Fuhh!! Tarik nafas..lepassss~ Lebih kurang lagi 40 hari je lagi. Itupun kalau baby keluar on due lah kan. Huhuk!
Sebelum tu nak ucap selamat berpuasa. Tahun ni pertama kalinya berpuasa sebagai seorang isteri. Weeeee~ Raya pun esok sebagai isteri. Nak pakai dondon dengan Azam. Hehehe tapi tahun ni tak raya sangatlah. duduk rumah je pun nanti sambil menunggu due date. Baru ramadan ke 2 kan, so far untuk persiapan sahur dengan berbuka memang rasa macam ralat lagi. Nak kena bangun awal dari Azam nk ready makanan sahur. Lepas tu mesti teringat puasa kat rumah dulu ibu yang akan bangun dulu ayah orang last bangun. Bangun tinggal nak makan je. -.- Huhuk! Tapi tu kan lumrah. Kalau dapat husband yg bangun sama-sama sahur siapkan makanan ok lah kan. Kalau macam Azam kalau kejut awal-awal pagi ni pending sikit. Lambat 'sedar'. Lagi pun dulu time Azam bujang dia memang tak bangun sahur. Dia cuma minum air masak dengan kurma. Itu pun dah letak siap-siap kat tepi katil. HAHAHA. Bagi dia pun mesti kekok kena bangun pagi sahur sebab dah biasa bujang cm gitu. Untuk berbuka pun takde nak cite panjang lagi, sebab baru je lagi. Tapi bila kita sendiri siapkan semua rasa seronok puasa! Aku dah macam mak-mak suruh Azam minum air banyaklah bagi makan kurma lah. Last-last dia tegur aku. "Sayang, abang bukan first time puasa yang." HAHAHA. :D
Target puasa tahun ni nak puasa full! in sya Allah. Dah ada peluang nk dapat full puasa ni kan bukan selalu dapat. Betul tak. Memang harap sangat dapat full. Hari-hari bagitau baby, "Kita puasa sama-sama ye" in sya Allah baby kuat! Ummi pun kena kuat! Chaiyokk! Ingat pesan nurse. Hehehe. Kalau boleh nak dapat full jugak solat terawih tapi so far dah skip dah untuk ramadan ke 2. Hurmm sebab tak larat sangattt. Nak kena berebut kerusi nak solat lagi dengan makcik-makcik yang pakai kerusi jugak. Dah datang awal pun still penuh. Takpela slow-slow lah. Kalau aku larat, aku pergi jugak. Hehehe.
Target puasa tahun ni nak puasa full! in sya Allah. Dah ada peluang nk dapat full puasa ni kan bukan selalu dapat. Betul tak. Memang harap sangat dapat full. Hari-hari bagitau baby, "Kita puasa sama-sama ye" in sya Allah baby kuat! Ummi pun kena kuat! Chaiyokk! Ingat pesan nurse. Hehehe. Kalau boleh nak dapat full jugak solat terawih tapi so far dah skip dah untuk ramadan ke 2. Hurmm sebab tak larat sangattt. Nak kena berebut kerusi nak solat lagi dengan makcik-makcik yang pakai kerusi jugak. Dah datang awal pun still penuh. Takpela slow-slow lah. Kalau aku larat, aku pergi jugak. Hehehe.
Dah masuk minggu ke 30 ke atas ni, sakit pinggang ni makin menjadi-jadi. Yelah baby dah makin beratkan so i lost my gravity center. Nak turun tangga, nak berjalan, nak bangun dari kerusi or duduk kat lantai is a big problem to us. :( Tangan ni memang nak kena capai something to hold takut jatuh pulak. Jatuh toilet dah 2 kali dah. serius aku cuak! Nasib baik bukan jatuh hempap perut atau jatuh terduduk. Tapi dia punya cuak, sampai sekarang aku terpikir, jatuh ptu keluar darah ke ape ke. Start dah fikir bukan-bukan. Yela time cmni macam-macam boleh jadi betul tak?
Kaki aku bengkak dia dah macam ape dah macam belon air. Ibu aku pun terkejut kenapa kaki aku besar sgt bengkaknya. Selipar memang dah tak boleh tampung dah. Siap hilang sebelah kat surau lepas solat terawih. -.- Dah tak tahan sgt dah tu. Bayangkan lah, dalam ramai-ramai datang surau tu selipar aku yang buruk dah hitam-hitam tu boleh hilang. Hilang sebelah pulak tu. Aku pun tak paham macam mana boleh hilang. Check kt longkang kot-kot lah tercampak ke, takde pun. Kalau nk kata masuk longkang ptu kena heret air dalam longkang, impossible sebab time tu tak hujan pun dan longkang sangat la cetek dan kering. End up aku pakai selipar jepun surau tu sambil jinjing selipar lagi sebelah bawak balik. Nanti baru pulangkan balik selipar surau tu. Huhuu. Bila malam tidur dah tinggikan kaki dah but still membengkak. :(
| 34 minggu dan muka kembang! |
Ok, untuk persiapan nak sambut orang ke-3 ni so far berjalan lancar. Beli barang pun setiap bulan beli sikit-sikit je. Mana mampulah. Beg baby dah siap-siap pack dah letak dalam bonet kereta. Tinggal barang aku je tak siap pack lagi. Barang macam baby car sit kita hold dulu. Nanti dah bersalin lepas pantang baru beli. Baru-baru ni beli breast pump. Sebelum ni dah survey macam-macam brand. Nak yang kualiti tapi harga still affordable lah kan. Brand Avent, Spectra dgn Madela aku dah survey harga dorg, dan sememangnya bukan dalam budget ktrng lah. :( Memang tengok banyak review cakap brand tu semua bagus. Yela barang baik harga pun baik lah kan. Bila aku cari lagi brand apa yang best aku jumpa brand Snow Bear atau Malish yang kualiti dia ok dan harga pun dalam kemampuan.
Lepas tu tengah cari-cari terjumpa satu blog ni, (LINK) Kedai ni kat bangi seksyen 9. Dia ada jual breast pump brand Malish dan harga dia okay lah. Kalau tengok kat kedai-kedai biasa pun macam tak dapat harga tu. Tapi kat bangi la pulak kedai dia. Dia just bagi alamat kedai je tak tau pulak nama kedai dia sebenar Pump On The Go. Hurm nak tak nak ktrng pergi jugak lah ke bangi nak beli breast pump punya pasal. HAHA. Aku ni waze lah ikut alamat kat blog tu.Sesat-sesat jugak lah nak cari kedai. Aku cakap dengan Azam "Ni memang kena beli jugak ni takde nak survey lagi dah, sampai sesat-sesat mencari. HAHA" Nasib baik sebelum gerak Azam ada try search kat ig. Dia ada jumpa nama kedai tu. Aku memang tak tau kedai tu. Dia tulis Breast Pump Murah je. Ptu try jela kt waze pump on the go baru keluar kat waze. Hummmphh! Sampai depan kedai nampak macam tak de ape je kedai nih. Macam sunyi je.
Waktu datang, ktrng je ada kat situ. Lepas dah lama sikit barulah nampak kedai tu ada je orang datang beli. 2-3 orang jugak datang. Kira ramai la sebab kedai dia jual breast pump je dengan aksesori untuk menyusu la sikit. Dah sampai tu tengok lah satu-satu barang kat situ. Dia memang dah bawak keluar siap-siap breast pump tu. Tersusun rapi atas meja. Satu meja yang single pump lagi satu meja double pump. Aku memang terus pergi usha yang single sebab memang target beli single je yela lagi murah kan. Kakak sedara pun cakap pakai single pun takpe. Boleh je. Nanti kalau tengah pump tutup je breast lagi sebelah pakai kain atau tadah pakai botol je. Aku yang takde pengalaman ni ok ikut jela nak ambil single.
Dah belek-belek semua breast pump aku pun di bawa sales assistant utk try breast pump tu. Dalam banyak-banyak kedai aku search kedai ni je yang bagi customer try. Dia dah siap sediakan satu bilik khas. So mula-mula aku ambil 2 brand. Malish dengan Eve Love. Try lah kat situ satu-satu. Mula-mula cuak jgk sebab kita mana pernah keluar susu boleh ke tiba-tiba nak pump. Kang tak efek breast aku ke. HAHAHA. Alah takde apa pun. Try jela. Adik tu cakap memang semua jenis brand akan ambil masa 30 minit untuk pump termasuk 2 minit untuk massage sebelum pump. Ok bila try Malish, rasa dia suck lembut sangat-sangat! Macam tak rasa pape. Ok lepas tu try rasa Eve Love pulak. Ok terasa la kena suck but still in soft mode lah. Bagi aku, lagi puas hati suction Eve Love tu. Adik tu cakap ada ambil Malish sebab dia lembut je. Ada setengah orang tak nak ambil Eve Love tu sebab kuat sangat sampai sakit nipple. Bunyi pulak memang bising sikit lah bunyi mesin tu. Adik tu cakap brand Spectra je yang memang takde bunyi langsung. Dia siap tunjuk kt aku serius memang takde bunyi tapi mahal woi. RM700+ >.<
So untuk review lebih lanjut lepas aku bersalin nanti lah. Kalau sekarang aku review lebih-lebih kang tak sama pulak lepas dah guna waktu dah ada susu. Betul tak? Ok lepas tu aku decide nk ambil Eve Love tu yang single. Sebelum keluar bilik, adik tu ajar lah macam mana nak bersihkan breast pump tu, ada several components yang tak boleh kena air, ada yang tak payah rendam dengan air panas. Dia siap tunjuk macam mana nak pasangkan balik component tu bila dah tanggalkan nanti. Satu per satu dia ajar. Lepas tu keluar bilik tu cakap dengan Azam nak ambil Eve Love ni yang single. Explain lah kat dia kenapa suka brand tu. Yela woi nk keluar duit dia wehhh. HAHAHA love you b~
Lepas dah bincang, tiba-tiba Azam cakap why not beli je terus yg double pump nih? Aku macam. Huh? Boleh je nak beli yang double tapi mahal sikit la dari single pump ni. Lama jugak la berbincang nak beli single ke double. Hadehhh. Azam suruh aku ambil brand Malish yang double sebab murah sikit tapi aku tak berapa suka suction dia. Kalau nk ambil double beli brand Eve Love jugak. Tapi kedai tu takde stock pulakkkk. Lepas tu tengok brand Lacte dia punya breast shield semua sama macam Eve Love. Aku nak jugak breast shield macam tu sebab aku dah try. HAHAHA.
Last Azam cakap, "Baik awak ambil cepat sebelum abang tukar fikiran." HAHA Ok sayang ok jeeeee. End up beli duet breast pump brand Lacte. Aku target brand lain, brand lain yang beli patu target nak beli single je beli yang double pulak! HAHA. Sabar jelah.Keshinggggg! Selamat RM450 duit Azam. Love you love you! :P
| Dapat freegift; 2 botol Jingle Jungle, Ice Pack (Gel) Autumnz, Beg Vcool 2in1 Autumnz (Atas letak BP, bawah letak botol) dan 2 pack breast milk storage bag. |
| Depan kedai Pump On The Go di Bangi, Seksyen 9. |
Warranty breast pump ni setahun start on due date kita. Nanti dah bersalin terus hantar kad warranty tu kt HQ dia. Ke semua brand sama je? Huhuhu. Bila dah balik rumah baru tahu kedai Pump On The Go ada je kat Kelana Jaya dengan Putrajaya. -.- Hurmmm penat je sesat-sesat kat bangi. Sebelum balik Ampang singgah kedai Manjaku kat Bangi, lepas tu iye-iye je cakap lepas ni boleh lah datang Manjaku ni nak beli barang baby. Hurmmm rupenya ada je merata Manjaku kat Ampang dengan Wangsa Maju. -.- Nampak sangat new parents kan ktrng nih. HAHAHA. Baru tau wujudnya tempat nk beli barang baby. HAHA. Sebelum ni target kat shopping mall je. Alahai~


No comments:
Post a Comment