22 April 2015

Sebelum vs Selepas Kahwin

Apa yg beza dengan sebelum kawin dengan lepas berkahwin?
Ini bagi pendapat aku sendirilah, lain orang lain lah pendapat masing-masing.

LEPAK DENGAN KAWAN.


Dulu terutamanya kat poli memang takde masalah lah nak lepak terus keluar je. Bila lepas belajar, kalau nak lepak mungkin senang lagi walaupun kadang-kadang masing-masing sibuk dengan kerja, ada yang sambung belajar. Tapi masih senang nak ajak keluar.

TAPI SEKARANG. nak ajak keluar memang kena berkira. Nak kena tengok kelander. Ada kenduri kawin kawanlah nak balik kampunglah. Ade jelah halangan tu. Kalau aku, aku kena tengok kalau azam ada hal weekend baru aku boleh nak merayap. HAHAHA. yelah kalau time azam free, time tulah nak duduk berdua nak dating. Kalau tak jumpe malam je lepas balik kerja. Pastu pagi pergi kerja balik. Kannnn.

PAKAIAN.

Dulu kalau nak pakai baju ke nak bergaya ke, tanya pendapat kawan. Atau tanya adik aku Sarah tu. Tak pun main selambe badak lah aku nak pakai ape pun. HAHA.

TAPI SEKARANG. Bila nak keluar, azam, "eh ketat la. eh pakailah baju yang tu saya suka. *even baju tu dah pakai minggu lepas. -.-" tak sempat nak tanya ok ke tak. huhuhu. Selalunya ibu yang tegur macam tu dulu. hehehe. Tapi selalu ingkar dengan ibu sobs! dulu sebab memang jahil sekarang ni kita ubah lah apa yang terbaik. Berubah bukan sebab suami, berubah sebab memang nak berubah gituwww. :)


BERSIAP.

Dulu dengan kawan-kawan atau sepupu ramai-ramai, paling suka kalau bersiap semua keluarkan stock make up masing-masing. "Wei nak sikit eye shadow. Wei pinjam maskara, maskara aku dah kering. Mana kau beli lipstik ni? bestlah warna dia." Maigodddd. Pastu mesti ada salah sorang yang teror make up dari kita-kita yang lain. So dia yang akan jadi mak andam untuk kita-kita ni. HAHA. Semua beraturlah ikut turn nak kena make up.

TAPI SEKARANG. Aku kena bersiap dalam 15 atau 30 minit awal dari azam. Aku memang sangat jarang nak make up. Mulalah dia yang suruh aku pakai tu pakai ni. Padahal nak pergi mana je pun. Pastu banyak tanya. Ini untuk apa? Kenapa perempuan pakai ni? EH tak sakit ke pakai tu? HAHA. Kalau produk-produk kecantikan macam pelembab ke lotion ke. Dia tanya pelembab ni utk apa. Aku jawab taknak bagi kulit kering. "Hmmm kulit b ni selalu kering menggelupas." Haaa boleh la pakai ni." Mula lah aku yang tukang tepek moisturizer kat muka dia. -.- So far barang aku yang dia guna, masker, pelembab, nose-strip, toner, bio-oil. HAHA


HANDPHONE.

Dulu dengan phone memang berpisah tiada! Risau orang call ke, kawan call ke. Nak update instagram/ twitter lah. Lepas tu bila malam rajin chat kat group whatapps dengan kawan-kawan. Kemain panjang lah cerita nya kat whatapps tu.

TAPI SEKARANG. Phone aku tinggal kat rumah pun aku tak perasan. Selamber pergi kerja babai azam ptu dah sampai ofis baru tercarik phone. Aiyoooo. Kalau malam lagi lah tak tertengok phone tu. HAHAHA. Nak update kat instagram ke twitter ke lagi lah malas. Banyak updated dah #throwback. Kalau batery dah low pun memang malas nak pergi cas kalau tak baru 30% dah menggagau cari cajer atau power bank.


SOCIAL MEDIA.

Dulu selalu rajin jugak nak stalk kawan sendiri sebab saja nak tahu perkembangan masing-masing. Kalau kawan-kawan mention atau reply komen laju je nak respond. Rajin updated blog, baca blog orang. Susun-susun apps kat phone, hias wallpaper. HAHA.

TAPI SEKARANG. Phone pun tak tau kt mana. HAHAHA. Aku selalu ber-sosial phone kat ofis je. sebab phone memang letak sebelah komputer. Kalau bosan buat kerja terus capai phone. Kalau kat rumah kadang-kadang phone cas kat bilik atas kalau tengah tengok tv memang tak layan lah phone kat atas. Hadeh!
MAKAN.

Dulu tak kesah pun nak makan ape. Ikut tekak diri sendiri je. Rasa nak makan tu pergi cari. Nak skip lunch ke dinner ke tak kesah.

TAPI SEKARANG. Dalam kepala ni asik fikir menu nak masak apa. Fuhhhh! Kalau nak makan luar macam kena berkira sikit. Kalau barang dapur dah takde baru terfikir nak makan kat mana. Dulu aku memang bukan ke dapur. Sekarang ni je memang nak tak nak, penat ke semput ke kena jugak masuk dapur. Kalau aku betul-betul tak larat atau balik kerja lambat baru makan luar. Tapi kadang-kadang azam yang ambik turn masak untuk malam. Kalau nak beli makanan fikir dulu eh azam tak suke ni. eh azam tak boleh makan ni. -.- Mula-mula memang susah sikit nak adjust. Memang banyak kali kena tegur. Dah lah memori ingatan ni kadang-kadang tak stabil.Huuuu. :(

DATING.

Dulu waktu mula-mula bercinta kalau boleh hari nak berjumpe! HAHA. Setiap weekend fikir nak pergi mana dengan azam, nak tengok wayang cerita apa, nak makan tempat sedap-sedap. Macam-macam lah bende lagra nak buat haih. -.-

TAPI SEKARANG. Hari-hari nak balik rumah cepat. Kalau weekend dah malas nak pergi dating kat luar. Duduk berdua terperap kat rumah. Lagi-lagi musim panas ni memang nak keluar rumah lagi malas. Panas gila! Kalau nak tengok wayang, selalu akan ambil mid night. Lepas tu kalau nak keluar tengok kewangan dulu macam mana bru decide hehe. :D

Setakat ni jelah perbezaan yang aku ingat. hehe. Baru berapa bulan hidup sama-sama kan. Aku tau banyak lagi dugaan yang akan datang. Orang kata masih mood honeymoon lagi. Memang semua manis belaka. HAHAHA, In Sya Allah. Kita harung sama-sama ye.

No comments: