As salam,
Cuti raya cina baru-baru ni, ayah dengan ibu ajak bercuti ke Kuala Terengganu. Plan ni sebenarnya since aku kahwin hari tu. Lepas tu terpaksa postpone sebab cuaca yang teruk dulu siap banjir bagai kan. So memang tergendala semua plan. Tahun ni barulah berkesempatan, dannnn si datin kecekkkk ni pun dapat join! Huuu.
#Day 1
Keluar rumah lepas solat subuh. Sejuk! Waktu pergi ikut highway LTP2. Highway tu memang jalan lurus je. Kiri kanan hutan. Bila jalan situ pagi-pagi penuh kabus! Azam siap jakun okay tengok kabus. HAHA. Orang bentong dah biasa dah kabus tebal nih. Mehmehmeh. Tapi kesian kat driver, jalan macam tu buat mengantuk dan bosan. Huhu. Stop kat RNR LPT2 pun memang teruk! Kotor dan tiada kedai makan dannnnn paling dasyat tiada pam minyak. Fuhhh! Bahaya betul.
 |
| Azam suruh tangkap gambar kabus. Mana nak nampak dalam gambar nya abg oi. Hehe. |
 |
| Sama tak anak beranak? |
 |
| Muka masam tak mandi kena angkut hehe. |
 |
| Kami 1 kereta. |
Kami sampai Terengganu dalam pukul 2 tengah hari. Terus check in homestay. Ibu yang arrange semua penginapan. Homestay ktrng kat Teluk Ketapang. Jauh sikit dari bandar dalam 20 minit lah kalau nak ke bandar. Homestay dia sangaaaat lah best dan selesa. Yuhuuuu!
 |
| Bilik 1. (Master bedroom with 1 king bed) |
 |
| Bilik 2 ( 1 queen bed and 1 single bed) |
 |
| Bilik 3 ( 1 queen and 1 single bed) |
 |
| Dapur. |
 |
| 2 Tandas. Ada peti sejuk dan mesin basuh. |
 |
| Ruang tamu. Sangat luas. |
 |
| Ruang tamu ada tempat duduk. |
 |
| Ruang depan muat masuk 1 kereta. |
 |
| Ruang depan siap ada kerusi santai. Rumah ni betul-betul menghadap padang dan dekat sangat dengan pantai. |
Homestay ni sangatlah recommend kat siapa-siapa yang nak stay terengganu. Murah! RM200 sahaja 1 malam. Boleh pergi jenguk blog dorang.
Rumah Tamu Mymoon atau kat
Facebook dorg. Ok, sila-sila.
Lepas dah check in homestay, dalam lepas asar ktrng siap-siap keluar nak jalan-jalan ke pantai batu buruk. Lebih kurang dalam 20 minit dari homestay. Plus minus jem lagi. Huuu terengganu pun jem kan ingat KL je. Biasala yg buat jem pun org KL jugak. -.- Huuu sama lah tu dengan kat bentong tu.
 |
| Wan dan cucu sulungnya. |
 |
| Ummi dan puteri sulungnya. Hehehe. |
 |
| Hee si kecik ni dah 6 bulan dah. Dah boleh duduk dah tapi still tak kuat dan tak balance lagi. |
 |
| Makan kat food court depan pantai batu buruk. |
 |
| Manja atuk ni.... |
Lepas dah makan ktrng jalan-jalan area pantai. Angin diaaaa whoooaa kuat sangat. Memang asik kena cover atas bawah asik nak terselak je. Pheww!
 |
| Atuk belanje belon rabit pink....yang creepy. Gulp! Hahaha. |
 |
| Wan dengan atuk bawak cucu naik kereta kuda. Dah macam Cinderella dah kereta kuda dia. Haha. Dia kira seorang naik RM5. |
 |
| Abah nya pun naik kuda jugak. Huhu. Kuda macam ni pun seorang RM5. Kuda ni pusing dalam 2-3 round kat situ je. |
 |
| Ummi nya punnnn. HAHAHA. |
 |
| Oh nooo me look chubby. Hahaha. Angin wehh. |
 |
| Belah malam pulak ktrng melawat rumah adik ayah kat area teluk ketapang. :) |
#Day 2
Hari kedua pulak pagi-pagi ktrng plan nak berjalan ke muzium lepas sarapan. Sarapan kat kedai kawasan muzium tu. Lepas tu baru pergi ke muzium. Malangnya, baru berapa minit jalan hujan.... Huuu. Jalan kat kawasan depan muzium je.
 |
| Cik abang ni first time jalan muzium tapi dapat jalan luar je. Hee. Len kali ya bang. |
 |
| Kat terengganu ni dapat ah banyak selfie berdua sebab anak ada je orang volunteer nak pegang/dukung kan. Heee. |
 |
| Cubaan untuk tarik tudung ummi. Yehaaa. |
 |
| Jalan kat rumah-rumah istana lama ja. Lepas tu hujannnn. |
Lepas keluar dari muzium ktrng direct terus ke destinasi berikut iaitu ke Pasar Payang. Jalan jemmmmm. Bluergh. Nak cari parking pun susah.
 |
| Sepanjang perjalanan nak ke pasar payang tu lalu depan china town. Hajat nak turun tu memang takde sebab kereta sesak sangat huuu. Kesian alya nanti. Padahal~ hahaha. |
 |
| Tangkap gambar dari dalam kereta saja. Memang seronok lah tengok ramai tangkap gambar kt situ. Banyak lagi sebenarnya kat dalam-dalam lorong tu. Kreatif sungguh dorg nih! |
Sampai je pasar payang terus grab apa yang nak beli dalam kepala je. Memang sesak. Penjual pun jual benda yang sama. Nak tangkap gambar pun sempit. berhimpit-himpit. Huhu.
 |
| Alya dalam dakapan abah dia. |
 |
| Sepanjang trip ktrng ni berhubung pakai walkie talkie je. Azam pinjam dengan kawan dia. Sangat la senang pakai walkie talkie terus tekan cakap dengan kereta lagi 1. Huuu. Kena beli nih. |
Lepas dah round pasar payang ktrng teruskan perjalanan ke Masjid Kristal. Dari pasar payang tu sekejap je dalam 10-15 minit. Solat zohor dan asar sekali kat situ.
 |
| Dari depan Masji Kristal. Cantik! |
 |
| Si kecek cinonet nih. Kemain galak sengeh. hehe. |
 |
| Alya tidur. Heee. |
Ibu ayah dengan adik lain main basikal kat sekitar masjid. Ktrng duduk-duduk kat depan masjid ni lepak-lepak sambil makan ais krim susu kambing. Sedap woiii. Tapi angin kuat sangat cepat cair ais krim tu. Huhu.
Lepas ayah ajak naik bot. Harganya RM21 seorang Boleh lahhh. Kihkihkih.
 |
| Angah dan adib. |
 |
| Sebelum nak naik bot. |
 |
| Alya asik kepit dengan atuk je. Huhu. |
 |
| Tak dapat masuk taman tamadun, tengok dari luar jela. hehe. |
 |
| Nampak tak si kecekk tu gigit apa. haha. |
Habis lah satu kuala terengganu tu ktrng tawaf naik bot. Siap dengan tourist guide lagi, cerita sejarah-sejarah pulau. Oklah. Takde la bosan kan. Heee. Waktu dalam bot tu hujan lebat jugak. Aku dah seram dah. Tapi sekejap jela hujannya. Turun-turun bot tengah renyai hujan. Sempat jugak beli gambar dorg snap sebelum naik bot tu hehe. RM25.
 |
| Taraaaa. |
Lepas tu ktrng terus balik homestay. Rehat-rehat malam tu plan nak makan kat Gelas Air Besar tapi malangnya terlalu ramai sangat orang. Full House! Huuu. Terus ke NR Cafe. Pun ramai jugak tapi bernasib baik ada 1 table family ni dah selelsai makan, terus ktrng dapat tempat duduk. Fuhh! Nak makan pun jem kan... Huhu. Balik je malam tu dak alya tidur pengsan! HAHA.
#Day 3
Hari terakhir di terengganu. Celik je mata terus kejut azam, ajak jalan-jalan pantai. Malam tu dah cakap kat adik-adik sape nak ikut jalan pantai bangun awal. Yang gigih bangun awal adik bongsu aku sorg ni je. Hehehe. Gigih dia bangun semata nak jalan pantai pagi2. Syok wehhh. Sejuk betul, nyaman je. Angin kuat sangat. Sepanjang kat terengganu angin sentiasa kuat berderu-deru. Cuaca pun redup je. Mendung-mendung nak hujan. Takde lah panas terik macam kt KL.
 |
| Adik dengan alya. |
 |
| Semua muka tak mandi lagi. Fuhhh sejukkkkk. |
 |
| Tengok pokok kat belakang pun tau angin dia kuat macam mana. Huhu. |
 |
| Alya buat muka masyammmm! |
 |
| Kebetulan ibu belikan alya sweater, macam tau2 je kat sini sejuk. Berguna terus sweater nih. Hehe. |
 |
| Abah, perut dan alya. HAHA. |
 |
| Anak abah sangatttt. |
Lepas dah jalan pantai ktrng berempat cari kedai nak sarapan. Dapatlah merasa makan nasi minyak dengan kerabu pagi-pagi. Kat KL nak nasi kerabu cari kat pasar malam je. Huhu. Kat sini merata tapi pagi je. Ayah pulak cari nasi dagang tengah hari memang kedai tutup lah cerita dia. Hehe. At last merasa la jugak hari terakhir ni.
Ktrng pun balik la homestay balik tengok orang dalam rumah dah bangun. Ktrng pun apa lagi jeleskan dorg. HAHA. "Best nya jalan pantai sejukkkk je." Last-last dorg pun semua nak pergi jugak kt pantai. Aku pun REPEAT! :D Tapi azam decide nak rehat kat homestay sebab nak drive jauh lagi kan. So dia balik tidur kt homestay.
 |
| Acah-acah je nih. Ihiks! |
 |
| Alya muka dah mandi. Heee. |
 |
| Alya, Maklang dan Ayasu. |
 |
| Barulah ada gambar dengan ibu. Huuu. |
 |
| Awww teringin sangat nak ada gambar kiss alya. Finally. Hehe. |
 |
| Kadang macam tak percaya dah ada anak. Sobs! K next. |
Ok nak balik dah. Masing-masing dah packing semua. Wefieee! Hehe.
 |
| Alya dan pakcik-pakcik nya. |
 |
| Kasi can sikittt. Hehe. |
 |
| Sebelah rumah ni rumah owner homestay ni. Waktu bergambar ni ibu dengan ayah tengah borak dengan owner tu. Dorg siap pesan lagi. Nanti jgn lupa tag kat FB ye. Hehe. |
 |
| Ok bye nak balik dah... |
Sebelum keluar dari seberang takir tu ktrng singgah lah kat keropok lekor BTB nak beli keropok lekor. Sampai sini pukul 12 tengah hari, memang beratur berjela lah cerita dia. Fuhhh! Mencabar! 2 jam ok tunggu no giliran. Lagi sekali ulang 2 jam. :( Nak makan pun jem kan. Uhuk! Tapi nasib baik berbaloi sebab keropok lekor dia memang sedap! Waku tengah tunggu tu adik terjumpa no giliran orang lain. Mungkin dorg dah tak rela nak tunggu dah so main buang je no tu. Yang bestnya no dia time tu memang dah nak dekat dah. HAHA. Aku terus guna no tu. Phew! Dah la 1 no tu limit purchase RM100 je. Aku beli memang ngam-ngam 10 plastic bag kopok, 1 plastic rm10 so total rm100. Waktu menunggu tu sempat lah ktrng beli kopok cheese lah ape lagi tah ibu beli. Makan sambil tunggu no giliran.


Waktu balik ktrng taknak ikut jalan highway. Ayah suruh ikut jalan lama. Jalan lama ni lalu tepi pantai. So sepanjang perjalanan tu tak la bosan sangat. Nampak pantai je. Sebelum tu ktrng singgah Masjid Terapung. Tapi aku tak turun pun sebab jaga dak alya tidur. So takde gambar. Hehe.
Lepas berhenti kat Masjid Terapung tu teruskan perjalanan ke arah kuantan. Ktrng berhenti lagi kat Pantai Kemasik. Kat situ ada pulak orang main drift ke ape tah. Sentiasa bunyik bingit tayar kereta. Huhu. Tapi ok lah ada jugak aktiviti kan. Dekat situ ada jugak tempat riadah untuk family. Ktrng berhenti minum je situ. Lepas tu teruskan perjalanan.
 |
| Budak kecik bos besarrrr. |
 |
| Ni kat depan pantai. Ada pulau kecik je kt tengah-tengah tu. Macam tempat nelayan. |
Okayyyy. itu saja ceritanyaaa. Huhu. K bye! As salam.
No comments:
Post a Comment