Untuk bridal, aku ambil bridal dekat Bentong je. Sebab senang dan jimat kos milage. Boleh kalau nak ambil bridal luar dari kawasan kita tapi kena fikir kos untuk millage dan kos penginapan dorang. Lagi pun biasanya untuk bridal tu kan byk barang dia so tak nak menyusahkan dorg kita ambil yg mana dekat.
Ok, dekat butik ni ada dua pakej. (boleh tengok gambar bawah). Harga boleh bincang dengan Kak Leya ni. (Owner Butik) Memang senang berbincang. Jujur cakap, pakej yg disediakan memang bukan dalam kos budget kitaorng. Lepas tu, Kak Leya ni cakap, "Takpe kak, bgtau berapa budget akak dan kita akan buat kira-kira." Lepas tu, dah bincang-bincang, so Kak Leya bg kita dgn harga budget kita tu dengan Pakej Gemilang tapi pelamin tanpa panel. Tau kan panel tu macam mana? So nnt pelamin kami takda panel, hanya backdrop.
Warna tema kami, 'Coral Mint'. Tapi dalam bahasa kampung nya oren dengan turquoise(hijau). Bila tegok baju dekat butik dia mula berkenan yg lain lepas tu berkenan yg lain pulak, HAHA. Hati-hati ya bila memilih. Susah jugak.
Gambar: Antara baju-baju yg ada di butik beliau. Banyak nya cantik-cantik!

Gambar: Inilah pelamin kami. Simple sangat dan aku memang puas hati. Memang macam ni lah yg aku nak sebab dia simple. Kak Leya cakap dia hanya main dengan warna lampu soptlight sahaja. Bila orang tanya berapa kos pelamin, semua cakap murah dan berbaloi.

Gambar: Pakej yang disediakan. Ada alamat dan no tel disitu boleh rujuk kalau nak. :)
Gambar: Malam sebelum majlis. Sedara mara tolong susun meja dan kerusi. Backdrop di meja makan pengantin pun dalam pakej bridal jugak. Cantik dan simple hiasan dia. SUKA!
Gambar: Kitrng ada minta tambahan dari Kak Leya buat backdrop untuk photo booth. Asalnya kami minta backdrop kain warna cream sahaja. Bila hari majlis ternganga tengok cantik lahai! siap dedaun dengan lampu bagai! Memang sgtlah berbaloi woi! Untuk prop photo booth buat sendiri! *kching* Jimat, jimat!
Frame, LOVE : Kaison
Cekak comel, Pasu Mint : Kedai RM2, Bentong.
Pen warna turquoise dan oren : Daiso.
Props : Design sendiri, tampal pada softboard, untuk batang dia guna lidi satay. :)
Buku Tetamu : Design sendiri.
Gambar: Gebu tak muka kaktooonnnnnn! 1st time ever lah ni make up tebal macam ni! sampai 3pcs wet tisu pun tak tanggal hokay! Paling awkward ialah pakai bulu mata palsu. Aku tak pernah terpikir aku akan pakai bulus tu. Waktu tengah make up tu dah pesan kat Kak Leya, aku tak nak cukur kening. Dan nasib baik dia ok with that. yeay! Tapi tiba-tiba haaaa setempel bulu mata! Aku punya lah terkebil-kebil rasa macam tak puas pemandangan ni. Gincu jangan cakap lah, macam pakai water colour. Macam ni rupanya kalau make up tebal. Kak Leya mmg paling lama kat part kening tu lah. HAHAHA. well~ Ok tak make up Kak Leya? Boleh jawab sendiri. :)
For more info, boleh pergi dekat page FB dia. Butik Pengantin Inai D'Jari
No comments:
Post a Comment