Alhamdulillah.
Dah setahun perkahwinan kami bersamaan 6 tahun usia perkenalan ktrng. Hehe. Dari waktu sama-sama berlajar kat poli sampai lah dah ada anak. Doakan baik-baik untuk hubungan ini ya kawan-kawan. :)
Sebenarnya mula-mula nak sambut kat rumah je, tapi bila fikir balik, hmmm why not sambut kat mana-mana kedai makan ptu balik jela. Just nak ada feel sambut tuje kan, Alya pulak hantar kat rumah pengasuh mintak tolong jagakan. Ini draft idea aku jelah mula-mula ritu.
Lepas tu terfikir, bawak jela Alya. Dia pun kena sambut sama-sama sekali. Bagi aku sepanjang setahun dalam perkahwinan kami ialah detik-detik 'kewujudan' Alya iaitu hasil cinta kami. Eh cewah kauuu. HAHA. Sepanjang setahun ni lah banyak detik-detik yang best dari mula-mula tau aku pregnant, lepas tu pengalaman 9 bulan aku mengandung sampailah pengalaman aku bersalin. All this happen in our first year. :)
Lepas tu bila dah plan nak bawak Alya kena fikir tempat nak makan. Tak boleh la sebarang tempat sian dia baby lagi. Aku try tanya kawan-kawan (fafarinqacayu) kat mana nak makan ala-ala romantik gituwww. So kawan aku ayu, dia yang suggest tempat ni. Bila survey harga dia pun ok lah... tempat dia pun cantik (tengok kat gambar google je). So aku pun decide nak sambut kat situ. Azam tak tau! HAHAHA.
Sebelum ni ada cakap dengan Azam kita makan kat kedai mana-mana jelah. Hehe. Ahad malam tu, (11 Oktober) bila semua dah siap-siap dalam kereta nak keluar makan, aku suruh Azam waze Flora Kafe. Dia cakap nak makan situ ke? Abang tau tempat tu pernah pergi situ. Haa tk payah lah waze terus jela pergi situ. Dia pun macam tak heran pun terus drive cari parking lepas tu dah sampai depan kedai tu dia tanya lagi sekali, nak makan kat sini ke? Aku terus menonong pergi kat orang tu, "Saya ada buat tempahan, nama Aisyah." Terus orang tu bagi signal suruh masuk nak tunjukkan meja. Azam macam terpinga. On the way masuk sambil sorong stroller, dia pandang aku, "Awak ada buat booking??" tanya dalam nada berbisik dengan riak muka terkejut. :D
Bila sampai kat meja dia macam speechless. Hahahaha. Surprise! Lepas tu dia mulah termalu-malu. Sibuk tanya bila booking, berapa makan ni, mahal ke. Huh. Isteri nak belanja diam jelah hahaha. :D Alya pun ada lah terselit kat tepi meja ktrng. Bagi aku, kedai tu sangatlah cantik banyak bunga-bunga. Memang sesuai sangat untuk orang yang bercinta. Aaauuuwww~ Hahahaha. Waktu ktrng tu, Semua yang datang ber-couple. Kami je yang datang bawak anak siap sorong stroller lagi. Hehehe. Aku pandang meja sebelah ada siap bersuap-suap. Kami ni bergilir-gilir makan sambil dukung Alya sebab dia tak selesa duduk dalam stoller dalam keadaan statik. Kalau stoller tu berjalan baru ok huh maka nya memang kena berpegang lah. Time aku pegang Alya, Azam tolong suapkan aku lepas tu tukar lak Azam tolong pegang aku pulak suapkan. Argh boleh lah romantik lah jugak tu kannn HAHA.
 |
| Headband mana?? |
 |
| Ok dah pakai barulah nampak baby girl! |
 |
| Cubaan untuk suruh Alya pandang kamera HAHA. |
 |
| Alya masih tak pandang kamera. Opsss sorry Alya terseksi nampak peha. Ahaks! |
 |
| Ok Alya pandang abah nak tangkap gambar kita tu. |
 |
| "Kenapalah asik nak tangkap gambar ni" - Alya. |
 |
| Time ni Alya dah start meragam sebab duduk dalam stroller. |
 |
| Lepas dah setel makan, dorang bagi kek. Waktu booking boleh request nk tulis apa kat kek. |
 |
Family potrait. :)
(Maafkan Alya yang tidak ber-headband dan tegak macam patung! HAHA.) |
Waktu makan, akan ada staff Flora Kafe ni datang kat kita, dorang tangkap gambar time tengah makan. Lepas tu, siap pesan sebelum balik nak tangkap gambar kat depan kedai. Nanti dorang akan upload gambar-gambar kita tu dalam facebook dorang, kita save sendiri jela gambar-gambar tu. buat kenangan :)
Ini gambar-gambar yang 'dicuri' dari facebook dorang. (
FLORA KAFE)
 |
| Time ni baru sampai dorang bagi makan rojak sebagai starter. |
 |
| Tu dia budak kecik terselit kat situ hehe. |
 |
| Nampak benor muka tengah cover tu bang oi. HAHA. |
 |
| Siapa perasan puting Alya kat mana. :D |
 |
| Tak taula kenapa aku buat tangan camtu. Dah macam "KAMI MENANG ANAK!" HAHAHA. |
Waktu nak balik tu, staff tu tegur "Eh baby tak nangis ya dari tadi? Wah baguslah awak ni, selalu baby yg dtg dia nangis sebab takut tengok bunga-bunga banyak kat atas ni." Huh dia tak tau Alya lagi sipi je nak nangis. HAHA. Tapi so far Alhamdulillah aku pergi mana-mana bawak Alya dia jaraaaaang sangat meragam. Kalau sekeliling bising pun dia boleh rilek tidur kalau dia nak tidur. Cuma meragam sikit tu mestilah ada.
Hari tu tgh mkn kat keramat mall, ada sorang abang sebelah meja ni tegur kami "Boleh ke tu anak awak tidur." sambil tunjuk radio atas kepala aku tengah bising. HAHA. "Dia dah immune dah bunyi bising nih bang." Aku rasa penangan waktu berpantang kat kampung, rumah aku ni betul-betul sebelah jalan raya, dekat dengan bengkel kereta dan bengkel kayu. So dia dah biasa dengan bunyi bising nih. HAHA.
Selamat Hari Ulangtahun kita yang pertama, B. Terima kasih untuk segalanya. :) Oh ye. Azam pun ada buat surprise. Waktu nak pergi kerja dia sorok-sorok masukkan kad dalam handbag aku. Sampai tempat kerja baru perasan. Lepas tu mesej, "Ingat awak sorang je boleh buat surprise." Huh. HAHAHA. K tuje. Bye!
No comments:
Post a Comment