu!

Aku cuba untuk tidak melayan kerenah aku sendiri. Aku cuba ok. Hmm. :(

27 January 2015

Diari Ummi : Minggu ke 13

As salam.....
Lama benor tak updated. hehe. Ada masa sikit baru update macam biasa tukar lagi template. Harharhar. 

Alhamdulillah. Dah masuk 2nd trimester. Dannnnnnn sgt lah mencabar. :( Normally, ibu mengandung akan berasa lega lepas dh 2nd trimester tp bukan aku. Lagi teruk muntah2 aku. :( Kepala kemain berat lagi. Aku syak aku kurang pengambilan makanan berkhasiat. Heh! Air mineral mmg tk berusik lah. Loya betul. Mesti nk air manis je. Bahaya betul. Huh! *marah kt diri sendiri.

Aku dah pergi buat very first medical check-up kat klinik kesihatan cheras baru. Untuk 1st time ni azam gigih lah nk temankan. Lepas ni? tak tau la die sudi lg ke tak nk teman. Hiks! Macam biasalah klu dah nama pun hospital, tempat ramai orang, kerajaan pulak tu kan. Memang berbulu lah jugak menunggunya. Takpe, yang penting diri ni kne check sihat ke tidak. :)

  1. Urine test
  2. Blood Test
  3. Blood Pressure Test
  4. Physical Test (Check kuku, perut, breast, tekak)
  5. Dapat ubat (Folid Asid, Vit B Complex dan Iron)
Dapatlah buku merah tu. Nanti penuhlah conteng-conteng buku tu. HAHA. Nurse suruh pergi check gigi, sebab baby dlm perut kongsi kalsium dgn kita so takut gigi dan gusi kita rosak. Lepas tu bru teringat adalah jgk berapa kali aku gosok gigi berdarah. Dulu tak pikir pun apa2, sekarang baru tau. Lagi satu, sebab bila kite kerap muntah, asid dlm perut tu melekat kt gigi. Takut gigi kita terhakis dan rosak kerana asid tadi. Lepas muntah jangan terus gosok gigi, kumur-kumur dulu then lama sikit baru gosok gigi. Aku kumur listerine je. Hmmm tunggu lah pulak next check up pulak camne cerita dia. -.-


Aku kecik-kecik. Hmmmm camne esok anak aku yek? Boy ke girl. Wallhua'lam.
Aku Ibu Ayah.

The pain that i have been feeling, can't compare to the joy that's will coming.

30 December 2014

Diari Ummi : Minggu ke 10

Sekarang ni blog ni updated pasal aku pregnant je. Huhu. Konon nak updated pasal kenduri kawin ritu, sampai sudah tak updated. -.- Takpela nnt dah ada masa (ntah bila pulak) baru updated gambar kawin.

Ok. Sekarang ni perubahan byk sgt kt diri ni. Muntah makin kerap. :( Bila malam susah nak tidur, mesti tak selesa dgn posisi waktu nak tidur. Haih. Tak tau nk dapat tidur yg lena tu mcm mana. Kalau dulu tidur mmg selalu nya terlentang, terbungkang. Tapi sekarang mcm dah tak boleh nk tidur posisi tu. Skjp ke kiri ptu ke kanan. Hmm penyudahnya sampai ke pagi, ptu terasa tak cukup tidur. :(

Kalau muntah tu, sbb lambat makan. Angin dah start masuk perut. Bila muntah sampai keluar buih je sbb dah tkde apa nk dikeluarkan. Hmm Hmm. Skg ni tengah amalkan makan kurma. Sentiasa ada dalam beg letak dalam tupperware kecil. Dgn kekacang sekali. Kalau rasa lapar, tak sempat nak ambil meals, ambil je kurma atau kekacang buat kunyah-kunyah. tp klu makan kunyah-kunyah mcm tu dlm keadaan perut kosong still tak sedap sebenarnya tapi still telan jugak. :(

Perut makin rasa sebu, rasa mcm menolak-nolak ke atas. Tak selesa sgt. Geram je nak letak minyak panas kt perut. Huuu sbb dah biasa klu sakit perut tonyoh je minyak pastu lega kan. Haih. So letak minyak kt atas perut jela. Itu pun kdg2 tk relief pun. Tahan jela.

Haih. Ini baru nak masuk 10 minggu. ada lagi berapa minggu nak hadap. Sabar, sabar. :( :)


18 December 2014

Diari Ummi : Minggu ke 8

As salam,

Kandungan genap 8 minggu. Ada lagi 28 minggu lagi. Fuhh! Berdebar. Hari ni dah start kecoh kat ofis pulak pasal aku pregnant.

"Tahniah. Rezeki kau lah cepat dpt anak."

Terima kasih semua akak-akak. :)

Apa yang perubahan pada diri aku ni,


  1. Selera aku tinggi! dan of course lah badan pun makin membulat sebulatnya. Hehehe. Tapi masalah aku susah nak dapat timing makan yang betul. Kadang-kadang aku selalu skip lunch. Hmm. Dan tak semua makanan aku boleh telan. Selera tu ada tp nak masuk makanan tu ada setengah makanan je yg boleh masuk. Contoh makanan yg tak boleh nak masuk tekak ni macam makanan ber-cheese, bersusu, sambal kerang dan ada lagi lah. Padahal makanan tu lah yg aku suka dulu. 
  2. Sakit kepala. Hmmm. Tiba-tiba je kepala ni berat macam ada batu bata dlm kepala. Pening dan sakit! Macam biasa lah encik suami yg kena tolong urutkan. "B, tolong urut kepala. B tolong urut belakang ni" Terima kasih B! 
  3. Asik nak tidur je. Kalau kat ofis ni pantang ada masa free je nak tidur. Mengantuk takdelah sgt, tapi tak tau lah. HAHA. Memang jadi pemalas semacam! Nak tidur je!
  4. Loya. Aku selalu rasa loya yang amat sgt. Tapi tak muntah! Muntah mmg jarang lah. (buat masa ni) Tapi loya tu ya rabbi macam nk paksa diri sendiri muntah tapi tk muntah jugak. Dia main kat tekak je. Hmmm. Gulp!
  5. Demam malam. Masalah demam malam ni masih ada lagi. Ingatkan dah kurang. Rupanya ada lagi. Bila malam je start la badan aku sejuk menggigil. Bila azam rasa badan, "Hmmm dah demam dah awak ni". Risau jugak. Takut efek pada kandungan. Hmm.
Ya Allah, perbaikilah diriku dan anak cucuku.
Suami Isteri

15 December 2014

Diari Ummi

Aku dah start sakit pinggang. Kat rumah tangga kat ofis pun tangga. Mengah! Semput!
Tapi apa-apa pun tetap gagahkan jugak demi my fisrt baby. ouch! HAHA. tapi betullah.

Waktu bgtau kat family, ibu lah paling happy. hehe. second happy sangat ialah adik aku si adib. Hmm. Macam pelik sebab dia bukan jenis yg tetibe excited. -.- Pelik! Dia punya lah excited, lepas aku bgtau je dia nak jadi pakcik, terus upload kt instagram dia dan FB. Habis lah satu kampung semua tau. -.- Niat nak sorok dulu terbongkar jugak. HAHA. adib...adib... *geleng kepala*


Nampak tak excited dia?

Dan biasalah taknak kalah jugak yg abah nyaaa.

"Abah sayang semua..!"
Tolong doakan semuanya dipermudahkan. Amin.

12 December 2014

New Mom 2B!


As salam,

Baru je 2 bulan bergelar isteri lepas ni tukar ibu pulak. Cepat nya! Dan tidak disangka-sangka. Alhamdulillah dengan rezeki yg tuhan bagi. Syukur sangat.

Mulanya, start perasan bila aku asik demam setiap malam. Dah bbrapa malam dah badan aku asik panas sgt. Sampai satu malam tu badan aku menggigil. Azam ckp tu plg panas. Pagi nya Azam bawak pergi ke klinik utk check kebetulan dia cuti. Doktor minta buat urine test. Lepas tu doktor cakap. "Tahniahhhhhh awak mengandung. Kandungan awak sekarang 6 minggu." Ya Allah hanya tuhan jelah yang tahu mcm mana perasaan ni. Waktu doktor explain aku senyum je. Bestnya! 

Keluar je bilik doktor, aku buat muka macam biasa kt azam. Azam tanya, "Doktor cakap apa?" Pastu aku senyum kat Azam. Dia pun senyum, sambil banyak kali tanya, "Syg mengandung ke? Syg mengandung ke?" HAHAHA. Kelakar. Doktor hanya bagi folid acid utk menguatkan janin. 

Lepas tu, ktrng pun masuk dlm kereta, Azam nak hantar aku ke kerja. Aku mintak masuk lewat sikit lah. Dalam perjalanan tu Azam menangis. Dia cakap "Terima kasih sayang." Ahhh~ Terharunya. Hehehe.

Semoga semuanya berjalan lancar sampai lah kelahirannya anak pertamaku. Amin.