08 August 2014

Pemilihan Photographer

Ok tentang photographer pulak, nak pilih pun macam nak pilih bridal jugak. Yang penting kena dengan budget kita okay. Buat mana mampu. kalau terlebih mampu bolehlah pilih photographer terkenal kan. hee.

Ok, untuk photographer pulak apa yg kita kena cari dalam package yang diorang offer ialah:


  1. Events (Bertunang/ Nikah/ Sanding/ Bertandang)
  2. Photographer
  3. Outdoor Shooting
  4. Free Gift

Events

Contoh; Nikah 1 event Sanding 1 event bertandang 1 event so jadi 3 event. So kita pilihlah package untuk 3 event. Haa lebih kurang mcm tu lah ye. kalau kita tak buat bertandang ambil untuk 2 events sahaja ok.

Photographer

Berapa orang juru gambar yang akan ambil gambar kita nanti. Kalau majlis besar-besaran digalakkan ambil mungkin 2-3 orang juru gambar. kalau seorang je juru gambar nya takut banyak pulak scene-scene yang tak terambil. untuk tambahan juru gambar ada tambahan duit juga ye. 

Outdoor Shooting

Kalau majlis byk tempat menarik seronoklah lepas majlis terus shooting outdoor kan. Kena baca jugak seisi outdoor kadang-kadang diorang offer untuk berapa jam, atau mungkin ada bg outdoor shooting untuk satu hari. 

Free Gift

Yang ini gambar dalam frame ke atas canvas ke woodprint ke kan. haa benda ni lah kena tengok. Photo album macam mana, leather ke ada bulu-bulu ke. macam-macam dah sekarang orang buat.

Ouh ye! Jangan lupe bayaran utk millage dan penginapan photographer juga ye!

Good Luck.

No comments: