29 April 2015

Family Day D'Print

As salam. Minggu lepas ada family day kat tempat kerja aku sekarang ni, (Felda Trading, unit D'Print) kat Lexis PD. Fuhh mula-mula ingat tidur kat bilik yang ada swimming pool tu. Syok jugak kan. Kalau nak harapkan sendiri nak pergi memang tak lah. HAHA. Tapi rupanya tidur kat chalet atas laut. Tapi ok lah kan. :) Kiranya ni pertama kali lah pergi family day kt tempat kerja. Sobs! Kat tempat kerja lama dulu takde pun family day cm gini. Hehe.

24 April 2015
Bos bagi ktrng half day. Boleh balik lepas solat jumaat. Ada yang dah pergi awal sebab dorg nak booking tempat makan lah, ada yang nak pacak banner lah, tunjuk arah lah. So penyudahnya memang tak ramai lah kat office hari jumaat tu. Aku balik awal pun Azam tak balik kerja lagi. So aku balik tengah hari tu, terus packing barang dan kemas rumah sikit. Azam balik rumah dalam lepas magrib gitu then lepas isya ktrng gerak dari rumah. Kereta aku dah isi minyak siap-siap dah. Felda Trading sponsor duit minyak wehhh! Kagum kejap. Huhuk! Azam pun kagum sebab tempat dia pun takda cm gini. Hehe. On the way dalam kereta memang mulut ni lah tak berhenti bercerita dengan Azam. Aku taknak dia mengantuk. Kesian dia baru balik kerja terus kena drive jauh. Lepas tu tiba-tiba hujan kat highway. Tengok kat signboard tulis PEDAS. Terkejut lah ktrng. HAHAHA. Rupenya dah terlepas 2 exit! Sedap sangat borak sampai terlajak simpang. Macam nak balik merlimau dah. HAHA. Ktrng exit lah kat pedas lepas tu keluar balik, patah balik masuk exit Port Dickson. Hadeh! Sampai hotel dalam pukul 11 malam macam tu. Masuk chalet terus tidur. Nak tengok laut kat bawah pun tak nampak gelap dah. View kat tingkap pun chalet orang. Staff D'Print yang lain pun dah tidur agaknya. Ada gak yang memancing malam tu. Besar jugak dapat ikan nya.

25 April 2015
Pagi-pagi bangun pergi sarapan kat coffee house. Barulah berjumpe dengan staff lain. Start kat situ baru kenal, oh itu wife abang ni, oh tu anak dia. 1st time jumpa. Hehehe. Staff barulah katakan. Lepas sarapan semua staff ada meeting dengan boss Felda Trading, Encik Ishak. Aku dah siap-siap terus ke meeting lepas sarapan. Dah bawak siap-siap jaket semualah. Sebelum masuk meeting tu ktrng jalan-jalan lah kat area swimming pool. Ikut hati memang nak swimming tapi kat situ kena pakai swimming suit baru boleh mandi. Hurmmm. Memang tak lah. :( Tengok jelah orang mandi.



Tepat pukul 9 pagi semua masuk ballroom. Meeting pun start. Seisi dengan Encik Ishak sekejap je. Cerita pasal budget, untung rugi semualah. Bla,bla, bla... Lepas tu habis dah seisi dengan Encik Ishak. 

Gambar dengan Encik Ishak (tengah duduk).
Aku dengan Kaklin.

Aku ingatkan lepas dah habis dengan Encik Ishak dah habis dah meeting rupanya ada lagiiiii! Fuhh! Kebas bontot aku duduk lelama. Sabar jela. Boss pulak cerita pasal syarikat. Untung rugi semualah macam biasa. Lepas tu ada aktiviti macam pergi seminar tu. Kena kenalkan diri sorg-sorg kat depan. Mula-mula aku macam blurr lah. kan dah kenal kenapa nak kenalkan lagi. Rupanya memang tiap-tiap tahun macam gitu cerita dia. Setiap kali meeting untuk family day kena kenalkan diri. Lepas tu boss tanya apa impian aku kat D'Print ni. BLURR wehhh! Macam kena interview waktu mula-mula nak masuk kerja pulak. HAHA. Aku jawab jelah jawapan klise. Bla,bla,bla. Boss nak tengok keyakinan setiap staff bila bercakap dengan orang. Ceceh. Kat situ memang fail dah nak bercakap dengan orang. HAHAHA. Lepas tu ada lah aktiviti lain macam light game. Ok lah~

Buat basikal guna staw. Nampak tak basikalnya atas meja tu.
Waktu aku tengah meeting azam pergi main gym, lepas tu dah habis dia dah tak tau nak buat apa. HAHA. lepak sorang dalam bilik. Aku habis meeting dalam pukul 12.30 tgh hari. Keluar ballroom semua get ready nak pergi lunch. Ktrng lunch nasi ayam je depan simpang nak masuk ke Lexis tu. Lepas tu aktiviti sendiri. Ada family yang pergi pekan PD jalan-jalan. Ada yang pergi karoke, praktis suara untuk malam nya. -.- Ada yang sambung memancing. Aku dengan Azam jalan-jalan area hotel je. Tangkap gambar lepas balik bilik. Aku memang penat gila! Penat sebab duduk lama sangat waktu  meeting. Balik bilik rehat-rehat. Dalam pukul 4, semua staff keluar get ready nak ber-sukaneka. Tempat beriadah ktrng betul-betul depan lobi hotel tu.


Baju D'Print!


Tunggu staff lain berkumpul. Tengah call tu Kaklin dengan 2 orang anak dia. Azam muka malas layan.
Mak Pingu!





Lepas dah habis semua game, semua balik chalet. Lepas magrib ada dinner pulak. Huhu! Tapi sebelum ke chalet tu ktrng bergambar kat area chalet. Tengok matahari terbenam. Ceceh! HAHA. Ada yang main basikal, memancing kat situ.





Nampak tak lelaki yang beruniform pakai topi tu. Itu guard dorg semua pakai topi mcm gitu.
Depan balkoni chalet.
Ok lepas dah puas jalan balik chalet, bersiap nak pergi dinner! Tema malam tu islamic. Jubah ialah pilihan yang paling senang untuk tema ni. HAHA. 







Penyampaian hadiah. Azam banyak menang game petang tu. Huh! -.-



Malam tu ada upacara penyampaian hadiah waktu sukaneka dengan pertandingan menyanyi. Karok lah memasing. Waktu orang bising menyanyi baby kat dalam perut menendang kuat betul! Aku rasa samada dia terkejut atau dia berjoget atau dia suruh aku bla cepat. HAHAHA. Ok lepas tu balik terus chalet pengsan! 

26 April 2015
Pagi sarapan macam biasa. Lepas sarapan ktrng jalan-jalan kat tepi pantai sebelah Lexis tu.

Tak boleh mandi pun laut nih.


Lepas balik jalan kat pantai aku teman Azam pergi gym. Sementara nak tunggu pukul 12 nak check out saja jelah habiskan masa.


Lepas tu check out!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Balik tu aku layankan azam nak pergi muzium tentera darat pulak. Dia memang suka bende cm gitu. Alasan dia nak pergi sebab nak kenalkan aku dengan komunis. -.- Ape punye alasan. Huh! Azam ni memang selalu dia akan pegang handbeg aku, pastu selalu bising ape bende aku bawak berat-berat dalam beg nih. Padahal barang dia jugak dalam handbag aku tu. Purse dia, spek mata dia, power bank dia, monopod lagi. Kelakarnya waktu ambil gambar aku cakap lah "Bak lah handbag tu takkan ambil gambar pegang handbag pompan." Lepas tu ada akak sebelah tu dengar dia tergelak. HAHA. Mungkin situasi dia pun sama? 

Bergaya tak laki aku dengan handbag pompan nye. HAHA.




Ye, dengan hangbag aku lagi.
Sebenarnya handbag aku ada kat sebelah. hehe.




HAHAHA penyudahnya memang semua gambar dengan handbeg aku. Aku mintak nak pegang dia tak bagi. "Beg awak ni dah la berat. Takpe abang pegang." -.- HAHA. Tapi aku memang tak larat dengan panas dengan berat beg berat perut HAHAHA. Nasib lah laki aku tak kisah jalan-jalan bawak beg aku tu.

Tempat tu panas gila! Panas matahari dengan panas dorg tak bukak econ kat dalam bilik pameran tu. Haih berkepak-kepak aku! Paling seram masuk terowong bawah tanah. Dengan penuh patung dalam terowong tu seram aku!

Tangan tu hulur nak pimpim aku turun tangga. "Cepatlah, asik ambik gambar je." -.-



OK balik ampang, sampai rumah pengsan!

No comments: