26 October 2015

Diari Ummi : My Breast Feeding Story



Post ni pun kira macam review BP Lacte duet aku beli tempoh hari tu. >> LINK.

First of all, alhamdulillah, syukur. Rezeki susu badan untuk anak sentiasa ada dan cukup. :)



BP yang aku guna sekarang, Breastpump duet Lacte. Kalau tanya aku mana ok pakai yang single ke atau double? Aku akan jawab mana-mana pun okay je. Kalau pakai yang single senang sebab mesin dia of course kecik dan ringan. Kalau pakai yang double pun senang sebab cepat. So far aku pakai BP Lacte duet ni ok tak pernah ada masalah lagi macam melecet ke, suck tak kuat ke, overall semua ok je. Sekarang ni, bukan pergi kerja je, pergi ke mana-mana kena bawak BP nih! Sebab selalu bengkak. :( So bayangkan lah kena angkut berbeg-beg. Huhu.

Beg biru tu simpan BP, yang beg lagi satu tu simpan botol-botol.
Beg nursery Alya. Beg baju dan beg susu (cooler bag).
Haaa macam ni lah aku setiap hari keluar rumah nak pergi kerja. Berangkut 4 beg ni. Eh 5 beg termasuk handbag sendiri. Haaaa nasib baiklah Azam tolong angkatkan beg-beg ni. Aku dukung Alya je masuk kereta. Hehehehe.

Peneman setia di dalam kereta sejak ada Alya. :) Car sit penting okay!


*What's in my BP bag?*

Bahagian atas untuk simpan mesin, silicon tiub, dengan power adapter.
Mesin tu aku lilit je dengan tiub tu senang nak guna keluarkan terus attach dengan power adapter je. hehe.

Bahagian bawah untuk simpan stok susu.

Aku guna ice pack sebab aku simpan susu dalam pek plastik. Aku letak stok susu kat tengah-tengah antara ice pack tu. Nanti tambah lagi stok susu kat atas dia je. Marker tu untuk catit tarikh, masa dan berapa oz dalam milk storage tu, yang penting marker permanent ok.

Aku guna storage plastic bag 12oz sebab aku guna double BP
stok susu akan lebih dari 8 oz, paling banyak selalu 10 oz. 
Ice pack ni lepas guna masukkan balik dalam freezer untuk sejukkan balik.
Botol-botol aku simpan dalam beg ni. Sebenarnya ni macam air dry pouch lah untuk keringkan botol-botol ni terus.
Beli kat kedai RM2 je. Nampak tak kat bawah ni ada jaring so memang sesuai untuk keringkan botol-botol tu.
2 benda ni pun penting bawak. Liquid cleanser masukkan dalam botol shampoo hotel dengan span untuk mencuci. So senang nak bawak ke mana-mana.

Lepas balik kerja cepat-cepat masukkan stok susu dalam peti sejuk bahagian freezer sebab dia tahan dalam 12 jam je kat dalam cooler bag tu. Benda-benda ni lah almost 24 hour dengan aku. Kalau balik kampung ke pergi mana-mana mesti bawak. Huhu. Ada setengah orang rimas dengan benda-benda remeh macam ni, tapi bagi aku selagi susu dikandung badan akan ku gagahkan jugak. AHAHAHAHA. :D #supportnursingmom 


Dalam beg susu Alya aku pakai ice brick sebab bagi susu kat pengasuh dalam botol. 
Selalu bagi kat pengasuh 5 botol susu ada 2 oz setiap botol. Tapi selalu tak habis pun semua susu sebab aku balik awal tapi stand by jelah lebih kan. Bia lebih jangan tak cukup.
Aku pakai botol bumble bee ni sebab hari tu ada offer. Hehe.
Balik kerja je, cuci botol-botol stok bagi pengasuh 'sidai' kat sini, senang. (Abaikan botol-botol kaca kt belakang tu, sekadar hiasan sahaja)









No comments: