25 August 2014

Last meet as single Nilam.

As salam.
Minggu lepas sebelum balik bentong, sempat jumpe Nilam dan Tira.
Last jumpe Nilam sebagai perempuan single. Dia dah nak jd isteri orang dah. :)
Happy!

Tak sangka kau kawin dulu kan lam! Dulu ingat lagi lepak kt hall depan TV sambil Nilam main rambut aku,
then kau tanya aku. "Adakah aku akan single sampai tua? Kau dah ada azam, aku ni tkde siapa nak."
Aku ingat lagi ayat-ayat kau ni lam! HAHA. see! Kau gerak dulu akhirnya. :)

Post dulu-dulu utk nilam. ( Klik sini )

Semoga walimatulurus berjalan dengan lancar dan semoga kau dan pasangan bahagia ke hujung hayat. Tak sabar nak jadi makcik tahun depan wehh! Amin! 


 Aku dan mereka.

 Pose pose!

Bride to be!

Nilam, kalau dah kawen jgn la lupa kami ye! Lapangkan lah diri utk melepak2 dgn kami tp dgn izin suami la tau. HAHA! :D

Owh sebelum mengakhiri post, aku nak wish juga kat kwn baik aku lagi sorg tu, tyra. Jodoh tu tak perlu dicari. dia akan datang pada kau dan percayakan kau dia lah org yg kau tgu selama ni. cewahhhh!

Ya Allah syg nye kt kwn2 aku ni. :')

18 August 2014

Cenderahati @ 'Doorgift'

Bahagian 'goodies' kita bahagi kepada 3 golongan.
  1. VIP (Keluarga blah lelaki)
  2. Dewasa
  3. Kanak-kanak

#brentwoodcountryclub #partyfavors #wedding #receptionfood gift idea

Gambar di atas antara contoh cenderahati makanan. 

Flower Ribbon Gift  (Lengkap dengan pilihan hadiah disedikan) ed61b41a299276aaea3f8b182d00d8bf.jpg 600×900 pixels

Gambar di atas antara contoh cenderahati lain-lain. 

Ikut tema majlis masing-masing dan berpada dengan budget kita. 

'Doorgift' untuk VIP ni seeloknya kita bagi pada dia waktu dia tengah makan. Lebih 'special' lah sikit kan. Kita kan tuan rumah so kita mesti layan tetamu VIP kita special tak gituuuu.

'Doorgift' untuk dewesa dan kanak-kanak pulak boleh lah kalau kita nak bagi waktu dorg nak balik tu kan. bagi kt tepi pintu tu. Sambil bg sambil ucap terima kasih datang ye. haaa macam tu.

Ok kat sini ada sedikit senarai tempat untuk membeli barang-barang kahwin secara borong.

  1. Kedai Sin Yin di @ Semua House.
  2. Kedai tepi jalan di @ Chow Kit. (balang kaca/ bekas plastic/ bekas muffin atau cupcake)
  3. Kedai Reown Gift di @Platinum Walk.
  4. Kedai Orchards Green Gift Boxes @ Taman Flat Lorong Jugra.
  5. Kedai House of Favors @ Bukit Jalil.
  6. Kedai Yen Riben @ Semua House.
  7. Kedai Vivian @ Chow Kit. (Bunga)
  8. Kedai Fantasy Jungle Food @ NSK, Setapak. (Gula-gula, Keropok)
Senarai di atas berdasarkan 'research' aku sendiri. so kalau ada tambahan boleh komen-komen ye.

Ok, Good Luck!

12 August 2014

Sabar

Ye kena sabar.
Semalam, aku pun tak sedar aku tengah termenung. Tiba-tiba kakak sedara aku tegur, kenapa cah? macam ada masalah je. Aku tersentak! Sebab kakak sedara aku tak pernah tegur mcm tu. Pastu dia ckp biasalah tu lagi dekat kenduri memang mcm2 masalah. Kakmi paham. :(

Apa-apa pun jadi aku percaya mesti ada hikmahnya. Aku tak salahkan sesiapa, tapi mesti ada silapnya pada aku jugak. Takpa yang penting kita sabar utk tempuh semua ni.

Harap-harap semuanya berjalan lancar.  Amin.

11 August 2014

Mula Sibuk Fuh!

As salam,

Sekarang ni aku dah mula sibuk. Setiap minggu ada saja perkara yg perlu diselesaikan. Semalam baru lepas beli barang 'doorgift'. Baru selesai beli bekas dan sticker sahaja. Sekarang dalam proses utk menampal setiap satu bekas tu. Haih! 'Doorgift' untuk kanak-kanak belum beli bekas lagi. Fuh! Fuh!

Banyak benda nak setelkan ni. Takpe nanti dah setel semua aku update blog review semua benda aku buat ok!

Wish me luck! 2 months to go~

08 August 2014

Pemilihan Photographer

Ok tentang photographer pulak, nak pilih pun macam nak pilih bridal jugak. Yang penting kena dengan budget kita okay. Buat mana mampu. kalau terlebih mampu bolehlah pilih photographer terkenal kan. hee.

Ok, untuk photographer pulak apa yg kita kena cari dalam package yang diorang offer ialah:


  1. Events (Bertunang/ Nikah/ Sanding/ Bertandang)
  2. Photographer
  3. Outdoor Shooting
  4. Free Gift

Events

Contoh; Nikah 1 event Sanding 1 event bertandang 1 event so jadi 3 event. So kita pilihlah package untuk 3 event. Haa lebih kurang mcm tu lah ye. kalau kita tak buat bertandang ambil untuk 2 events sahaja ok.

Photographer

Berapa orang juru gambar yang akan ambil gambar kita nanti. Kalau majlis besar-besaran digalakkan ambil mungkin 2-3 orang juru gambar. kalau seorang je juru gambar nya takut banyak pulak scene-scene yang tak terambil. untuk tambahan juru gambar ada tambahan duit juga ye. 

Outdoor Shooting

Kalau majlis byk tempat menarik seronoklah lepas majlis terus shooting outdoor kan. Kena baca jugak seisi outdoor kadang-kadang diorang offer untuk berapa jam, atau mungkin ada bg outdoor shooting untuk satu hari. 

Free Gift

Yang ini gambar dalam frame ke atas canvas ke woodprint ke kan. haa benda ni lah kena tengok. Photo album macam mana, leather ke ada bulu-bulu ke. macam-macam dah sekarang orang buat.

Ouh ye! Jangan lupe bayaran utk millage dan penginapan photographer juga ye!

Good Luck.

Pemilihan Pakej Butik Pengantin

Ok ini tips lah kalau nak cari package murah-murah, pergi ke mana-mana pameran perkahwinan. Sebab waktu tu memang diorang bagi harga best! dan! jgn lupa sebelum masuk pameran tu, set dulu mula-mula nak cari apa. Contoh; "Aku tengah cari bridal" Ok. masuk pameran tu jangan pergi singgah kat booth photographer pulak. ye paham awak tertarik tengok offer dia tunjuk tu.

In case, awak-awak ni memang larat nak jalan lebih masa. huhuk! saya tak mampu! :(

Lagi satu, nak senang, ambil sekali package dia untuk PELAMIN + BAJU SANDING + MAKE UP + ACCESSORIES. Berbaloi ok! :)

Baju Sanding; terpulang ikut masing-masing punya design dan warna. Sebulan atau dua bulan sebelum tarikh kenduri dah boleh fitting dah. Kalau awal-awal sangat takot tiba-tiba tak muat pulak kan! Haaaa susah!

Make up; siapa yg ada bakat conteng muka sendiri sangat lah untung! Sebelum nak pilih tu, tengok muka-muka yg pernah dia make up, kalau berkenan ambil lah ye.

Mana-mana wanita yang berwangi-wangian melalui suatu kaum & mereka mencium bau harum daripada wanita itu, maka seolah-olah wanita itu berzina." (riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Tirmizi & al-Nasa'i)

Kalau yang ambil bridal berjauhan dari tempat majlis, jangan lupa duit minyak dan tol ye. itu semua BUDGET kita! kena kira jugak tu. lagi jauh orang tu datang lagi banyak la nak kena tambah. ouh ye persediaan tempat tidur mereka juga ye jangan lupa. (kalau perlu)

Ok adik-adik ini ada senarai butik pengantin di sekitar pahang. Kalau ada tambahan boleh bgtau. Jom kita share-share! Kredit : Link

BENTONG , MENTAKAB & TEMERLOH
Inai D'jari
Bentong
Click Link

Andaman Qaseh
Temerloh
Click Link

Hanis Huzaini Bridal 
Temerloh Pahang

D' Farhana ( Galeri Perkahwinan)
No. 24 Jalan Sudirman 5,
Temeloh,Pahang
En. Nizam : 012 - 9010496
Pn. Hjh Su : 017 – 9095445

C-kin Anggun Collection
No. 19 Tingkat 1 & 2
Jalan Pak Sako
Temerloh Pahang
Kak Idah : 019 - 9320162/019 - 9116410
Kak Lah : 013 – 9354512
Click Link

Koleksi Imah 
Bandar Baru Temerloh,
No. 18 Tingkat 1, Jalan Pak Sako 1
Kak Imah @ Pn. Rubiah : 019 - 9470869/012 - 9450274
areen @ Along : 017 – 9188065

Butik Seri Ss Pengantin
Bentong, Pahang
Contact : 0162724033
Click Link


Ada Mewah
Temerloh

Idaman Hati Bridal Collection
Temerloh, Pahang
Click Link

KUANTAN


Butik Pengantin Emelia
No3,Lorong IM15/17,
Taman Astana View 25200 
Bandar Indera Mahkota
Kuantan Pahang
Contact : 0148163939

Teratak Bridal House

Padang MPK2, Kuantan, Pahang
Contact : 0199655528

Embun Bridal Gallery
Kuantan Centrepoint (berhadapan Kuantan Parade) 

Lot F112, Tgkt 1, Blok B, 
Jln Hj.Abdul Rahman ,Kuantan 
Contact : 013-9799479

Butik Rafflesia
Berhampiran Klinik Komuniti Berserah
Contact : 012-9897260
Chombi Bridal N Spa
Kuantan, Pahang
Contact : 019-9633523

Sue Bridal Collection
No 29 Jalan Utama, Bandar Baru Rompin.
Kuala Rompin Pahang
Contact : 013-6037251
sunohaida@gmail.com

Zainzai's Bridal Gallery
ada link dengan butik di Indonesia
Kuantan, Pahang
Contact : 0172352285

Fazry Heritage Bridal

Contact : 0179630112

Dnora Collection
Kompleks Teruntum, Kuantan
enquiry@dnoracollection.com
Click Link

Butik Qirra AndamanBukit Sekilau, Kuantan, Pahang

The 3r Wedding N Butik 

No 37 & 42 stadium darul makmur
Click Link

Butik Singgahsana Mempelai
Kuantan, Pahang
Click Link

Budget Bridal Butik
No 32, Lorong 4 , Balok Baru
Kuantan, Malaysia, 25150
facebook budget bridal
Click Link

Heritage Bridal

Kuantan, Pahang
Facebook : Heritage Bridal

Click Link

Good Luck.