13 April 2015

Diari Ummi : Minggu ke 24

Dah 24 minggu. 6 bulan? Wowww lagi beberapa bulan je lagi wehhhh!

Hari tu pergi check up macam biasa. Nurse suruh timbang berat. Naik lah tempat timbang tu macam biasa. Lepas tu nurse tulis kat buku merah. Then dia selak sebelah (previous check up). "Eh banyaknya naik berat awak ni!" Sepatutnya kena naik berat dalam 1kg sebulan je. Tapi aku naik mendadak 3kg terus. :( "Ok macam ni awak kena minum air gula (MGTT). Hari jumaat ni datang pagi macam biasa kita bagi awak minum air gula." *sambil senyum sinis kt aku yang tengah blurr. 

OK. Pagi jumaat datang pagi macam biasa. Nurse dah pesan start malam khamis aku dah kena puasa. tak boleh makan atau minum pape pun. Mula-mula azam tanya nak teman ke tak. Aku konfiden cakap takpe boleh je ni pergi sorang. Huh! Tapi azam still nak temankan aku. Aku pun datanglah dalam keadaan separuh lapar sebab tak makan pape dari malam. Mula-mula ok je tapi dah start rasa tak sedap badan dah sebab takde tenaga.

Nurse panggil, ambil darah. Fuhh tiap kali moment jarum nak masuk tu aku tak pernah tengok. Aku akan berpaling tempat lain. :( Ok dah ambil darah, dia bagi segelas cawan air gula. Ada la jugak beberapa ibu yang tengah bertungkus lumus minum air gula tu. Aku tanya sorg akak sebelah aku ni. Tak boleh minum air masak ke lepas ni. "Tak boleh dik. Akak dah setel, ok good luck ye" Sambil bla dengan muka kerut-kerut baru lepas habiskan air gula. Aku dah seram je tengok. Then ambil lah satu cawan. Aku hanya mampu minum sikit-sikit. MANIS SANGATTTT OK! Ada yang terus teguk one shot. Ada foreigner ni lagi best. "Nurse, saya sudah minum ini kat rumah bancuh sendiri" tergelak semua nurse kat situ. "Ok camtu awak balik lah, minggu depan datang balik minum air gula kat sini." Hahaha, Ada jugak eh.

Lepas tu nurse suruh tunggu kat situ dalam 2 jam. Dia tak bagi pergi mana-mana sebab nanti pape dia nak panggil senang. Aku pun kua kat azam. 10 minit pertama duduk kt situ aku tahan lagi lepas tu rasa lain je. Macam nk muntah dengan sakit pinggang duduk lama sangat. Last-last aku ajak azam tunggu dalam kereta sebab aku nak baring. So azam pun bawaklah aku tunggu dalam kereta. Sempatlah azam tidur kejap. Aku memang tak boleh tidur. Aku duduk diam je. Memang tak tau nak cakap perasaan tu. Dah lah lapar gila, takde tenaga, kena tunggu lama. Haih! Azam byk kali tanya ok tak ni. Haa nasib baik abang teman awak. Macam ni awak nak pergi sorg. Huuuu. Lepas tu azam siap teman aku puasa lagi. Aku suruh dia pergi beli makanan sebab dia tak sarapan pape pun lagi. "Takpela saya teman awak puasa." Alololo....

Dalam sejam ktrng tunggu dalam kereta, azam bwk aku masuk balik kt klinik. Tunggu lagi dalam 10-20 minit kot baru nurse panggil. Nurse ambil darah lagi. Lepas tu dia cakap kat tangan kiri aku ni dah takde lubang nak cucuk ni. Dia tanya aku nk cucuk kt tempat yang sama ke nak cucuk tangan kanan pulak. Aku pun hulur terus tangan kanan aku. Berlubang-lubang tangan aku nurse ambil darah. Huuu... Lepas dah ambil darah baru boleh balik.

Time ni memang takde tenaga sangat. Ajak azam makan. Azam bawak kat kedai nasi ayam. Makan la macam biasa. Half way makan tu dah raasa lain dah. Sebelum tu azam dah cakap dah. Ni kejap lagi awak muntah ni percayalah. Iyeee betul tu awak. Nasib dah get ready plastik dalam handbag. Muntah sekilo. :( tu 1st time la muntah kt kedai makan. Aku paling risau kalau muntah kat kedai makan. Heish! Nasib lah azam teman. Aku sorg memang terkapai-kapai lah. Azam suruh aku terus pergi kat kereta, dia pergi bayar. Waktu bayar akak cashier tanya kenapa tu. Agaknya risau kot makanan dia tak sedap ke ape ke kan. Azam jawablah isteri saya pregnant. "Ouhh biasalah tu."

Balik rumah memang terus collapse kt sofa. Azam yg tolong betul-betul kan position. betulkan bantal semua. Aku memang serah badan je. Tak larat wehh! Memang terus pengsan! Memang aku cancel lah ke ofis cmtu. Terus ambil emergency leave. Sedar-sedar azam dah nak keluar rumah pergi solat jumaat then terus ke ofis. Lepas tu pengsan balik. Aku terjaga sebab lapar gila yela dah muntah sekilo tadi lepas tu tak makan pape. Menggigil aku pergi dapur cari makanan. Dah jamah roti dengan serunding lepas tu pengsan balik! HAHA. memang tak larat sangat. Haih!

Lepas ni kalau check up aku punye berat tak terkawal lagi kena minum air gula balik. Aku taknak!! Huuuu. :( Tq suami tolong aku serba serbi. 

No comments: