30 December 2014

Family Trip Unplanned

Plan asal ialah ke terengganu. Dan sedia maklum dengan keadaan sekarang yg sgt2 tidak mengizinkan. Jadi, plan tersebut terpaksa di cancel kan. Hurmmm. Lepas tu bincang dengan ibu, kita pergi jalan tempat lain lah. Antara tempat yg dicadangkan ialah Melaka atau PD. Lepas tu dlm keadaan last minute tu jugak lah tercari-cari tempat penginapan semua. Cerita dia mmg semua full lah kan. -.-

Finally, angah call aku. "Kakak, malam ni ktrng tidur rumah kakak nak pergi uptown danau kota." Aku -.-

Mula-mula nak join lah jgk dorg pergi uptown, boleh makan cucuk2. tu je dalam otak aku. hehe. Lps tu dgn keadaan aku muntah2 nye mmg tk larat lah. Tapi pukul 12 tgh mlm kejut azam nk mkn cucuk2 jugak. Azam gigih jugak drive dlm mamai pergi downtown cheras tu bwk aku pergi mkn cucuk2. Lepas makan terus balik. hehehehe mengadakan. wiwiwiwiwi~

Pukul 2 pagi baru ibu ayah semua sampai ke rumah. 2 pagi ok. aku sempat tidur 2 kali. Azam mmg dh bye2 la tak sedar apa. Waktu siap kan tempat tidur dorg, bincang lah ktrng anak beranak nak pergi mana ni esok. HAHAHA. Baru nk bincang. Haih la. Ptu aku suggest lah jom pergi main ice skating. Ptu kite tgk wayang lah ptu makan kt ikea lah. Ok semua ikut je.

Pagi-pagi gerak ke the curve, dalam pukul 11 cmtu. jalan nasib baik clear tak jam. Sampai2 terus bwk pergi tempat ice skating. teruja masing2. :D



Tak pandai main skating jalan mengesot jela kat pagar. HAHAHA.

Ayah cuba utk ber'selfie' dgn menantu tapi tidak dilayan.

Tengok wayang cerita Night Museum.



Aku langsung tak check movie apa yg latest skg ni. So mmg tk tau nk pilih cerita apa. Pilih jela cerita Night Museum tu. Tak pernah tengok pun trailer dia. Dan tak tau pun ada Fat Amy! HAHAHA. tu fav Azam tu. Muncul je Fat Amy ktrng dua trus pandang ptu gelak HAHAHA. Seat ktrng pilih 4 seat atas 4 seat bawah.

Abang ipar dan adik ipar nya. Mana satu abg mna satu adik? hehe.





Gambar menggedik dengan Sarah.
Finally habis semua aktiviti ktrng. Dari pkul 12 sampai pkul 10 malam bru keluar dari the curve tu. Adik2 pun lepas makan dan solat sambung balik main ice skating dan ktrng pulak jalan-jalan. Larat kan jugak lah badan ni. Seharian suntuk! Esok nya topap tidur berjemaah. HAHA.


Sarah : "Kaklong nnt sarah nak baby girl tau. Nak buat geng"
Aku: "Hengat aku boleh suke hati ke nak switch mode girl ke boy. -.-" HAHA


Diari Ummi : Minggu ke 10

Sekarang ni blog ni updated pasal aku pregnant je. Huhu. Konon nak updated pasal kenduri kawin ritu, sampai sudah tak updated. -.- Takpela nnt dah ada masa (ntah bila pulak) baru updated gambar kawin.

Ok. Sekarang ni perubahan byk sgt kt diri ni. Muntah makin kerap. :( Bila malam susah nak tidur, mesti tak selesa dgn posisi waktu nak tidur. Haih. Tak tau nk dapat tidur yg lena tu mcm mana. Kalau dulu tidur mmg selalu nya terlentang, terbungkang. Tapi sekarang mcm dah tak boleh nk tidur posisi tu. Skjp ke kiri ptu ke kanan. Hmm penyudahnya sampai ke pagi, ptu terasa tak cukup tidur. :(

Kalau muntah tu, sbb lambat makan. Angin dah start masuk perut. Bila muntah sampai keluar buih je sbb dah tkde apa nk dikeluarkan. Hmm Hmm. Skg ni tengah amalkan makan kurma. Sentiasa ada dalam beg letak dalam tupperware kecil. Dgn kekacang sekali. Kalau rasa lapar, tak sempat nak ambil meals, ambil je kurma atau kekacang buat kunyah-kunyah. tp klu makan kunyah-kunyah mcm tu dlm keadaan perut kosong still tak sedap sebenarnya tapi still telan jugak. :(

Perut makin rasa sebu, rasa mcm menolak-nolak ke atas. Tak selesa sgt. Geram je nak letak minyak panas kt perut. Huuu sbb dah biasa klu sakit perut tonyoh je minyak pastu lega kan. Haih. So letak minyak kt atas perut jela. Itu pun kdg2 tk relief pun. Tahan jela.

Haih. Ini baru nak masuk 10 minggu. ada lagi berapa minggu nak hadap. Sabar, sabar. :( :)


18 December 2014

Diari Ummi : Minggu ke 8

As salam,

Kandungan genap 8 minggu. Ada lagi 28 minggu lagi. Fuhh! Berdebar. Hari ni dah start kecoh kat ofis pulak pasal aku pregnant.

"Tahniah. Rezeki kau lah cepat dpt anak."

Terima kasih semua akak-akak. :)

Apa yang perubahan pada diri aku ni,


  1. Selera aku tinggi! dan of course lah badan pun makin membulat sebulatnya. Hehehe. Tapi masalah aku susah nak dapat timing makan yang betul. Kadang-kadang aku selalu skip lunch. Hmm. Dan tak semua makanan aku boleh telan. Selera tu ada tp nak masuk makanan tu ada setengah makanan je yg boleh masuk. Contoh makanan yg tak boleh nak masuk tekak ni macam makanan ber-cheese, bersusu, sambal kerang dan ada lagi lah. Padahal makanan tu lah yg aku suka dulu. 
  2. Sakit kepala. Hmmm. Tiba-tiba je kepala ni berat macam ada batu bata dlm kepala. Pening dan sakit! Macam biasa lah encik suami yg kena tolong urutkan. "B, tolong urut kepala. B tolong urut belakang ni" Terima kasih B! 
  3. Asik nak tidur je. Kalau kat ofis ni pantang ada masa free je nak tidur. Mengantuk takdelah sgt, tapi tak tau lah. HAHA. Memang jadi pemalas semacam! Nak tidur je!
  4. Loya. Aku selalu rasa loya yang amat sgt. Tapi tak muntah! Muntah mmg jarang lah. (buat masa ni) Tapi loya tu ya rabbi macam nk paksa diri sendiri muntah tapi tk muntah jugak. Dia main kat tekak je. Hmmm. Gulp!
  5. Demam malam. Masalah demam malam ni masih ada lagi. Ingatkan dah kurang. Rupanya ada lagi. Bila malam je start la badan aku sejuk menggigil. Bila azam rasa badan, "Hmmm dah demam dah awak ni". Risau jugak. Takut efek pada kandungan. Hmm.
Ya Allah, perbaikilah diriku dan anak cucuku.
Suami Isteri

15 December 2014

Diari Ummi

Aku dah start sakit pinggang. Kat rumah tangga kat ofis pun tangga. Mengah! Semput!
Tapi apa-apa pun tetap gagahkan jugak demi my fisrt baby. ouch! HAHA. tapi betullah.

Waktu bgtau kat family, ibu lah paling happy. hehe. second happy sangat ialah adik aku si adib. Hmm. Macam pelik sebab dia bukan jenis yg tetibe excited. -.- Pelik! Dia punya lah excited, lepas aku bgtau je dia nak jadi pakcik, terus upload kt instagram dia dan FB. Habis lah satu kampung semua tau. -.- Niat nak sorok dulu terbongkar jugak. HAHA. adib...adib... *geleng kepala*


Nampak tak excited dia?

Dan biasalah taknak kalah jugak yg abah nyaaa.

"Abah sayang semua..!"
Tolong doakan semuanya dipermudahkan. Amin.

12 December 2014

New Mom 2B!


As salam,

Baru je 2 bulan bergelar isteri lepas ni tukar ibu pulak. Cepat nya! Dan tidak disangka-sangka. Alhamdulillah dengan rezeki yg tuhan bagi. Syukur sangat.

Mulanya, start perasan bila aku asik demam setiap malam. Dah bbrapa malam dah badan aku asik panas sgt. Sampai satu malam tu badan aku menggigil. Azam ckp tu plg panas. Pagi nya Azam bawak pergi ke klinik utk check kebetulan dia cuti. Doktor minta buat urine test. Lepas tu doktor cakap. "Tahniahhhhhh awak mengandung. Kandungan awak sekarang 6 minggu." Ya Allah hanya tuhan jelah yang tahu mcm mana perasaan ni. Waktu doktor explain aku senyum je. Bestnya! 

Keluar je bilik doktor, aku buat muka macam biasa kt azam. Azam tanya, "Doktor cakap apa?" Pastu aku senyum kat Azam. Dia pun senyum, sambil banyak kali tanya, "Syg mengandung ke? Syg mengandung ke?" HAHAHA. Kelakar. Doktor hanya bagi folid acid utk menguatkan janin. 

Lepas tu, ktrng pun masuk dlm kereta, Azam nak hantar aku ke kerja. Aku mintak masuk lewat sikit lah. Dalam perjalanan tu Azam menangis. Dia cakap "Terima kasih sayang." Ahhh~ Terharunya. Hehehe.

Semoga semuanya berjalan lancar sampai lah kelahirannya anak pertamaku. Amin. 

01 December 2014

Senyum Ke Telinga

As salam.

Sebenarnya tengah happy even kerja banyak sikit, sebab pagi tadi lepas buat breakfast, azam pandang aku then dia cakap, "Banyak pahala awak tolong jaga abang tolong buat kan breakfast. Terima kasih sayang." Aku senyum. Gedik kan? Pastu mcm eleh baru kawin mmg lah cmtu....hahahaha. in sya Allah perasaan ini selamanya sepanjang perkahwinan kami hendaknya. Alhamdulillah, banyak benda aku belajar lepas kahwin ni. Macam mana nak bercakap dgn lebih baik, macam mana adab nak dtg rumah org and banyak lah lagi.

Dan,
Aku rindu Ibu Ayah Adik2 dan kucing. Ok ituje. kbai.

27 November 2014

Kenduri Doa Selamat (Merlimau, Melaka)

Best picture of us, so far. HEHE.

As salam, biasalah updated blog lambat. Sebenarnya ikut mood. Hee. Entry kali ni nak updated pasal kenduri doa selamat kt melaka (22.11.2014). Takde majlis besar-besaran, hanya kenduri biasa doa selamat untuk menyambut kami sebagai pengantin baru. :) Tetamu yg dijemput pun hanyalah jiran-jiran di melaka, keluarga dan kawan-kawan terdekat.

Kenduri berlangsung di balai raya taman debunga selepas magrib, itu pun tidak lah betul2 selepas magrib. Keluarga belah Pahang ada yg tidur homestay di umbai, ada yg tidur di bandar. So, dorg ni suka boleh berjalan sekali. :P

Memang penat sikit untuk kenduri kali ini, sebab katering hanya sediakan makanan dan keperluan asa je. Yang lain kami kena lah korek robok arwah mak azam. Cari pinggan mangkuk semua. Pagi-pagi cuci lepas tu keringkan, lepas tu hantar ke balai raya. Yang laki-laki pun lagi lah penat tlg susun meja kerusi semua. Pendek cerita kita merwang lah, even bukan rewang masak ye. hehe. Selesai majlis pun macam tadi jugak. Mencuci pinggan mangkuk, (1st time ever basuh pinggan kenduri) kemas balai raya semua. Memang seharian suntuk lah bekerja! Pergh. Alhamdulillah selesai dah lah kendurinya.

Terima Kasih yg sudi datang tu ye. Siap bagi hadiah kahwin lagi. Hehe.

Ibu dan Ayah.
Satu keluarga sebelum balik, adik je takde.
Abu Raif kena himpit.

Sepupu Azam, Ana dan Ika. 

Gambar Bonus; Aku, Ayah dan Adib.
Aku dan Adib.
Abu tiru gaya Toklang dia. hehe comel je.

Abu Raif dan Wanlang.

Sebelum balik dorg sempat lagi jalan-jalan ke Klebang, naik kuda. Jeles!
Ok itu sahaja. :)

21 November 2014

Cabaran sebagai isteri

As salam,

ok nak mengadu pasal kehidupan selepas berkahwin ni. Memang penat! Pergi kerja awal pagi, then ptg balik. Kalau ada kerja urgent kena stay, malam baru balik. Then, balik kena redah traffic jammed. Urgh! Stress sangat.

Sampai rumah get ready bawak keluar bahan-bahan nak masak. Then tukar uniform masuk dapur. Kalau balik lambat azam yg tolong masakkan. (Kerlas tak laki i pandai masak) :P hehe. Ok, masalahnya aku ni haa yg problem kt dapur. Nak memasak nya boleh tapi sekadar masakan yg simple jela buat masa ni. Dgn masa yg terhad, dgn penat nya balik kerja. Harap-harap rutin ni boleh lah di amalkan selalu. Tapi penat sgt! tak terkejar, nak basuh baju nak iron baju.

Respect lah ibu-ibu semua. Lagi-lagi ibu aku. Huuu. Dah lama tak jumpe ibu. Rindu sgt! Selalu time bujang every month akan balik. Bila baru kahwin ni, masa terhad, lepas tu tgh bz nak kenduri belah lelaki lagi. :(

Harap-harap aku tabah utk tempuh semua ini. In Sya Allah. :)

06 November 2014

Persiapan Perkahwinan (Doorgift)

Bahagian doorgift ialah part paling susah bagi aku. Susah sangat nak fikir nak bagi apa kat org. Nak bagi sesuatu yg okay dan org suka yg tidak melebihi budget. Lepas tu fikir kalau bagi beria sangat pun kdg2 org buang. Betul tak? Hurmmm. Susah!

Mula-mula plan (selalunya plan takkan menjadi 100%) nak bagi cupcake in a big size dalam kotak transparent, tapi cari punya cari tak jumpa dan akan mejdai masalah kalau nak bg cupcake, sebab kena jaga cupcake tu betul-betul. Takot krim atas dia cair. Ok then kita tukar lah muffin. Plan asal lagi nak letak dalam kotak transparent 4 segi but then pergi kedai cari-cari tak jumpe jugak. Bila google ada tapi pergi cari tak jumpe. Hurmm. Stress. So jumpe yang bulat comel ni haaa. Lepas tu bila nak order mufin ada masalah pulak lepas tu last minute tukar pembuat mufin. hurmmm!

Untuk kanak-kanak macam biasa lah malas nak berat kepala fikir, bagi gula-gula je. Itu pun nak pilih gula-gula pun macam nak bergaduh! Blurgh. Untuk VIP pulak (kawan terdekat/ keluarga Azam) bagi buah kering (jeruk). Itu pun pening jugak nak fikir. Lagi banyak google lagi pening rasanya.


Gambar: Bekas muffin (1000pcs) - Chowkit.



Gambar: Azhar, anak buah sedara rajin sangat tolong mak long dia tampalkan TQ tag ni. TQ tag beli yg dah siap je kat Semua House. Jimat. Kalau kita design sendiri mahal sikit.



Gambar: Gula-gula untuk kanak-kanak. Bekas wrapping beli kt Semua House. Ibu dgn Sarah yg tlg masukkan dalam plastic. Gula-gula beli kat TopZeller kat setapak.




Gambar: Buah kering (Kiwi & Mangga) beli kat Mahnaz Food di Shah Alam. 2 kali pergi beli sebab tak cukup nak kena topup. Plan asal nak bagi kekacang tapi tapi tapi apakan daya budget tidak mencukupi utk memberi itu. Kenapa kiwi dan mangga? Sebab kiwi warna hijau mangga warna oren. Nak kena dengan tema punya pasal. HAHAHA. jadi tak? Jar pulak beli kat Chowkit. TQ tag dkt jar tu pun beli dah siap kat Semua House. Berbeza sikit dengan TQ tag kat muffin tu. Sebelum masukkan buah kering tu, alas kan dengan dollie paper warne mint dulu. Macam biasa my litle hero Azhar on move. Siap merayu kat aku, "Maklong, Aya nak tolong buat, Please Maklong....."

Terima kasih Azhar dan yg lain tolong packkan barang doorgift ni. Haih ni lah guna sedara mara kan. :) Alhamdulillah.

Persiapan Perkahwinan (Butik Pengantin Inai D'Jari, Bentong)

Untuk bridal, aku ambil bridal dekat Bentong je. Sebab senang dan jimat kos milage. Boleh kalau nak ambil bridal luar dari kawasan kita tapi kena fikir kos untuk millage dan kos penginapan dorang. Lagi pun biasanya untuk bridal tu kan byk barang dia so tak nak menyusahkan dorg kita ambil yg mana dekat.

Ok, dekat butik ni ada dua pakej. (boleh tengok gambar bawah). Harga boleh bincang dengan Kak Leya ni. (Owner Butik) Memang senang berbincang. Jujur cakap, pakej yg disediakan memang bukan dalam kos budget kitaorng. Lepas tu, Kak Leya ni cakap, "Takpe kak, bgtau berapa budget akak dan kita akan buat kira-kira." Lepas tu, dah bincang-bincang, so Kak Leya bg kita dgn harga budget kita tu dengan Pakej Gemilang tapi pelamin tanpa panel. Tau kan panel tu macam mana? So nnt pelamin kami takda panel, hanya backdrop.

Warna tema kami, 'Coral Mint'. Tapi dalam bahasa kampung nya oren dengan turquoise(hijau). Bila tegok baju dekat butik dia mula berkenan yg lain lepas tu berkenan yg lain pulak, HAHA. Hati-hati ya bila memilih. Susah jugak.





Gambar: Antara baju-baju yg ada di butik beliau. Banyak nya cantik-cantik!


Gambar: Inilah pelamin kami. Simple sangat dan aku memang puas hati. Memang macam ni lah yg aku nak sebab dia simple. Kak Leya cakap dia hanya main dengan warna lampu soptlight sahaja. Bila orang tanya berapa kos pelamin, semua cakap murah dan berbaloi.



Gambar: Pakej yang disediakan. Ada alamat dan no tel disitu boleh rujuk kalau nak. :)


Gambar: Malam sebelum majlis. Sedara mara tolong susun meja dan kerusi. Backdrop di meja makan pengantin pun dalam pakej bridal jugak. Cantik dan simple hiasan dia. SUKA!




Gambar: Kitrng ada minta tambahan dari Kak Leya buat backdrop untuk photo booth. Asalnya kami minta backdrop kain warna cream sahaja. Bila hari majlis ternganga tengok cantik lahai! siap dedaun dengan lampu bagai! Memang sgtlah berbaloi woi! Untuk prop photo booth buat sendiri! *kching* Jimat, jimat!

Frame, LOVE : Kaison
Cekak comel, Pasu Mint : Kedai RM2, Bentong.
Pen warna turquoise dan oren : Daiso.
Props : Design sendiri, tampal pada softboard, untuk batang dia guna lidi satay. :)
Buku Tetamu : Design sendiri.


Gambar: Gebu tak muka kaktooonnnnnn! 1st time ever lah ni make up tebal macam ni! sampai 3pcs wet tisu pun tak tanggal hokay! Paling awkward ialah pakai bulu mata palsu. Aku tak pernah terpikir aku akan pakai bulus tu. Waktu tengah make up tu dah pesan kat Kak Leya, aku tak nak cukur kening. Dan nasib baik dia ok with that. yeay! Tapi tiba-tiba haaaa setempel bulu mata! Aku punya lah terkebil-kebil rasa macam tak puas pemandangan ni. Gincu jangan cakap lah, macam pakai water colour. Macam ni rupanya kalau make up tebal. Kak Leya mmg paling lama kat part kening tu lah. HAHAHA. well~ Ok tak make up Kak Leya? Boleh jawab sendiri. :)


For more info, boleh pergi dekat page FB dia. Butik Pengantin Inai D'Jari

Persiapan Perkahwinan (Lokasi)

As salam,
Dah lama tak update blog ni. Kali ni update siap tuka skin blog sekali. lagi simple. HAHA. Rajin terlebih tukar-tukar skin. Mmg dari dulu suka main tukar-tukar. hehehe.

