29 January 2011

Kawan

from left : ayu (driver), me, at back: adek and erin.

ni pic latest daripada we all baru-baru ni balik Bentong. hehe.
yang selebih nye dalam camera DSLR adek. :)
dia tak upload lagi so kite tunggu jelah pic-pic dpd dia ok.

Date with Nilam

Hye semua!! siang tadi aku ngn Nilam melawat nenek aku kat China. :P
gotcha! tipu je sebenarnya~ hehehe. :P
aku and Nilam jejalan kat Mid Valey. hehe.
biasalah skg kan Tahun Baru Baru Cina.
so kat lobby Mid Valley ni penuh lah mcm-mcm pasal cina kan. =.="
OK kat sini aku bg tgk pic we all meroyan kat sana tadi eh. hehe.


larat kan aku angkat naga neh? :P

pic paling gedik. =.="



time tgk wayang. (season of the witch)


we all. :)



nage ada warna pink juga meyh?


mintk tolong photographer kat situ. btw thnk even gegar. =.="


uhuuuu~



time jejalan tuh aku baru tahu ada PC Fair kat Mid Vally tuh.
apa lagi. aku and Nilam trus masuk. hurmmm~ kalau dah masuk PC Fair takkan pandang je kot barang murah? mesti nak grab jugak kan. =.="

tolong jeles sume. speaker yg comel ni just only for RM29.00 only. =.="
Nilam beli wane hitam pink.

ouh earphone yang sgt cumil neh milik Nilam. harga dia RM10.00 =.='



Aku sgt jeles lah kat Nilam kan. sbb dia jumpe earphone murah then aku.
padahal lebih kurang je kan. T.T


Aku pon beli earphone jugak. warna pink.
btw aku nak beli earphone lego pink.
tp aku cm nak beli yg ni sbb nnt nak simpan dlm beg takde lah berbelit cam ular sawa en.
senang je belit dlm casing die neh. :)

card from Sony Ericsson. aku rase cam comel je. grab grab. :)
then ktrng jejalan kat Pet's World.
byk nye kucing!!!! suke nyeeeee!!




ehem ehem~:P


tgk ikan ni aku teringat PLKN. aku nk pgl ikan nih ikan PKLN boleh?




HAHA. cm tu lah ktrng meroyan keluar.
balik aku naik KTM drpd Mid Valley ke KL Central.
then tuka LRT KL Central ke Damai.
penat letih.
ouh btw aku dah taknak naik KTM.
sesak. takut nya tadiiii~ T.T"

27 January 2011

Aku pon ade quote sendiri lah!!

click utk pembesaran gambar. :)


kalau korg tgk kat atas blog aku ade tulis,
Angan-angan itu indah. Imaginasi itu unik. Realitikan Fantasi
yeah. perkataan tu mmg aku yang create sendri. aku dapat idea bile aku selalu berangan. HAHA.
OPS! kantoi plak kuat berangan. tapi skg dah tak selalu. sbb dah besa kot. dulu berangan before tido. hehe. tp skg en... malu lah nak cakap. hehe. :) ade org tido kan kite so tak da mase na berangan dah. haih~


ok, btw. pic kt atas uh status FB kwn aku. hihi. :)

25 January 2011

Milk

Got Milk? click here.
kat sini pelbagai information pasal susu.
kebetulan aku ada job berkaitan dengan susu. not lembu tapi kambing.
but terjumpe satu link neh.
apa yang best kat website neh.
interactive dia cool gile. trust me!
its just only about milk. tapi macam kat kilang susu!!
comel!!! ^^,
and they'll jugak bg suggestion kat kite utk jadi creative!
nice! dorg bg tutorial cmne boleh buat jug and bottle jadi mcm2.
ada games for kids. fun!
and hello??? ada recipes jugak!!
korg boleh buat sendiri milkshake babe!! haa best gile kan kan. :)
korg boleh reseacrh pasal jenis-jenis milk. their history. macam-macam!
huh! penat ah cite pasal susu je. but cool! :)

Baru!!

Yeah!
faktor kebosanan~
Aku dah tukar semua ape yang ade kat blog aku neh.
and paling 'rajin' aku design balik banner aku.
yes! tu mmg pic latest aku. :)
and pink mmg fav aku.
aku suke! (semangat)
Finally aku dah tuka.
bosan dah aku asek download template je.
patu tgk2 same template ngn org lain daa~ -________-"
semoga aku ber'vlog dgn gaya nye~ cewah!


Packaging

Kali ni aku nak share pasal packaging.
pack yogurt. penutup atas dia become a spoon.
creative rite? i like.
boleh ambil idea ni for final project. :P

see. how be use direction there. :)


yummy~
terasa pulak yogurt kat tekak!

creadit from Jayhan.

ART

Assalamualaikum,
Lama aku tak updated.
Bz kat office. Huhu.
Okay btw, hari ni aku nak share something.
for art lover, macam aku..
skg ni kalau aku tak ada idea, aku akan refer kat sini.
aku really like their ideas.
bagi aku simple, rare, syle. itu yang aku suke.



1st suke website Jayhan.


then website webgraphics.

kalau korg ada lagi link-link yang lagi stylish and cam best,
buzz lah kat aku.
sharing is caring rite.
*pandai jelah aku ckp en. :P

18 January 2011

Reben baru lagi

My 1st reben.

My 2nd reben.

My 3rd reben.

jgn beli glu kt 7eleven. mahal. =.="

16 January 2011

Bahaya Senggugut


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

SENGGUGUT bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.

Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) ‘tumbuh’ di luar rahim — sama ada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menopang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.

Tisu endometrium juga boleh berkumpul di hampir semua lokasi dalam badan, antaranya pundi kencing, usus, faraj, apendiks, rektum (dubur), parut pembedahan Caeserean (pembedahan ketika bersalin) termasuk tempat terpencil seperti otak, saraf siatik, paru-paru dan kulit.

Apabila ada di luar rahim, tisu endometrium menjadi pertumbuhan menyakitkan. Ia akan berubah bersama perubahan hormon ketika pusingan haid. Ketika haid, tisu ini juga akan pecah dan berdarah.

Bezanya, lapisan endometrium dalam rahim akan tanggal dan dikeluarkan bersama cecair uterin (sebagai darah haid) tetapi pendarahan daripada endometriosis tidak mempunyai jalan keluar. Pengumpulannya menyebabkan tisu di kawasan ia melekat menjadi radang dan berparut.

Sebagai tindak balas terhadap keadaan tidak normal ini, badan menghasilkan tisu parut untuk melingkungi tempat berkenaan. Keadaan ini menyebabkan wanita mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik atau senggugut setiap kali haid. Mereka juga akan berasa sakit ketika mengadakan hubungan seks.

Punca endometriosis masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya ia disebabkan aliran haid retrograd atau menyongsang; iaitu darah haid mengalir masuk ke dalam tiub Fallopian. Sel endometrium dalam darah haid akan melekat di tempat tertentu dan mula mendatangkan masalah.

Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita mengalami gejala endometriosis sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, endometriosis boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.

Semua gejala endometriosis mungkin kekal, berkurang walaupun tanpa dirawat atau meningkat dengan tiba-tiba. Namun biasanya gejala ini berkurang ketika mengandung atau selepas menopaus.

Bagaimanapun, ada wanita mempunyai endometriosis tanpa mengalami gejala. Malah, tahap kesakitan dialami juga tidak boleh dijadikan pengukur saiz endometriosis kerana ada wanita berasa sangat sakit walaupun endometriosisnya kecil dan sebaliknya.

Senggugut tidak harus dianggap perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika anda mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

Selain masalah kesihatan, endometriosis boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Ini kerana kehadiran pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ini menyebabkan seseorang wanita sukar mengandung.

Kehadiran endometriosis menyumbang 10 peratus kepada masalah kemandulan dan dianggarkan 30 hingga 40 peratus wanita yang mempunyai endometriosis mengalami kesukaran untuk hamil.

Bahkan tisu parut yang terbentuk sebagai tindak balas terhadap kerengsaan daripada endometriosis akan kekal dan mungkin boleh menyebabkan kesakitan, walaupun selepas wanita putus haid.

Rawatan

Rawatan bukan saja bertujuan meringankan kesakitan dan gejala endometriosis, tetapi lebih penting ialah menyekat penyakit ini daripada merebak dan memulihkan kesuburan pesakit kerana kemampuan untuk mengandung dapat dipertingkatkan jika endometriosis dirawat.

Selain itu, rawatan awal membolehkan seseorang wanita mengekalkan fungsi organ pembiakan kerana pada peringkat yang teruk, doktor mungkin terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan uterus dan ovari. Ini bermakna seseorang wanita akan putus haid cepat dan tidak berpeluang mengandung lagi.

Endometriosis boleh dirawat dengan menyekat tahap hormon estrogen dan progesteron yang merangsang pertumbuhan sel endometrium. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengambilan ubat atau pembedahan.
a. Ubat

  • Pil pencegah kehamilan

    Biasanya endometriosis dirawat dengan pil pencegah kehamilan. Pil ini akan menghentikan pengeluaran telur dan kitaran haid pesakit buat sementara waktu. Ia dapat mencegah endometriosis daripada merebak dan mengurangkan kesakitan. Bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai jika endometriosis masih kecil.


  • Hormon estrogen

    Pemberian hormon ini, sama ada dalam bentuk pil atau suntikan pada dos tinggi, boleh mengganggu fungsi ovari dan mengurangkan rangsangan terhadap pertumbuhan endometrium. Bagaimanapun, ia juga hanya sesuai jika saiz endometriosis kecil.


  • Derivatif hormon lelaki (testosteron)

    Diambil secara oral boleh menghalang badan menghasilkan hormon estrogen dan menghentikan pertumbuhan sel endometrium.

    b. Pembedahan


  • Pembedahan konservatif

    Bagi mengekalkan kemampuan wan++ita untuk mengandung. Biasanya dilakukan kepada wanita muda dan masih mahu mempunyai anak. Pembedahan ini akan membuang lapisan endometriosis atau ia dimusnahkan dengan laser.


  • Pembedahan bukan konservatif

    Hanya dilakukan jika semua cara di atas tidak berkesan. Ia termasuk sama ada membuang ovari saja, ovari dan uterus atau ovari dan tiub Fallopian. Dalam kaedah ini wanita tidak akan berpeluang untuk mengandung lagi.

    Justeru, masalah endometriosis perlu ditangani di peringkat awal. Jika anda mengalami masalah senggugut yang teruk, segera jalani pemeriksaan. Untuk maklumat lanjut mengenai endometriosis, sila layari laman web www.ogsm.org.my

    Gejala

    Gejala paling umum ialah:


  • Kesakitan pelvik yang teruk ketika kitaran haid (sama ada sebelum, semasa atau selepas haid). Ada kala kesakitan menjadi lebih teruk pada penghujung haid.

  • Sakit ketika mengadakan hubungan seks.

  • Sakit dalam usus ketika haid.

  • Sakit ketika buang air kecil.

  • Abdomen (perut) kembung ketika haid.

  • Pendarahan yang banyak atau tidak menentu.

  • Kelesuan (akibat pendarahan terlalu banyak).

  • Cirit-birit atau sembelit.
  • 10 January 2011

    Handmade??

    ok hari ini aku nk tell u ols something new okay. new ke?? tadelah new sgt. ok tadi pegi wangsa walk. and pegi ke giffy!!! yes! finally dtg jgk kt giffy en en en. haih -____-"

    ok. reben pink plus purple tuh rm3.00/meter.

    then aku beli reben kecik wane turquoise tu rm1.00/meter.
    with 2 clip rambut kecik wane pink satu and turquoise satu. rm0.40 sen each.

    kakmi bertungkus lumus utk menyiapkan riben neh. ergh! susa gile. 1st time buat en. bese lah kan. hehehe. *alasan je tu.

    yeay! dh siap. habis tgn aku bergam. tak suke maen gam lah! okay!! huh!

    see. pakai kt rmbut..actly aku pakai kt tudung. :)

    me! :)

    1st ribbon handmade by me.

    Funker.fm

    korg tawu tak funker fm tu ape?
    ni aku nk habaq mai nih.
    nilah stu2 nye radio secara on9 di Malaysia neh.
    yg nk bangga ni.
    Dj Atie tuh ma sistah!! *tetibe je ko en. HAHAHA.
    tade lah. actly aku kenal kak tiqa b4 die jadi Dj lagi.
    aku chat ngn die.
    tnye buat ape.
    ngah jadi Dj.
    and aku tnye die kt mne.
    die kt uma. -_____-
    cmbengang je kn ckp cmtu tp mmg dh msuk paper ape sume en.
    so aku pon cm support die.
    :)

    cayok2 funker fm.
    more info click here.
    their facebook. click here.

    09 January 2011

    Wedding Bos

    Assalamualaikum semua.
    aku nak cerita kt semua neh.
    hari sabtu lepas, 8hb ritu, wedding bos aku.
    so aku, kakmi, kakyah and nilam...menghadiri majlis tersebut. (skemanye ayat aku).
    majlis yg beserdehana. alhamdullilah berjalan lanjar. :)


    Ok aclty bos2 aku neh dorg ex student poli jb jgk aw.
    aku dh cite ke kt korg? eh lantak lah. erm.
    lect aku lect dorg jgk.
    ape yg aku buat kt poli tu dorg wt jgk. :)





    ni pic Pre-Wedding dorg. smart en.nk pic cmni jgk ngn azam. boleh? :P

    pic ni pon aku suke weyh. HAHAK. ase tak cm nk bwk board tu g mane2. bgtaw kt sume org nak kawin. HAHAHAHA. =D

    pic neh pon cm stylo je kan. ececeyh. tgk kak sofia. HAHA. dh cm cover macho lak en en. en paw lg lah en en. hehehe. =P
    nak tgk lebih lagi? kt sini.

    ni dorg time nikah. awww~ so sweet. -__-

    on the way~

    kakyah terpaksa pndg dpn utk keselamatan kami jgk. :P

    table kami. No. 63!!! table tambahan~

    cenderahati tok para hadirin yg dtg. coklat dorg. :)

    :)

    Nilam. Si Putih.

    Nilam with KakMi.

    Miss Ummu Aisyah Bt Mohd Roszaharri. Si Merah Jambu.

    KakMi. Si Pepel.

    KakYah. Si Biru.

    close up~

    yea! pengantin dh sampai!!!

    naek kereta kuda lah~ fuyooo... jakun jakun

    lek lok kak sofia terpijak kaen kang. :P

    pengantin nk tgkp pic korg jap. tp abg fauzi still jeling2 kt ayam dpn die. aku kcu die mkn en en. HAHAHA.

    tetibe ade photographer tu snap pic dpd blkg fon aku. ala cm slalu photographer wt tu la kan.. nnt kua ah pic fon aku. bkn pic aku lah kan. haih~ kecewa.

    haaa tu saye. terselit di tengah2 gitu en. hehehehe. :)


    Selamat Pengantin Baru di ucapkan kpd mereka. :)