29 April 2015

Family Day D'Print

As salam. Minggu lepas ada family day kat tempat kerja aku sekarang ni, (Felda Trading, unit D'Print) kat Lexis PD. Fuhh mula-mula ingat tidur kat bilik yang ada swimming pool tu. Syok jugak kan. Kalau nak harapkan sendiri nak pergi memang tak lah. HAHA. Tapi rupanya tidur kat chalet atas laut. Tapi ok lah kan. :) Kiranya ni pertama kali lah pergi family day kt tempat kerja. Sobs! Kat tempat kerja lama dulu takde pun family day cm gini. Hehe.

24 April 2015
Bos bagi ktrng half day. Boleh balik lepas solat jumaat. Ada yang dah pergi awal sebab dorg nak booking tempat makan lah, ada yang nak pacak banner lah, tunjuk arah lah. So penyudahnya memang tak ramai lah kat office hari jumaat tu. Aku balik awal pun Azam tak balik kerja lagi. So aku balik tengah hari tu, terus packing barang dan kemas rumah sikit. Azam balik rumah dalam lepas magrib gitu then lepas isya ktrng gerak dari rumah. Kereta aku dah isi minyak siap-siap dah. Felda Trading sponsor duit minyak wehhh! Kagum kejap. Huhuk! Azam pun kagum sebab tempat dia pun takda cm gini. Hehe. On the way dalam kereta memang mulut ni lah tak berhenti bercerita dengan Azam. Aku taknak dia mengantuk. Kesian dia baru balik kerja terus kena drive jauh. Lepas tu tiba-tiba hujan kat highway. Tengok kat signboard tulis PEDAS. Terkejut lah ktrng. HAHAHA. Rupenya dah terlepas 2 exit! Sedap sangat borak sampai terlajak simpang. Macam nak balik merlimau dah. HAHA. Ktrng exit lah kat pedas lepas tu keluar balik, patah balik masuk exit Port Dickson. Hadeh! Sampai hotel dalam pukul 11 malam macam tu. Masuk chalet terus tidur. Nak tengok laut kat bawah pun tak nampak gelap dah. View kat tingkap pun chalet orang. Staff D'Print yang lain pun dah tidur agaknya. Ada gak yang memancing malam tu. Besar jugak dapat ikan nya.

25 April 2015
Pagi-pagi bangun pergi sarapan kat coffee house. Barulah berjumpe dengan staff lain. Start kat situ baru kenal, oh itu wife abang ni, oh tu anak dia. 1st time jumpa. Hehehe. Staff barulah katakan. Lepas sarapan semua staff ada meeting dengan boss Felda Trading, Encik Ishak. Aku dah siap-siap terus ke meeting lepas sarapan. Dah bawak siap-siap jaket semualah. Sebelum masuk meeting tu ktrng jalan-jalan lah kat area swimming pool. Ikut hati memang nak swimming tapi kat situ kena pakai swimming suit baru boleh mandi. Hurmmm. Memang tak lah. :( Tengok jelah orang mandi.



Tepat pukul 9 pagi semua masuk ballroom. Meeting pun start. Seisi dengan Encik Ishak sekejap je. Cerita pasal budget, untung rugi semualah. Bla,bla, bla... Lepas tu habis dah seisi dengan Encik Ishak. 

Gambar dengan Encik Ishak (tengah duduk).
Aku dengan Kaklin.

Aku ingatkan lepas dah habis dengan Encik Ishak dah habis dah meeting rupanya ada lagiiiii! Fuhh! Kebas bontot aku duduk lelama. Sabar jela. Boss pulak cerita pasal syarikat. Untung rugi semualah macam biasa. Lepas tu ada aktiviti macam pergi seminar tu. Kena kenalkan diri sorg-sorg kat depan. Mula-mula aku macam blurr lah. kan dah kenal kenapa nak kenalkan lagi. Rupanya memang tiap-tiap tahun macam gitu cerita dia. Setiap kali meeting untuk family day kena kenalkan diri. Lepas tu boss tanya apa impian aku kat D'Print ni. BLURR wehhh! Macam kena interview waktu mula-mula nak masuk kerja pulak. HAHA. Aku jawab jelah jawapan klise. Bla,bla,bla. Boss nak tengok keyakinan setiap staff bila bercakap dengan orang. Ceceh. Kat situ memang fail dah nak bercakap dengan orang. HAHAHA. Lepas tu ada lah aktiviti lain macam light game. Ok lah~

Buat basikal guna staw. Nampak tak basikalnya atas meja tu.
Waktu aku tengah meeting azam pergi main gym, lepas tu dah habis dia dah tak tau nak buat apa. HAHA. lepak sorang dalam bilik. Aku habis meeting dalam pukul 12.30 tgh hari. Keluar ballroom semua get ready nak pergi lunch. Ktrng lunch nasi ayam je depan simpang nak masuk ke Lexis tu. Lepas tu aktiviti sendiri. Ada family yang pergi pekan PD jalan-jalan. Ada yang pergi karoke, praktis suara untuk malam nya. -.- Ada yang sambung memancing. Aku dengan Azam jalan-jalan area hotel je. Tangkap gambar lepas balik bilik. Aku memang penat gila! Penat sebab duduk lama sangat waktu  meeting. Balik bilik rehat-rehat. Dalam pukul 4, semua staff keluar get ready nak ber-sukaneka. Tempat beriadah ktrng betul-betul depan lobi hotel tu.


Baju D'Print!


Tunggu staff lain berkumpul. Tengah call tu Kaklin dengan 2 orang anak dia. Azam muka malas layan.
Mak Pingu!





Lepas dah habis semua game, semua balik chalet. Lepas magrib ada dinner pulak. Huhu! Tapi sebelum ke chalet tu ktrng bergambar kat area chalet. Tengok matahari terbenam. Ceceh! HAHA. Ada yang main basikal, memancing kat situ.





Nampak tak lelaki yang beruniform pakai topi tu. Itu guard dorg semua pakai topi mcm gitu.
Depan balkoni chalet.
Ok lepas dah puas jalan balik chalet, bersiap nak pergi dinner! Tema malam tu islamic. Jubah ialah pilihan yang paling senang untuk tema ni. HAHA. 







Penyampaian hadiah. Azam banyak menang game petang tu. Huh! -.-



Malam tu ada upacara penyampaian hadiah waktu sukaneka dengan pertandingan menyanyi. Karok lah memasing. Waktu orang bising menyanyi baby kat dalam perut menendang kuat betul! Aku rasa samada dia terkejut atau dia berjoget atau dia suruh aku bla cepat. HAHAHA. Ok lepas tu balik terus chalet pengsan! 

26 April 2015
Pagi sarapan macam biasa. Lepas sarapan ktrng jalan-jalan kat tepi pantai sebelah Lexis tu.

Tak boleh mandi pun laut nih.


Lepas balik jalan kat pantai aku teman Azam pergi gym. Sementara nak tunggu pukul 12 nak check out saja jelah habiskan masa.


Lepas tu check out!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Balik tu aku layankan azam nak pergi muzium tentera darat pulak. Dia memang suka bende cm gitu. Alasan dia nak pergi sebab nak kenalkan aku dengan komunis. -.- Ape punye alasan. Huh! Azam ni memang selalu dia akan pegang handbeg aku, pastu selalu bising ape bende aku bawak berat-berat dalam beg nih. Padahal barang dia jugak dalam handbag aku tu. Purse dia, spek mata dia, power bank dia, monopod lagi. Kelakarnya waktu ambil gambar aku cakap lah "Bak lah handbag tu takkan ambil gambar pegang handbag pompan." Lepas tu ada akak sebelah tu dengar dia tergelak. HAHA. Mungkin situasi dia pun sama? 

Bergaya tak laki aku dengan handbag pompan nye. HAHA.




Ye, dengan hangbag aku lagi.
Sebenarnya handbag aku ada kat sebelah. hehe.




HAHAHA penyudahnya memang semua gambar dengan handbeg aku. Aku mintak nak pegang dia tak bagi. "Beg awak ni dah la berat. Takpe abang pegang." -.- HAHA. Tapi aku memang tak larat dengan panas dengan berat beg berat perut HAHAHA. Nasib lah laki aku tak kisah jalan-jalan bawak beg aku tu.

Tempat tu panas gila! Panas matahari dengan panas dorg tak bukak econ kat dalam bilik pameran tu. Haih berkepak-kepak aku! Paling seram masuk terowong bawah tanah. Dengan penuh patung dalam terowong tu seram aku!

Tangan tu hulur nak pimpim aku turun tangga. "Cepatlah, asik ambik gambar je." -.-



OK balik ampang, sampai rumah pengsan!

22 April 2015

Sebelum vs Selepas Kahwin

Apa yg beza dengan sebelum kawin dengan lepas berkahwin?
Ini bagi pendapat aku sendirilah, lain orang lain lah pendapat masing-masing.

LEPAK DENGAN KAWAN.


Dulu terutamanya kat poli memang takde masalah lah nak lepak terus keluar je. Bila lepas belajar, kalau nak lepak mungkin senang lagi walaupun kadang-kadang masing-masing sibuk dengan kerja, ada yang sambung belajar. Tapi masih senang nak ajak keluar.

TAPI SEKARANG. nak ajak keluar memang kena berkira. Nak kena tengok kelander. Ada kenduri kawin kawanlah nak balik kampunglah. Ade jelah halangan tu. Kalau aku, aku kena tengok kalau azam ada hal weekend baru aku boleh nak merayap. HAHAHA. yelah kalau time azam free, time tulah nak duduk berdua nak dating. Kalau tak jumpe malam je lepas balik kerja. Pastu pagi pergi kerja balik. Kannnn.

PAKAIAN.

Dulu kalau nak pakai baju ke nak bergaya ke, tanya pendapat kawan. Atau tanya adik aku Sarah tu. Tak pun main selambe badak lah aku nak pakai ape pun. HAHA.

TAPI SEKARANG. Bila nak keluar, azam, "eh ketat la. eh pakailah baju yang tu saya suka. *even baju tu dah pakai minggu lepas. -.-" tak sempat nak tanya ok ke tak. huhuhu. Selalunya ibu yang tegur macam tu dulu. hehehe. Tapi selalu ingkar dengan ibu sobs! dulu sebab memang jahil sekarang ni kita ubah lah apa yang terbaik. Berubah bukan sebab suami, berubah sebab memang nak berubah gituwww. :)


BERSIAP.

Dulu dengan kawan-kawan atau sepupu ramai-ramai, paling suka kalau bersiap semua keluarkan stock make up masing-masing. "Wei nak sikit eye shadow. Wei pinjam maskara, maskara aku dah kering. Mana kau beli lipstik ni? bestlah warna dia." Maigodddd. Pastu mesti ada salah sorang yang teror make up dari kita-kita yang lain. So dia yang akan jadi mak andam untuk kita-kita ni. HAHA. Semua beraturlah ikut turn nak kena make up.

TAPI SEKARANG. Aku kena bersiap dalam 15 atau 30 minit awal dari azam. Aku memang sangat jarang nak make up. Mulalah dia yang suruh aku pakai tu pakai ni. Padahal nak pergi mana je pun. Pastu banyak tanya. Ini untuk apa? Kenapa perempuan pakai ni? EH tak sakit ke pakai tu? HAHA. Kalau produk-produk kecantikan macam pelembab ke lotion ke. Dia tanya pelembab ni utk apa. Aku jawab taknak bagi kulit kering. "Hmmm kulit b ni selalu kering menggelupas." Haaa boleh la pakai ni." Mula lah aku yang tukang tepek moisturizer kat muka dia. -.- So far barang aku yang dia guna, masker, pelembab, nose-strip, toner, bio-oil. HAHA


HANDPHONE.

Dulu dengan phone memang berpisah tiada! Risau orang call ke, kawan call ke. Nak update instagram/ twitter lah. Lepas tu bila malam rajin chat kat group whatapps dengan kawan-kawan. Kemain panjang lah cerita nya kat whatapps tu.

TAPI SEKARANG. Phone aku tinggal kat rumah pun aku tak perasan. Selamber pergi kerja babai azam ptu dah sampai ofis baru tercarik phone. Aiyoooo. Kalau malam lagi lah tak tertengok phone tu. HAHAHA. Nak update kat instagram ke twitter ke lagi lah malas. Banyak updated dah #throwback. Kalau batery dah low pun memang malas nak pergi cas kalau tak baru 30% dah menggagau cari cajer atau power bank.


SOCIAL MEDIA.

Dulu selalu rajin jugak nak stalk kawan sendiri sebab saja nak tahu perkembangan masing-masing. Kalau kawan-kawan mention atau reply komen laju je nak respond. Rajin updated blog, baca blog orang. Susun-susun apps kat phone, hias wallpaper. HAHA.

TAPI SEKARANG. Phone pun tak tau kt mana. HAHAHA. Aku selalu ber-sosial phone kat ofis je. sebab phone memang letak sebelah komputer. Kalau bosan buat kerja terus capai phone. Kalau kat rumah kadang-kadang phone cas kat bilik atas kalau tengah tengok tv memang tak layan lah phone kat atas. Hadeh!
MAKAN.

Dulu tak kesah pun nak makan ape. Ikut tekak diri sendiri je. Rasa nak makan tu pergi cari. Nak skip lunch ke dinner ke tak kesah.

TAPI SEKARANG. Dalam kepala ni asik fikir menu nak masak apa. Fuhhhh! Kalau nak makan luar macam kena berkira sikit. Kalau barang dapur dah takde baru terfikir nak makan kat mana. Dulu aku memang bukan ke dapur. Sekarang ni je memang nak tak nak, penat ke semput ke kena jugak masuk dapur. Kalau aku betul-betul tak larat atau balik kerja lambat baru makan luar. Tapi kadang-kadang azam yang ambik turn masak untuk malam. Kalau nak beli makanan fikir dulu eh azam tak suke ni. eh azam tak boleh makan ni. -.- Mula-mula memang susah sikit nak adjust. Memang banyak kali kena tegur. Dah lah memori ingatan ni kadang-kadang tak stabil.Huuuu. :(

DATING.

Dulu waktu mula-mula bercinta kalau boleh hari nak berjumpe! HAHA. Setiap weekend fikir nak pergi mana dengan azam, nak tengok wayang cerita apa, nak makan tempat sedap-sedap. Macam-macam lah bende lagra nak buat haih. -.-

TAPI SEKARANG. Hari-hari nak balik rumah cepat. Kalau weekend dah malas nak pergi dating kat luar. Duduk berdua terperap kat rumah. Lagi-lagi musim panas ni memang nak keluar rumah lagi malas. Panas gila! Kalau nak tengok wayang, selalu akan ambil mid night. Lepas tu kalau nak keluar tengok kewangan dulu macam mana bru decide hehe. :D

Setakat ni jelah perbezaan yang aku ingat. hehe. Baru berapa bulan hidup sama-sama kan. Aku tau banyak lagi dugaan yang akan datang. Orang kata masih mood honeymoon lagi. Memang semua manis belaka. HAHAHA, In Sya Allah. Kita harung sama-sama ye.

21 April 2015

Diari Ummi : Minggu ke 25

Sekarang ni baby aku dah ada lagu fav. Kemainnnnn! memang lately aku rajin bukak and download lagu kanak-kanak yang comel-comel gituwww. Satu hari azam bukak lah one of the video yang aku download kat tv. Lagu 'Tanya Sama Pokok by Mawaddah'. Waktu azam pasang tu, baby asik tendang je. banyak kali! Aku dah tergelak-gelak. Azam ingat aku gelak kat baby tu joget tunjuk bontot. HAHA. Lepas tu aku tarik tangan azam. "Cuba rasa ni baby joget". Azam pun rasa baby tu tendang banyak kali. HAHAHA. Tak tau lah macam mana rupe baby ni joget dalam perut. Lepas tu azam try bagi aku dengar lagu ni kat eyerphone. Baby still menendang bila lagu tu pasang. Memang ktrng gelak je kat baby. Bila lagu stop dia pun dah tak tendang. HAHAHA. 



Nanti baby dah keluar try pasang lagu ni mesti baby suka. Hehehe. Kalau dengar pun lagu ni memang catchy and baby dalam video tu joget pun memang comel sangat! :D

13 April 2015

Diari Ummi : Minggu ke 24

Dah 24 minggu. 6 bulan? Wowww lagi beberapa bulan je lagi wehhhh!

Hari tu pergi check up macam biasa. Nurse suruh timbang berat. Naik lah tempat timbang tu macam biasa. Lepas tu nurse tulis kat buku merah. Then dia selak sebelah (previous check up). "Eh banyaknya naik berat awak ni!" Sepatutnya kena naik berat dalam 1kg sebulan je. Tapi aku naik mendadak 3kg terus. :( "Ok macam ni awak kena minum air gula (MGTT). Hari jumaat ni datang pagi macam biasa kita bagi awak minum air gula." *sambil senyum sinis kt aku yang tengah blurr. 

OK. Pagi jumaat datang pagi macam biasa. Nurse dah pesan start malam khamis aku dah kena puasa. tak boleh makan atau minum pape pun. Mula-mula azam tanya nak teman ke tak. Aku konfiden cakap takpe boleh je ni pergi sorang. Huh! Tapi azam still nak temankan aku. Aku pun datanglah dalam keadaan separuh lapar sebab tak makan pape dari malam. Mula-mula ok je tapi dah start rasa tak sedap badan dah sebab takde tenaga.

Nurse panggil, ambil darah. Fuhh tiap kali moment jarum nak masuk tu aku tak pernah tengok. Aku akan berpaling tempat lain. :( Ok dah ambil darah, dia bagi segelas cawan air gula. Ada la jugak beberapa ibu yang tengah bertungkus lumus minum air gula tu. Aku tanya sorg akak sebelah aku ni. Tak boleh minum air masak ke lepas ni. "Tak boleh dik. Akak dah setel, ok good luck ye" Sambil bla dengan muka kerut-kerut baru lepas habiskan air gula. Aku dah seram je tengok. Then ambil lah satu cawan. Aku hanya mampu minum sikit-sikit. MANIS SANGATTTT OK! Ada yang terus teguk one shot. Ada foreigner ni lagi best. "Nurse, saya sudah minum ini kat rumah bancuh sendiri" tergelak semua nurse kat situ. "Ok camtu awak balik lah, minggu depan datang balik minum air gula kat sini." Hahaha, Ada jugak eh.

Lepas tu nurse suruh tunggu kat situ dalam 2 jam. Dia tak bagi pergi mana-mana sebab nanti pape dia nak panggil senang. Aku pun kua kat azam. 10 minit pertama duduk kt situ aku tahan lagi lepas tu rasa lain je. Macam nk muntah dengan sakit pinggang duduk lama sangat. Last-last aku ajak azam tunggu dalam kereta sebab aku nak baring. So azam pun bawaklah aku tunggu dalam kereta. Sempatlah azam tidur kejap. Aku memang tak boleh tidur. Aku duduk diam je. Memang tak tau nak cakap perasaan tu. Dah lah lapar gila, takde tenaga, kena tunggu lama. Haih! Azam byk kali tanya ok tak ni. Haa nasib baik abang teman awak. Macam ni awak nak pergi sorg. Huuuu. Lepas tu azam siap teman aku puasa lagi. Aku suruh dia pergi beli makanan sebab dia tak sarapan pape pun lagi. "Takpela saya teman awak puasa." Alololo....

Dalam sejam ktrng tunggu dalam kereta, azam bwk aku masuk balik kt klinik. Tunggu lagi dalam 10-20 minit kot baru nurse panggil. Nurse ambil darah lagi. Lepas tu dia cakap kat tangan kiri aku ni dah takde lubang nak cucuk ni. Dia tanya aku nk cucuk kt tempat yang sama ke nak cucuk tangan kanan pulak. Aku pun hulur terus tangan kanan aku. Berlubang-lubang tangan aku nurse ambil darah. Huuu... Lepas dah ambil darah baru boleh balik.

Time ni memang takde tenaga sangat. Ajak azam makan. Azam bawak kat kedai nasi ayam. Makan la macam biasa. Half way makan tu dah raasa lain dah. Sebelum tu azam dah cakap dah. Ni kejap lagi awak muntah ni percayalah. Iyeee betul tu awak. Nasib dah get ready plastik dalam handbag. Muntah sekilo. :( tu 1st time la muntah kt kedai makan. Aku paling risau kalau muntah kat kedai makan. Heish! Nasib lah azam teman. Aku sorg memang terkapai-kapai lah. Azam suruh aku terus pergi kat kereta, dia pergi bayar. Waktu bayar akak cashier tanya kenapa tu. Agaknya risau kot makanan dia tak sedap ke ape ke kan. Azam jawablah isteri saya pregnant. "Ouhh biasalah tu."

Balik rumah memang terus collapse kt sofa. Azam yg tolong betul-betul kan position. betulkan bantal semua. Aku memang serah badan je. Tak larat wehh! Memang terus pengsan! Memang aku cancel lah ke ofis cmtu. Terus ambil emergency leave. Sedar-sedar azam dah nak keluar rumah pergi solat jumaat then terus ke ofis. Lepas tu pengsan balik. Aku terjaga sebab lapar gila yela dah muntah sekilo tadi lepas tu tak makan pape. Menggigil aku pergi dapur cari makanan. Dah jamah roti dengan serunding lepas tu pengsan balik! HAHA. memang tak larat sangat. Haih!

Lepas ni kalau check up aku punye berat tak terkawal lagi kena minum air gula balik. Aku taknak!! Huuuu. :( Tq suami tolong aku serba serbi. 

02 April 2015

Diari Ummi : Minggu ke 23

As salam,

Hari ni genap dah aku 23 minggu mengandung. hehe. Ape perubahannya?

Perut aku yang makin memboyot dan membesar which is means baby lah yg makin besar kan. Heee. Lepas tu selalu rasa macam tak percaya, "Eh aku dah nak jadi mak dah ek?" Ptu macam lupa balik ptu tersedar balik dah nak ada baby. HAHAHA. -.-

Masih muntah lagi. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin makanan yang aku makan tu kadang-kadang baby tak boleh terima memang di tolak balik apa yang mak dia ni makan. HAHAHAIH. -.-

Baby dah start gerak! Ya Allah, hanya Kau je yang tahu macam mana rasanya bila 1st time dapat rasa baby tu sendiri respond kt kita. Mula-mula aku cuma rasa macam gerak-gerak kecil je. Tapi bila aku pegang perut memang tak rasa pape. Mungkin sebab dia kecil lagi tapi rasa lah benda bergerak-gerak dalam perut sendiri kan. Semalam, 1st time lah dia 'tegur' aku. Aku letak tangan atas perut ptu aku rasa tangan dia tolak balik tangan aku. Eh2 nak pegang tangan ummi lah tu kan. HEHE. :D

Sebelum ni, bila orang tanya, "Baby dah gerak dah?" Aku tak reti nak jawab macam mana. Sebab tak pernah rasa kan. dan tak tau macam mana rasa dia. Macam mana nak tau yang kita rasa tu baby tengah gerak? Ada cakap terasa tulang-tulang badan dia berlanggar dalam perut kita. Ada cakap rasa macam perut kita dah masuk angin. Huhu tunggu jelah baby besar lagi sikit mungkin rasa macam-macam kot.

Ibu aku dulu cerita waktu mengandungkan adik aku, siap kena tolak ke tengah sebab tiba-tiba dia duduk tepi. HAHA. Baby ni memang boleh bereng-berenang dalam perut kita ke camne? Suka hati dia nak pergi mana kan. haha. Tapi yang aku perasan baby akan gerak bila  aku tengah makan. Hmmm berebut dengan ummi nak makan kan. Huhuhu.

Kaki dah start membelon! Blurgh dah macam baymax dah. Kulit kaki memang tegang gila. Nak jalan rasa lah sakit. Memang jalan dah slow dah. Asik kena tinggal dengan Azam je bila berjalan. Bila dia dah sedar aku kat belakang kena patah balik hahaha. Tapi selalunya dia akan make sure aku jalan depan dia. Even nak naik tangga rumah pun dia suruh aku naik dulu. Huhu. Nak solat bila sujud dan duduk di antara sujud memang paling terasa sebab kaki tengah tegang so terasa sikit lah. Kadang-kadang je aku solat pakai kerusi itupun kalau penat sangat. Even aku berjalan nak pergi dapur ambil air pun rasa mengah macam berlari. HAHA.

Cuaca sekarang memng panas. Dengan keadaan aku sekarang, aku rasa double panas! Aku bukan jenis macam puteri lilin. Sikit-sikit nak berpayung, nak berteduhlah. Tapi bila pregnant ni, memang tak boleh tahan lagi-lagi cuaca memang tengah global warming ni. :( Kalau berjalan nak tempat teduh je. Kalau nak makan kalau boleh nak kedai ada air-con. Kalau takde air-con kalau boleh nak cari tempat duduk dekat kipas. Hadehhhh. Tak tahan wehhh! Dalam kereta pulak aku siap beli tinted yang boleh bukak pasang tu. Kalau boleh nak bungkus kereta tu tak nak bagi cahaya masuk. HAHA.

Aku perasan, aku tak boleh minum air kat ofis ni. Sebab kat ofis ni pakai air tapis Coway tu. Mula-mula aku ingat aku tak boleh nak minum air mineral langsung. Rupanya, sebab air tu, air tapis... So hari-harilah aku kena beli air mineral botol. Alhamdulillah boleh minum.

Selalu aku mengadu aku sakit tu aku sakit ni aku tak boleh tu tak boleh ni kat Azam. Sampai dia cakap, "Tak baik mengeluh yang." Aku bukan mengeluh. aku cuma cerita kat dia apa aku rasa. Selain aku membebel kat blog nih aku ceritalah kat dia. haha. Dia rasa aku mengeluh. Tak. Aku tengah mengalami keadaan yang banyak merubahkan aku dalam masa 5 bulan lebih ni. Sebab tu aku selalu cerita kat dia.

Aku yakin, aku enjoy dan redha dengan semua perubahan yang sangat drastik ni. Dalam keadaan tak ready pun tau-tau dah pregnant. Yelah, siapa sangka aku akan mengandung secepat ini. Tak habis honeymoon lagi dah nak ada baby. Hehehe. Alhamdulillah. :) Aku bersyukur, kalau nak dibandingkan ada orang yang kahwin bertahun-tahun tapi tak dapat anak lagi kan. Itu semua rezeki masing-masing kan. :)