As salam, fuhh! Lama tak update. Last diari ummi tu minggu ke berapa ntah. Lepas tu dah terabai. Nak update waktu raya tu pun still dalam draft. Huhu.
Entry kali ni memang nak cerita pasal aku bersalin je. Saja nak update sebab nanti lupa lepas tu nanti bila bukak blog macam tak lengkap pulak bila diari ummi pengalaman waktu mengandung je, pengalaman waktu bersalin takde. Kurang-kurang esok kalau aku bosan-bosan boleh baca balik lepas tu teringat balik kan. :)
18 Julai 2015
(Raya kedua) Sepatutnya aku sambung beraya tapi pagi raya tu aku rasa sakit kat bahagian ari-ari. Ibu suruh aku tgk jam dan kira berapa lama jarak sakit tu. Bila aku kira, sakit dia selang sejam. Haaa lepas tu semua kalut lah suruh aku balik KL sebab rancang bersalin kat hospital panel company kat setapak. Aku tunggu tengah hari still sakit sejam-sejam.
Ibu takutkan aku. "Ni malam ni bersalin ni.." Huh. Aku memang sakit tapi instint aku takkan bersalin waktu terdekat tu. (betul kata hati aku). So lepas makan tengah hari aku dan azam balik lah KL. Raya sehari je. :( Sobs! Sampai rumah kat ampang, azam nak hantar aku terus hospital tapi aku nak tunggu dulu. Lepas tu dah sampai malam, sakit tu still ada tapi dah start tak regular. kadang sejam kadang setangah jam. Waktu aku rasa sakit tu macam paling sakit la sepanjang aku pregnant tapi aku still boleh tahan. (padahal sebab tak tahu rasa contraction sebenar macam mana) HAHA. Malam tu jugak lah azam hantar aku. On the way ke hospital aku cakap kat azam apa kata kita pergi check klinik biasa je dulu nak. Mana tau bukan rasa nak bersalin ke.
Azam pun bawak la pergi klinik biasa. Doktor cakap better pergi check kat hospital terus sebab dengan kandungan aku waktu tu dah 9 bulan, memang anytime je boleh terberanak. So pergi jugak lah hospital masuk labour room check pakai CTG. Dorg cakap contraction ada tapi sikittttt je. Takde tanda baby nak keluar pun. HAHAHA. Buat malu je aih. Nurse situ cakap better puan datang bila dah turun air ketuban atau darah, itu betul-betul nak bersalin. So ktrng pun balik lah rumah...tapi sakit still sakit. Huhu.
| Kena pasang CTG |
| Nampak sangat tak ready nk bersalin. |
30 Julai 2015
Due date!!
But still....takda tanda yang baby nak keluar. Ibu aku mulalah buat macam-macam andaian.
"Kau ni salah kira tarikh last period kot. Waktu ibu dulu semua anak bersalin sebelum due date."
Huh. Paling bosan bila orang asik tanya bila nak bersalin nih? -.-
Hari due date ni aku siap pergi ke Aeon Maluri. Saja nak berjalan konon nak cepatkan bersalin. Dah la drive sorang, berjalan sorang dengan sarat-sarat. Sempatlah shopping sikit. HAHA. Tapi still, takda tanda nak bersalin. :(
3 Ogos 2015
Appointment dengan doktor. (dengan harapan nak mintak doktor bersalinkan aku)
Sebelum ni doktor ada cakap, kalau awak still tak bersalin 3 hari bulan ni kita cuba induce lah. Aku pun dengan harapan datang appointment hari tu memang niat nak berserah dirilah. Nak mintak doktor bersalin kan aku secepat mungkin. Memang time ni emosi aku jadi cam tak menentu. Selagi baby ni tak keluar selagi tu lah hati ni tak tenang dengan tahan sakitnya.
Aku : Doktor saya nak serah diri ni nak bersalin. Huu.
*Lepas scan.
Doktor : Baby awak okay. Air ketuban dan jantung baby pun okay. Semua takde masalah. So saya rasa takde sebab nak keluarkan baby ni. Saya advice tunggu lagi cukupkan seminggu, kalau awak takde tanda nk bersalin jugak baru kita induce awak.
Azam : Haa awak jgn menangis pulak.
Aku : Huh. :(
Memang time ni aku rasa macam sedih gila. Kenapa doktor taknak bersalinkan aku. Kenapa baby tak nak keluar lagi. Kenapa? Banyak kenapa dalam kepala aku ni. Sampai jadi depress. Lepas tu aku tersedar. Aku patutnya bersyukur. Baby okay. Baby sihat kt dalam perut.. Cepat sgt give up nya.
6 Ogos 2015
Genaplah kandungan aku 41 minggu. Masih takde tanda nak bersalin jugak. Huu. Sampai je hospital terus pergi kaunter untuk admit terus. Dah daftar isi form semua, nurse bawak ke labor room. Pagi tu, dorg masukkan induce. Aku dengan azam lepaklah dalam labor room. Nasiblah ada azam buat peneman, kalau tak tunggul jugak lah. Dah lah takde rasa sakit lgsg huhu. Ktrng siap bergurau senda kat dalam labor room tu. Nurse masuk kejap2 siap tanya takde rasa sakit ke? Huuu takde. :/ Bila nurse check bukaan 1 cm je bukak. :(
Lepas tu dah petang sikit tu dorg masukkan induce yang kedua. Lepas tu tak tunggu dalam labor room dah. Duduk kat wad. Waktu tu ibu dgn ayah datang dari Bentong. Aku dah ckp jgn dtg lagi sebab tak rasa nak bersalin lagi. Hmm tengok2 dah sampai kat hospital dah. Huhu. Bagi sokongan katanya. HAHA. Waktu tengah borak2 dengan ibu ayah kt wad, aku start rasa sakit perut macam memulas. Tapi buat tak tau lagi. Borak macam biasa lagi.
Dah lama sikit tu baru terasa sakit dia lain macam pulak. Sakit gila! Aku dah start menangis. Huhu. Ibu dgn ayah tglkan aku kt wad. Ingatkan dorg terus balik rupanya duduk lepak kt kedai mamak nak tunggu aku bersalin. Dorg jangka aku bersalin malam tu jgk. HAHAHA nampak tk excited wan dgn atok tuuuu. Huu. Last2 dah sampai tgh malam aku tak bersalin lagi ibu ayah balik jgk. Waktu dah start sakit tu, aku mmg tk berenggang dgn azam. Azam start tenangkan aku. "Ummi kuat, ummi kuat kan." Aku boleh menangis sambil baca selawat banyak2. Time ni baru aku sedar "Ok aisyah cmni rupanya sakit contraction."
Nurse mintak aku duduk labor room. Dia siap bawakkan wheel chair. Aku mintak nak berjalan je ke labor room tapi lambatla. Azam la pimpim tangan aku sampai la ke labor room. Nurse dah start pasangkan CTG nk check contraction. Bila nurse check bukaan baru 2 cm. Aku macam huh baru 2 cm tapi sakit dia.....ergh! Malam tu nurse suruh duduk labor room je sampai aku bersalin. Lepas tu nurse bagi aku ubat pandelin kot yg buat mengantuk. Cucuk kat punggung untuk bagi aku tidur dan rest. Lepas cucuk tu aku terus high, terus tidur.
Aku dapat tidur dalam 2 jam camtu je. Lepas tu aku rasa sakit sgt sgt sgt! Bila contraction tu dtg aku genggam tgn azam. Azam ckp aku bila sakit je tgn aku mcm terkapai-kapai cari dia. Huuu. Bila sakit tu hilang aku terus tertidur balik sebab efek ubat tadi. Nurse ada pesan kalau sakit ambil gas kat tepi kepala katil tu, sedut gas tu. Katanya untuk kurangkan sakit. Time tu aku acah2 kuat. Mula2 mmg aku tak ambil langsung gas tu last-last dah tak tahan sangat aku ambil jugak. Bila sakit datang je terus aku capai gas tu sedut macam orang semput tu. Hmm tapi aku rasa dia kurangkan sikitttt je. Huhu sebelum ni doktor mmg ada ckp pasal gas tu. Dia pun dah ckp awal2 gas tu hanya membantu berapa peratus je dari sakit contraction tu.
| Sebelum sakit contraction |
7 Ogos 2015
Satu hari ni aku tak sedar apa, aku tak makan apa2 langsung. Last aku makan malam tu je. Lepas tu mmg tk sedar sgt dh. Nurse yg dtg check aku kt labor room dh bertukar2 org dh. hahaha. Sampai ktrng dh hafal waktu2 shift dorg kt labor room tu. Azam jgn ckp la satu hari tu tak tidur jagakan aku punya pasal! Start tgh hari aku dah sakit sgt sgt dh. Nurse kat situ dh start prepare brg2 kat tepi aku. Doktor sampai je (pukul berapa mmg aku tak ingatlah) letak handbag dia prepare pakai sarung tgn semua tinggal nk suruh aku teran je. Fuhh mmg tu je keje doktor. Dah sampai bukaan 10cm tu, dah start rasa nk teran dh. Time tu nurse punyalah macam rmi je kt tepi aku ni. Dalam 5 orang kot tak silap. Azam kt tepi aku mmg tak pernah pergi mana since aku sakit hari tu. Huuu.
Waktu yang ditunggu sudah tiba. PUSH!!! Automatik aku terus jadi macam pandai pulak meneran. (tak payah pergi kelas meneran huhu) Sebelum ni ada baca tips sikit2 macam mana nak teran. Punggung jangan angkat, jangan jerit, jangan nangis. Benda2 camtu jela aku ikut. Huu. Paling penting selawat nabi nuh tu. "LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN" Waktu 1st teran doktor cakap, "Haaa lagi sikiiit je." Aku macam, huh bia betul lagi sikit je nk keluar. Azam ckp mmg doktor tipu pun. Waktu tu baru keluar kepala sikittt je. HAHAHA. Doktor tu mmg pandai psyco betul lah. Tengah teran dia hanya cakap benda positif je. "Bagusss...Pandai awak teran...Bagusnya...Haaa macam tulah..." Yang nurse ramai2 kt tepi tu jgn ckpla. Dorg pun sama jerit. "Pushhhhhh" Bila time teran, bising labor room tu suara semua org jerit push. Bila time contraction tak dtg, aku tidur!! HAHAHA sebab efek ubat tu tak habis lagi so aku mmg tgh high sgt! Bila contraction dtg azam kejut, sayang bangun cepat syg. Lepas tu sambung teran. Azam tlg tolak belakang aku sambil baca selawat nabi nuh tu kt tepi telinga aku. Dia pun sama lah jerit "Sayang boleh sayang, push lagi sayang." Dalam hati mcm tak caya je dia ckp cmtu. Azam siap boleh buat lawak, dia pergi tgk kt tepi doktor, "Owhhh lagi sikit je nih. Boleh lagi sekali teran je nih sayanggg." Nurse kt situ gelak je kt dia. -.-
Dah bape kali teran, aku memang takde tenaga sebab satu hari tu aku tak makan. Time contraction hilang tu, aku mintak kurma kat azam. "B, sayang nk kurma." Nurse tu punya terkejut, "Doktor boleh ke bagi makan?" Doktor suruh bagi je. HAHAHA. Aku pun tak tau macam mana aku boleh terpikir nak mintak kurma. Tapi memang aku rasa mcm nk give up sebab dah byk kli teran tak keluar2 jugak baby nya. Waktu aku nak give up tu, doktor siap psyco lagi, "Lagi sikit je lagi ni, kalau tak kita nk operate je." Aku dengar operate tu yg terus mintak kurma kot. HAHAHA.
Lepas makan kurma, dalam 3 kali teran sedar2 baby dah menggeletik atas badan aku. Badan dia basah berlendir. Terkejut aku. Wahhh lepas tu semua nurse laju je buat kerja. 2 org nurse setelkan baby, 2 org lagi setelkan aku. Doktor terus jahit luka aku ada dalam 2cm cmtu. Aku tengok jela doktor tu jahit pakai jarum macam mata kail ikan tu tapi lagi besar dan tebal..! Gulp! Tapi aku macam tak heran dah doktor tu nk buat apa. Aku pandang kiri nampak baby tengah menangis melalak nurse tu tgh buat apa tah kt dia. Lepas tu aku ternampak kat sudut hujung labor room tu Azam tgh nangis. :) Dia menghadap dinding labor room tu sambil lap air mata dgn sapu tgn dia. Alahai time tu rasa happy sgt sgt! Haih tak tau nk ckp ape. Alhamdulillah!
Aku nampak nurse tu bg baby kat Azam, azankan baby. Lepas dah azankan baby, Azam tanya doktor. "Semangat betul badan dia doktor. Berasa betul time dukung dia." Waktu tu nurse dah ambil baby untuk setelkan baby. Terdengar jugak nurse ckp, "Comelnya mcm mama dia. Muka mama dia dia ni." Lepas tu nurse yg setelkan baby tu dtg, "Baby berat 3.75kg doktor." Semua kt situ terkejut. Huhhhh patutla semangattt. Kecohlah labor room tu HAHAHAHA. Lepas je doktor dh setelkan jahit, nurse pun dh siap bersihkan darah kat badan aku semua, aku terus tidur. Tah bila masa aku tidur pun tak tau. Tapi takde la lama sangat aku tidur. Bangun je tgk sblh Azam tengah tgk aku tidur dari jauh. Aku bangun2 terus senyum kt dia. Azam nampak aku dh terjaga dia dtglah kt tepi aku. Huuuu lepas tuuuu rahsiaaa. HAHAHAHA. Moment ni biar lah ktrng laki bini je ingat sampai bila-bila. :)
Fuhh finally siap jugak mengarang pengalaman bersalin. Asik tergendala je dalam draft. Yela baru nak menaip baby menangis lah nak susu lah. Macam-macam hal. Huhuhu. Ok dah la bai.
| Abah and her little princess. Time ni baru 1 hari. |
| Aku lepas beberapa jam meneran. Muka sememeh. Bekas kuning tu stand by sebab aku asik muntah efek ubat. |
| Hai! Sayalah budak yang taknak keluar2 tu HAHAHA. Time ni lepas beberapa jam keluar dari perut. |
| Alya Umairah Binti Muhammad Azam. Welcome dear. Muahhh! |
| Wan dan atok orang pertama datang tengok saya. Excited terlebih! |
| Satu-satunya gambar bertiga full kt hospital yang ada. |
Alhamdulillah! :)
No comments:
Post a Comment