27 November 2014

Kenduri Doa Selamat (Merlimau, Melaka)

Best picture of us, so far. HEHE.

As salam, biasalah updated blog lambat. Sebenarnya ikut mood. Hee. Entry kali ni nak updated pasal kenduri doa selamat kt melaka (22.11.2014). Takde majlis besar-besaran, hanya kenduri biasa doa selamat untuk menyambut kami sebagai pengantin baru. :) Tetamu yg dijemput pun hanyalah jiran-jiran di melaka, keluarga dan kawan-kawan terdekat.

Kenduri berlangsung di balai raya taman debunga selepas magrib, itu pun tidak lah betul2 selepas magrib. Keluarga belah Pahang ada yg tidur homestay di umbai, ada yg tidur di bandar. So, dorg ni suka boleh berjalan sekali. :P

Memang penat sikit untuk kenduri kali ini, sebab katering hanya sediakan makanan dan keperluan asa je. Yang lain kami kena lah korek robok arwah mak azam. Cari pinggan mangkuk semua. Pagi-pagi cuci lepas tu keringkan, lepas tu hantar ke balai raya. Yang laki-laki pun lagi lah penat tlg susun meja kerusi semua. Pendek cerita kita merwang lah, even bukan rewang masak ye. hehe. Selesai majlis pun macam tadi jugak. Mencuci pinggan mangkuk, (1st time ever basuh pinggan kenduri) kemas balai raya semua. Memang seharian suntuk lah bekerja! Pergh. Alhamdulillah selesai dah lah kendurinya.

Terima Kasih yg sudi datang tu ye. Siap bagi hadiah kahwin lagi. Hehe.

Ibu dan Ayah.
Satu keluarga sebelum balik, adik je takde.
Abu Raif kena himpit.

Sepupu Azam, Ana dan Ika. 

Gambar Bonus; Aku, Ayah dan Adib.
Aku dan Adib.
Abu tiru gaya Toklang dia. hehe comel je.

Abu Raif dan Wanlang.

Sebelum balik dorg sempat lagi jalan-jalan ke Klebang, naik kuda. Jeles!
Ok itu sahaja. :)

21 November 2014

Cabaran sebagai isteri

As salam,

ok nak mengadu pasal kehidupan selepas berkahwin ni. Memang penat! Pergi kerja awal pagi, then ptg balik. Kalau ada kerja urgent kena stay, malam baru balik. Then, balik kena redah traffic jammed. Urgh! Stress sangat.

Sampai rumah get ready bawak keluar bahan-bahan nak masak. Then tukar uniform masuk dapur. Kalau balik lambat azam yg tolong masakkan. (Kerlas tak laki i pandai masak) :P hehe. Ok, masalahnya aku ni haa yg problem kt dapur. Nak memasak nya boleh tapi sekadar masakan yg simple jela buat masa ni. Dgn masa yg terhad, dgn penat nya balik kerja. Harap-harap rutin ni boleh lah di amalkan selalu. Tapi penat sgt! tak terkejar, nak basuh baju nak iron baju.

Respect lah ibu-ibu semua. Lagi-lagi ibu aku. Huuu. Dah lama tak jumpe ibu. Rindu sgt! Selalu time bujang every month akan balik. Bila baru kahwin ni, masa terhad, lepas tu tgh bz nak kenduri belah lelaki lagi. :(

Harap-harap aku tabah utk tempuh semua ini. In Sya Allah. :)

06 November 2014

Persiapan Perkahwinan (Doorgift)

Bahagian doorgift ialah part paling susah bagi aku. Susah sangat nak fikir nak bagi apa kat org. Nak bagi sesuatu yg okay dan org suka yg tidak melebihi budget. Lepas tu fikir kalau bagi beria sangat pun kdg2 org buang. Betul tak? Hurmmm. Susah!

Mula-mula plan (selalunya plan takkan menjadi 100%) nak bagi cupcake in a big size dalam kotak transparent, tapi cari punya cari tak jumpa dan akan mejdai masalah kalau nak bg cupcake, sebab kena jaga cupcake tu betul-betul. Takot krim atas dia cair. Ok then kita tukar lah muffin. Plan asal lagi nak letak dalam kotak transparent 4 segi but then pergi kedai cari-cari tak jumpe jugak. Bila google ada tapi pergi cari tak jumpe. Hurmm. Stress. So jumpe yang bulat comel ni haaa. Lepas tu bila nak order mufin ada masalah pulak lepas tu last minute tukar pembuat mufin. hurmmm!

Untuk kanak-kanak macam biasa lah malas nak berat kepala fikir, bagi gula-gula je. Itu pun nak pilih gula-gula pun macam nak bergaduh! Blurgh. Untuk VIP pulak (kawan terdekat/ keluarga Azam) bagi buah kering (jeruk). Itu pun pening jugak nak fikir. Lagi banyak google lagi pening rasanya.


Gambar: Bekas muffin (1000pcs) - Chowkit.



Gambar: Azhar, anak buah sedara rajin sangat tolong mak long dia tampalkan TQ tag ni. TQ tag beli yg dah siap je kat Semua House. Jimat. Kalau kita design sendiri mahal sikit.



Gambar: Gula-gula untuk kanak-kanak. Bekas wrapping beli kt Semua House. Ibu dgn Sarah yg tlg masukkan dalam plastic. Gula-gula beli kat TopZeller kat setapak.




Gambar: Buah kering (Kiwi & Mangga) beli kat Mahnaz Food di Shah Alam. 2 kali pergi beli sebab tak cukup nak kena topup. Plan asal nak bagi kekacang tapi tapi tapi apakan daya budget tidak mencukupi utk memberi itu. Kenapa kiwi dan mangga? Sebab kiwi warna hijau mangga warna oren. Nak kena dengan tema punya pasal. HAHAHA. jadi tak? Jar pulak beli kat Chowkit. TQ tag dkt jar tu pun beli dah siap kat Semua House. Berbeza sikit dengan TQ tag kat muffin tu. Sebelum masukkan buah kering tu, alas kan dengan dollie paper warne mint dulu. Macam biasa my litle hero Azhar on move. Siap merayu kat aku, "Maklong, Aya nak tolong buat, Please Maklong....."

Terima kasih Azhar dan yg lain tolong packkan barang doorgift ni. Haih ni lah guna sedara mara kan. :) Alhamdulillah.

Persiapan Perkahwinan (Butik Pengantin Inai D'Jari, Bentong)

Untuk bridal, aku ambil bridal dekat Bentong je. Sebab senang dan jimat kos milage. Boleh kalau nak ambil bridal luar dari kawasan kita tapi kena fikir kos untuk millage dan kos penginapan dorang. Lagi pun biasanya untuk bridal tu kan byk barang dia so tak nak menyusahkan dorg kita ambil yg mana dekat.

Ok, dekat butik ni ada dua pakej. (boleh tengok gambar bawah). Harga boleh bincang dengan Kak Leya ni. (Owner Butik) Memang senang berbincang. Jujur cakap, pakej yg disediakan memang bukan dalam kos budget kitaorng. Lepas tu, Kak Leya ni cakap, "Takpe kak, bgtau berapa budget akak dan kita akan buat kira-kira." Lepas tu, dah bincang-bincang, so Kak Leya bg kita dgn harga budget kita tu dengan Pakej Gemilang tapi pelamin tanpa panel. Tau kan panel tu macam mana? So nnt pelamin kami takda panel, hanya backdrop.

Warna tema kami, 'Coral Mint'. Tapi dalam bahasa kampung nya oren dengan turquoise(hijau). Bila tegok baju dekat butik dia mula berkenan yg lain lepas tu berkenan yg lain pulak, HAHA. Hati-hati ya bila memilih. Susah jugak.





Gambar: Antara baju-baju yg ada di butik beliau. Banyak nya cantik-cantik!


Gambar: Inilah pelamin kami. Simple sangat dan aku memang puas hati. Memang macam ni lah yg aku nak sebab dia simple. Kak Leya cakap dia hanya main dengan warna lampu soptlight sahaja. Bila orang tanya berapa kos pelamin, semua cakap murah dan berbaloi.



Gambar: Pakej yang disediakan. Ada alamat dan no tel disitu boleh rujuk kalau nak. :)


Gambar: Malam sebelum majlis. Sedara mara tolong susun meja dan kerusi. Backdrop di meja makan pengantin pun dalam pakej bridal jugak. Cantik dan simple hiasan dia. SUKA!




Gambar: Kitrng ada minta tambahan dari Kak Leya buat backdrop untuk photo booth. Asalnya kami minta backdrop kain warna cream sahaja. Bila hari majlis ternganga tengok cantik lahai! siap dedaun dengan lampu bagai! Memang sgtlah berbaloi woi! Untuk prop photo booth buat sendiri! *kching* Jimat, jimat!

Frame, LOVE : Kaison
Cekak comel, Pasu Mint : Kedai RM2, Bentong.
Pen warna turquoise dan oren : Daiso.
Props : Design sendiri, tampal pada softboard, untuk batang dia guna lidi satay. :)
Buku Tetamu : Design sendiri.


Gambar: Gebu tak muka kaktooonnnnnn! 1st time ever lah ni make up tebal macam ni! sampai 3pcs wet tisu pun tak tanggal hokay! Paling awkward ialah pakai bulu mata palsu. Aku tak pernah terpikir aku akan pakai bulus tu. Waktu tengah make up tu dah pesan kat Kak Leya, aku tak nak cukur kening. Dan nasib baik dia ok with that. yeay! Tapi tiba-tiba haaaa setempel bulu mata! Aku punya lah terkebil-kebil rasa macam tak puas pemandangan ni. Gincu jangan cakap lah, macam pakai water colour. Macam ni rupanya kalau make up tebal. Kak Leya mmg paling lama kat part kening tu lah. HAHAHA. well~ Ok tak make up Kak Leya? Boleh jawab sendiri. :)


For more info, boleh pergi dekat page FB dia. Butik Pengantin Inai D'Jari

Persiapan Perkahwinan (Lokasi)

As salam,
Dah lama tak update blog ni. Kali ni update siap tuka skin blog sekali. lagi simple. HAHA. Rajin terlebih tukar-tukar skin. Mmg dari dulu suka main tukar-tukar. hehehe.

OK. First cerita pasal lokasi majlis. Mula-mula cadang nak buat di Majlis Bandaraya Bentong, tetapi apakan daya, dewan full! Start kosong bulan 5 tahun depan. tsk tsk! So, kita tukar plan untuk cari dewan-dewan sekolah atau dewan serbaguna sekitar rumah. Ada dewan serbagune tu tapi tak sesuai dengan kuantiti tetamu yang nak disediakan. Nak kena fikir keselesaan tetamu juga. So, kita cari dewan sekolah. Bila buat dekat dewan sekolah, kita kena fikir masalah parking tetamu dan budak sekolah. Buatnya budak sekolah tengah exam ke, kan. So cari-cari dapat lah dewan Kolej Vokasional Bentong. Kebetulan mmg ada kosong, dan tiada masalah untuk parking, tetamu akan parking di padang sekolah yg berada betul-betul depan dewan tu. 

Harga untuk booking dewan RM500 tidak termasuk kos meja, kerusi dan pembersihan dewan selepas majlis (RM300). Untuk kerusi dan meja ibu ayah aku yg setelkan sebab dorg kenal dgn orang-orang yg in charge semua tu.



Gambar: Dewan Kolej Vokasional Bentong.


Saya Isteri Dia

As salam. Lama nya tak update. Last update waktu kahwin Nilam. Lepas tu dah sibuk prepared kenduri sendiri. Sebenarnya sekarang pun masih sibuk untuk kenduri sebelah Melaka pulak. Haih. *mengeluh panjang*

Nak updated start mana dulu ye? ermmm. Next entry lah. :)