22 February 2015

Family Day Noi Jarah

Inilah kali pertama keluarga belah ayah aku nak buat hari keluarga. Noi tu nama arwah aki aku nama Nordin. Jarah tu pulak nama arwah wan aku nama Zaharah. Bila kt bentong orang tanya ni cucu sape? Cucu jarah dgn noi. Haaa baru org kampung kenal. Huhu.

Ktrng booking banglo kat A-Famosa. Ini kira pertama kali jugak lah aku ke A-Famosa. Huhu. Excited! Pergi raya cina, mmg dh repair dah mesti jalan jem punye lah. Yes 100% betul! HAHA. Nasib bukan aku yg bawak kereta, klu tak kejung kaki. blurgh. kesian azam tabah je lah.

Keluarga ktrng besar so mmg tak muat lah 1 banglo. Book 2 banglo. tapi masalahnya, banglo ktrng jauh-jauh. So mmg berangkut-angkut lah barang. Nasib ayah aku bawak 4 wheel so mmg selalu jadi pengakutan barang lah. Hehe. Check in semua hari khamis, 19 Feb. Lepas check in takde aktiviti apa pun. Para driver semua keletihan. 3 jam punye cerita jadi 5 jam! Jem punye pasal.


Ni rumah keluarga aku stay.

Jumaat, 20 Feb ktrng bangun awal pagi. Para ibu yg ditugaskan utk memasak dan siap awal-awal dah utk makan pagi. Lepas tu semua berkumpul kat banglo lagi satu, which is mmg banglo rasmi lah kiranya. Apa-apa aktiviti semua kt banglo lagi satu tu. Pagi-pagi buta semua berangkutlah ke sana pulak. Aktiviti pertama, buat senam robik dengan berzumba. Adik sedara aku yg conduct sebab dia 'bakal cikgu sukan' hehe. So mmg sesuailah dilantik untuk uruskan bende nih.

Kemain macam taichi.
Seterusnya aktiviti beriadah. lah sangattttt. HAHA. Aku dengan 2 orang lagi sepupu aku yg in charge untuk semua games. Lepas dah setel zumba semua tu, ktrng makan. Yes, lepas buang lemak 2 inci kita tambah lagi 3 inci ye. HAHA. Sambil makan sambil ktrng siapkan barang-barang utk game. 

Dalam belon ada tepung.
Mak buyong tiup belon ke sedut belon sampai perut kembung? HAHA.

Makan pagi dalam Jacuzzi kt belakang.

Antara aktiviti yg ktrng 'sajikan' :


  1. Musical Chair.
  2. Letupkan belon bertepung.
  3. Sambut air dalam belon.
  4. Pepero Kiss.
  5. Ambil gula-gula dalam tepung.
  6. Blind water.
Macam-macam lah. Lupa dah nk senaraikan. Hehehe. Gambar game tak banyak, banyak video. 



Mak buyong buat-buat sibuk. Hehe.

Ibu dan Cikwok.

Bapak-bapak semua tengok jelah dari jauh. Ayah demam.

Sambil buat game budak2 mandi pool depan banglo.
Lepas game semua rehat. Yang lelaki pukul 12.30 semua dah get ready untuk solat jumaat. Pergi solat jumaat ramai-ramai naik 4 wheel ayah, semua nak duduk belakang. Tak heran lah panas terik camne pun. Kalau dah rmi2 tu kan... Para mak pulak masak untuk makan tengah hari pulak. Penat sebenarnya nk kena masak-masak, tapi sebab ni 1st time dan last minute punye idea tak sempat nk cari katerer ke ape ke. Nasib sediakan dapur dan gas utk masak. Kuali, bahan masak semua masing-masing angkut sendiri dari rumah.



Azam yg excited duduk belakang. -,-
Sebelah malam pulak aktiviti ber-BBQ! Yehaaa. Bakar ayam, kambing, daging, sotong semualah! Mak buyong pun semua bende sebattt! Makan kambing tak hengaaatttt. HAHA. Kakmi pulak buat nasi karot! Hmmm Nyum Nyum! Cam gini haaa *tunjuk ibu jari tinggi-tinggi.


Azam ajak ayah selpie.
Bakar bakar!

Sambil makan BBQ dorg buat pertandingan karoke.

Dorg kat dalam rumah berkarok sakan, aku malas nk duduk dalam sebab kerusi sikit pastu mesti penuh. aku mmg tak larat nk duduk atas lantai. sakit pinggang weh! Lepas tu, aku lepak luar...buat perangaiiiiii! HAHA. 

Aku : B, boleh tak nak mandi s/pool?
Azam : Boleh ke mandi malam? Tak nak lah.
Aku : Alaaaa. *merajuk.
Selepas beberapa minit dipujuk...
Azam : Haa yelah2. Tapi jangan lama-lama.
Aku : *dalam gambar dibawah
OK, YES!

Ok dah setel mandi semua, sambung balik makan kambing. Hehehehe. Azam geleng kepala je. Lepas tu menggeletar nak balik banglo cepat sebab sejuk gila. On the way balik dalam kereta kena bebel dengan Azam. potpetpotpet. Sebelum tidur azam mmg rajin sapukan olive oil kt perut, bila malam tu sapu kt perut aku sejuk sangat. Huuuu Azam risau sangat. Dia marahhhhh. :( Dah lepas ni jangan nk mengada mandi malam dah. Heish Degil betul!! Huuu. Tidur sambil tekap tangan kat perut konon boleh panas kan baby kat dalam perut. HAHA. 


Ok balik!
Sabtu, 21 Feb balik. Waktu balik semua asing-asing. Ada balik dulu ada yg kemudian, so timing tak sama. Tak sempat nk bergambar ramai-ramai semua keluarga. Huuu. :( Takpe next time kita buat family day lagi tangkap gambar ramai-ramai yg penting okayyy. Heee. Happy!

16 February 2015

Diari Ummi : Minggu ke 16

Aku dah buat 2nd check up. Kali ni aku pergi awal pagi jugak. Ramai gila lah orang haih. Kali ni aku pergi sorang. So macam biasa ambil nombor. Sambil tunggu tu ambil sarapan bihun goreng dulu. Ada makcik jual kat depan klinik tu. Makan macam biasa. Sambil tengok gelagat orang. Ada yang datang sorg macam aku, ada yg datang dengan suami. Macam2 jenis orang lah. Tengok jelah sambil tengok tv. Hurmm boring. Lepas tu check air kencing. Ok, normal.

Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Nombor aku dipanggil. Masuk bilik, timbang berat, check perut semua then check darah. lepas check darah tu, nurse terkejut. "Eh rendah hb awak ni." Normal bacaan hb ialah 11-12g/DL. Tapi bacaan aku 10g/DL. So rendah jugak lah. Nurse pun advice lah banyakkan makan makanan zat besi contoh kerang, hati ayam, ikan bilis, buah jambu batu, sayur bayam and so on lah. laju betul nurse tu cakap. Ok lepas tu nak tunggu giliran nak jumpe doktor pulak. Waktu 1st check up tak jumpe doktor.

Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggul. -.-
Lamanya nk tunggu jumpe doktor! Hurmm. Sampai terhangguk2 kepala aku tahan mengantuk. Tinggal orang sorong bantal je. Waktu tunggu tu tiba-tiba aku rasa macam mual je, "Ah sudah jangan lah nk muntah pulak." Hmmm. dah tak tahan ni, jalan cepat-cepat masuk toilet selambak bihun pagi tadi keluar balik. :( Lepas muntah duduk balik terus nombor aku kena panggil. "Fuhh timing baik punye." Jumpe lah doktor. Doktor suruh baring nk buat scanning. Hah? nk scan ke? adakah aku ready nk tengok? wahahah ni 1st time ni nk scan. Kan best kalau azam ada time tu. Huu. Tapi biasalah kan klinik kerajaan orang ramai, doktor cakap laju je. semua nk cepat je kan. Waktu doktor tunjuk baby tu, baru nak feel-feel. HAHA.

Doktor : Haa tu kepala dia, tu badan dia, ni pulak kaki. *sambil tunjuk kat screen hitam putih tu.
Aku : Oooooo

Dalam 3 minit cmtu, doktor terus print scan tadi hitam putih. Tuje. Aku feel ooo je lah. haha. takde lah aku nk perhati betul-betul. Lepas tu doktor pesan, kandungan 3 bulan dah boleh pergi scan dah ye. Aku angguk jelah. Then aku ada mengadu kt doktor pasal masalah aku.Waktu anak dara, aku memang takde masalah keputihan. Bila mengandung ni keputihan aku hari-hari  lepas tu siap gatal-gatal lagi, ada satu hari tu warna coklat. Doktor terus bagi ubat ni. 3 biji pil besar ibu jari. Dia suruh kita masukkan kat kemaluan 3 malam beturut-turut. Dia kata coklat tu mungkin darah. Dekat situ lah kantoi aku tak baca buku merah tu. HAHAHA. Doktor perli lah, awak tak baca dalam buku merah tu ke? Kalau warna keputihan dah warna coklat kena cepat-cepat jumpe doktor. Huuu. Baik doktor. Ok ni sebagai info jela ye.

Balik ofis, (half day) tak baca pun lagi buku merah tu. Sibuk dok google "makanan untuk meningkat kan darah merah ibu mengandung" HAHA. Dok google sana sini, benda yang sama jelah. Lepas tu besoknya, nak bukak buku merah nak baca pasal masalah keputihan tu, nampak satu muka surat PANDUAN PEMAKANAN IBU HAMIL ANEMIA. Haaa hambek kau. Semua info yg aku dok google tu ada dalam satu page tu. HAHA. Pang satu kali kat dahi. Macam-macam info lagi dalam buku merah tu. Cara senaman lah, cara pernafasan lah. Isk isk isk! *geleng kepala. hehe.

So jangan jadi macam aku. Rerajinlah baca buku merah rekod kesihatan ibu tu ye. Semua info berguna ada dalam tu.

12 February 2015

Hari Persandingan (The Reception)

Tarikh : 11 Oktober 2014
Tempat : Dewan Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan
Waktu : 12.00 tgh hari
Tema : Coral + Mint

Lepas selesai je nikah, tangkap gambar sikit kt masjid ptu aku pergi makan kejap, (sempat! hehe..) lepas tu terus rushing balik rumah bersiap untuk sanding pulak. Nak tukar baju make up semua. Sebenarnya plan asal sebelum bersiap tu nak shoot sikit dalam bilik. (dah siap hias bilik dengan beli cadar merah ikut tema nikah) Tapi sebab ada perubahan waktu sanding dipercepatkan so memang tak sempat. 

Alolo meh sini sayang betulkan.

Lepas dah siap make up semua, (dalam 1 jam lebih) ktrng terus ke dewan naik kereta Ablong. Hantar betul-betul depan pintu masuk dewan. Lepas tu, terus berarak ke meja makan beradab. Memang plan siap-siap nak makan dulu sebab pelamin atas pentas, so taknak lah masuk-masuk terus sanding lepas tu nak turun pentas pulak pergi ke meja lepas tu naik balik nk tangkap gambar. Nanti leceh dan ambil masa. So terus ke meja makan. Meja makan ktrng by Inai D'Jari. (baca sini) Kat meja makan bukan makan sangat pun. Makan secubit dua lepas tu tangkap gambar sikit, suap-suap terus naik pelamin.

di meja makan beradab bersama keluarga belah lelaki dari Melaka.

atas pelamin gituuu
Pengapit!


Kayu gila badan masing-masing. HAHA.



Photographer ktrng Atelier Porto.

Hari Pernikahan (The Solemnization)

HAHAHA.
Kelakar jap. Dah 3 bulan kawin baru nk update pasal kawin.

Tarikh : 11 Oktober 2014
Tempat : Masjid Ketari.
Waktu : 9.00 pagi
Tema : Putih + Merah
Hantaran : 5 dulang (Perempuan) 3 dulang (Lelaki)

Untuk nikah aku make up sendiri, so memang aku nak light je time nikah. Aku make up pun pakai bedak, calit eye liner, mascara, gincu merah. Thats all. Start nikah pukul 9 pagi. memang awal gila. First sebab aku sanding hari yg sama pada tgh hari nya. Then, Tok Kadi tu pun dah ada majlis nikah pukul 10 lepas tu.

So bermula lah masuk masjid. Berdebar gila! Masuk je masjid nampak Azam dengan ayah dan bbrapa org tengah berbincang kat depan. Aku nikah berwalikan bapa. So ayah aku sendiri yg akan 'gegar tangan' azam. HEHE. Lepas tu semua dh ready set up bantal duduk. Malangnya, kami tak pakai mic. So memang sepatah haram dorg cakap pun tak dengar lah kan. Sedih!

Sebelum tu, ayah datang kat aku.
Ayah : Aisyah, izinkan ayah menikahkan kau dengan muhammad azam. *proper gila ayah cakap time tu. *
Aku : Kaklong izinkan. *nervous!*

Lepas tu ayah bangun ke depan Azam pulak. Bermulalah "Aku nikahkan dikau bla bla bla.." *tak dengar kt belakang* :( Lepas tu tengok semua angguk2. Semua tadah tangan. Alhamdulillahhhhh~ Tau2 dah sah weiii hahaha. Mana nak datang sedihnya HAHA. Ibu pulak duduk kt luar masjid sebab uzur. So memang takde yg nak buat aku sedih lah. Cume dalam hati. Haa aku dah jadi isteri Azam? Betul ke ni? Lepas ni nk buat ape ni. HAHA.

Baju Melayu Nikah Azam : Beli kat Jakel by Zizan Razak. Tengah sale nak raya percuma samping.
Muka nervous Azam. Baju biru belakang tu pengapit lelaki, kawan Azam.

Muka kena pasang telinga.

Dupdup! Dupdup!

Bersyukur sangat kat belakang aku complete kawan-kawan baik aku.
Fafarinqacayu. Fatin je takde.

Sah! Alhamdulillah.

Bunga Tangan : Sponsor by Wande. (Nenek Sedara)

Azam baca taklik nikah depan aku.

Baju Nikah : Beli kat kiosk dalam Aeon AU2.
Veil : Sponsor by Kak Su.

Lepas selesai bacaan taklik, seisi tanda tangan kemudian salam suami. hehe.

Keluar masjid cari ibu dulu. "Kaklong dah jadi isteri dah ibu"

Terima kasih ibu ayah sebab sokong pilihan kaklong.

Bergambar dengan keluarga belah suami.

Brides with the hantaran dan brides maid.

Hantaran kami.
Dulang hantaran : Sponsor by Ummi. (Makcik aku)
Hiasan hantaran : Aku sendiri dibantu oleh sepupu aku ena.

Sarah.


New Family. (Adik aku bongsu je takde)

Pengapit dan bridesmaid. Dua2 sepupu aku.

06 February 2015

Diari Ummi : Minggu ke 15

As salam..
Now dah 15 minggu dah. Aku still muntah-muntah. Mmg harap sangat jangan sampai dah nak bersalin pun masih muntah-muntah lagi. Hurmm. Lembik badan bila muntah.

Sekarang ni aku selalu dapat mimpi pelik. Ermm nak kata aku fikirkan sangat tak jugak. Timing tidur tu mgkn jugak. Ntah lah, jadi risau pulak bila terjaga pikir balik apa yang aku mimpi tu. Nak cerita pun takut. Hee. Hope everythinggggg is fine!

Perut pun dah makin kedepan ni. Hehehe. macam kelakar pulak tgk perut sendiri kat cermin. Bila tekan perut rasa keras. for surelah ada 'something' eh 'someone' kat dalam kan. Hehehe. Sebelum ni kalau tarik hembus nafas tu boleh nampak perut kita ke dalam ptu keluar. tapi skg sama je. HAHA. << tiba-tiba jakun dengan perut sendiri. belum boyot lagi. esok dah boyot siap ah jalan kengkang2 HAHA.

Susahnya aku ni stay jauh dari org tua. So apa-apa nak kena call, nak kena tanya ibu. ini boleh tak itu boleh tak. Hari tu beli glucosin sebab aku tak boleh nak telan air masak, rasa mcm loya. Kalau order kedai air manis dan berais je.Ptu ibu tegur kenapalah beli glucosin tu, nnt diabetis sok bru tau. Huu Kalau stay sekali at least org tua kita boleh pantau kita. Apa kita buat apa kita makan. Hee. Miss you ibu!

Aku cuba untuk tidak melayan kerenah aku sendiri. Aku cuba ok. Hmm. :(