06 November 2014

Persiapan Perkahwinan (Lokasi)

As salam,
Dah lama tak update blog ni. Kali ni update siap tuka skin blog sekali. lagi simple. HAHA. Rajin terlebih tukar-tukar skin. Mmg dari dulu suka main tukar-tukar. hehehe.

OK. First cerita pasal lokasi majlis. Mula-mula cadang nak buat di Majlis Bandaraya Bentong, tetapi apakan daya, dewan full! Start kosong bulan 5 tahun depan. tsk tsk! So, kita tukar plan untuk cari dewan-dewan sekolah atau dewan serbaguna sekitar rumah. Ada dewan serbagune tu tapi tak sesuai dengan kuantiti tetamu yang nak disediakan. Nak kena fikir keselesaan tetamu juga. So, kita cari dewan sekolah. Bila buat dekat dewan sekolah, kita kena fikir masalah parking tetamu dan budak sekolah. Buatnya budak sekolah tengah exam ke, kan. So cari-cari dapat lah dewan Kolej Vokasional Bentong. Kebetulan mmg ada kosong, dan tiada masalah untuk parking, tetamu akan parking di padang sekolah yg berada betul-betul depan dewan tu. 

Harga untuk booking dewan RM500 tidak termasuk kos meja, kerusi dan pembersihan dewan selepas majlis (RM300). Untuk kerusi dan meja ibu ayah aku yg setelkan sebab dorg kenal dgn orang-orang yg in charge semua tu.



Gambar: Dewan Kolej Vokasional Bentong.


No comments: