05 April 2010

tracing!

ni waktu 1st belaja trace. malu lah nk cite. budak baru belaja kan. heheh tapi xpela. ni blog aku kan. so aku ley post pape pown kan kan kan. hhuhu ni excited lebey nih. ngee~ konon2 jadi lah trace pic ibu. ni pown xbpe nk siap. nk mntk tlg zamer and eriqa aja!! sifu!!! baik ko aja budak baru belaja ni. law x tah2 pic sape lagi jd mangsa aku trace hahahak. =D



my artwork*

original*

reject!!

ok dear my reader...

here something to story2. ktrng sume di beri arahan utk buat satu pic bangunan. convert to HDR (High Dynamic Range). perh. tak mcm susa plak kan. pic yg nk kne convert tu plak mst lah ori. kite yg kne snap pic bngunan tuh. tak nak from internet. huhu. so, aku bukak lah folder [cameron highland] baru je holiday raye cine ritu ngn family. tgk2 ade pic aku snap gambar bangunan kilang teh BOH'. so decided pilih pic nih nk convert HDR. dh siap edit, print... hantar kat puan. "buat yang baru." perh~ puan, klu ktrng buat due bley x? (konon2 bley bearcup markah lah ni) "saya tak nak simpan.buat baru.alah print berape ringgit sgt.." baik puan.... [sigh] adeh!!

here pic 1st aku edit. (abaikan tag name aku tu) hurmm komen puan. 1st, xde ciri2 stamp pown. pic dh ok cume kene refer stamp. 2nd, font salah. 3rd, tak letak name tempat pic tu. 4rd, BUAT BALIK. ni 1st time artwork aku kene reject. b4 this penah kne reject tapi still ley terima. adeh, this time ase cm mmg pelepek je huhu. its okay. its alright. never mind puan, kami buat baru.

finally, aku buat lah yg baru. there! ni kalau kne reject jugak xtahu nk ckp pe. ermm setem aku size A3 so harga die rm20 ah! hahaha mahal siot. hehehe yg kene reject tu nk wtpe hek? gantung ah kt uma sewa sob sob :( huhuhu ok lah. nk tido. sok kelas kol 10 pagi. hari ni seharian aku tido kt uma. parut ku yg sakit sgt membuat kan aku tidak terdaya utk buat pape. mandi pown 2in1..! truk3.. ish3..



bangga anak pahang!
tapi lahir selangor huhu

03 April 2010

tips kuruskan badan :)

1. Jangan Berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman yang bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Kerap makan
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit ;daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Elakkan makan makanan ringan/ snek/ cekedis
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

hope bley guides aku mende nih. nk kurus~~~