OK. First cerita pasal lokasi majlis. Mula-mula cadang nak buat di Majlis Bandaraya Bentong, tetapi apakan daya, dewan full! Start kosong bulan 5 tahun depan. tsk tsk! So, kita tukar plan untuk cari dewan-dewan sekolah atau dewan serbaguna sekitar rumah. Ada dewan serbagune tu tapi tak sesuai dengan kuantiti tetamu yang nak disediakan. Nak kena fikir keselesaan tetamu juga. So, kita cari dewan sekolah. Bila buat dekat dewan sekolah, kita kena fikir masalah parking tetamu dan budak sekolah. Buatnya budak sekolah tengah exam ke, kan. So cari-cari dapat lah dewan Kolej Vokasional Bentong. Kebetulan mmg ada kosong, dan tiada masalah untuk parking, tetamu akan parking di padang sekolah yg berada betul-betul depan dewan tu. 

Harga untuk booking dewan RM500 tidak termasuk kos meja, kerusi dan pembersihan dewan selepas majlis (RM300). Untuk kerusi dan meja ibu ayah aku yg setelkan sebab dorg kenal dgn orang-orang yg in charge semua tu.



Gambar: Dewan Kolej Vokasional Bentong.


Saya Isteri Dia

As salam. Lama nya tak update. Last update waktu kahwin Nilam. Lepas tu dah sibuk prepared kenduri sendiri. Sebenarnya sekarang pun masih sibuk untuk kenduri sebelah Melaka pulak. Haih. *mengeluh panjang*

Nak updated start mana dulu ye? ermmm. Next entry lah. :)

03 September 2014

Walimatul Urus Nilam



As salam,

Baru sampai mood nak updated.
Ok hari sabtu lepas, 30hb Ogos 2014, one of my kawan baik kawin... :'(
Sedih dalam gembira.

Sampai je kenduri datang kat meja makan pengantin kejap babai-babai nilam,
lepas tu kiteorang pegi makan. lepas makan, sambung balik pergi kt nilam.
We take over the bride. sampi groom takde chance langsung nk berkepit dgn nilam, BAHAHA.
Sebenarnya perangai mcmni jgn di contoh. mmg tak patut.
Tapi kalau dah sampai excited die tahap kau berdiri pun dh tak betul. Haaa.
Dasyatkan.
Sampai nilam kena, "Korg kejap ye aku nak salam belah tgnu (belah lelaki) nak balik"
baru kiteorang lepaskan nilam. kalau tak asik la nk menyelit bergambar.
mmg teruk perangai! HAHA.

Sebelum bergambar tu sempatla ada adegan air mata. Macam biasalah lala start dulu. lepastu tira lepas tu yasmin. lepas tu aku tgk dorg sedu-sedu aku tarik semua peluk rmi-rmi, lagi lah berderu air mata si lala keluar. sedih tp tahan! :')

Kami sebak tengok nilam dgn baju pengantin nye, dengan make up die, subhanaAllah cantiknya kawan aku.
Dah kawin dah. :) Paling terkesan bila nilam tarik tangan suami dia patu aku macam, Ya Allah bestnya dah halal. :') Aku happy dgn kau nilam. huhuk! BarakaAllah. :) Semoga kau sentiasa bahagia di samping arjuna pilihan kau nilam. Haih~ *mengeluh sebab happy sgt*


#1 Ok ni Yazemin! 

 #2 Ini Lala!
Aku di tengah-tengah dalam kereta, dan aku jadi tukang 'make up terjun' utk si yas dan lala. Lepas make up yas, aku make up kan lala pulak. dalam keadaan kereta yg sekejap terberhenti sebab jln jem gila ptu belok kiri belok kanan. Janji berwarna muke kawan-kawan aku ni. HAHA. Nasiblah korg senyum jela aku dh make up kan. walaupun tak berapa nak jd make up nye. hehehe.

#3 ini pulak Tyratyro! Driver kami plg cermat. (mak die dah pesan tlg tgk kan atira ni kalau die drive laju marah die, kami dah marah die dah mkck) :)


Kami dalam kereta sebelum ambil Lala. *itu muke pucat aku tanpa sebarang aplikasi bernama gincu. 


 Nilam dan pasangan. :)

Kami berlima yang masih single. hehe. BUT not available. 


Lepas pergi kenduri nilam kami sempat lah singgah rumah Lala. Cantik sgt rumah lala.
Some of my inspiration. :) one day insyaAllah.



  I'm Next?



Friends are the most important ingredient in this recipe called life. 





The end. :)