07 May 2015

Diari Ummi : Minggu ke 28

*pejamcelikpejamcelikpejamcelik*
Dah masuk trimester yang ketiga. Hurmm excited plus nebes wehhh! Banyak persiapan tak buat lagi. Macam-macam nak kena setelkan. Fuhhh! Harap sempatlah sebelum puasa dan raya. Sebab nk fokus puasa lagi nak fokus raya lagi (nak makan banyak waktu raya, nnt dah pantang semua tak boleh makan) :P

Yes betul. Lantaklah barang tu jatuh. Berat hati betul nak tunduk nak ambik. HAHA.
Fuh dah masuk 28 minggu ni, perut membesar terlalu drastik. Aku rasa macam bawak tembikai dah. Bluergh! Jalan memang macam penguin dah. Hehehe. Nanti baby dah keluar mesti rasa kekok pulak jalan normal balik. HAHA. :D

Aku tak sabar nak scan baby. Matlamat utama bukan sebab nak tahu gender sahaja, nak tahu kedudukan baby, nak tahu berat baby, air ketuban cukup ke terlebih, itu yg lebih penting nak tau. Harap-harap semua okay lah kat dalam tu ye. Yang pasti sekarang aku dah terasa baby kick kat bawah. Kalau sebelum ni baby kick kat belah kanan. Sekarang ni bila dia kick, perhhh! Ngilu weh pundi kencing! Paling extreme bila baby ni jogging kot. rasa macam dia tendang banyak kali. Ya Allah! Hanya Kau je yang tau rasa dia macam mana. Fuhhh!

Position baby sekarang.

Aku ada masa lagi 84 hari je lagi sebelum hari bersalin. Sekarang ni memang fokus untuk persiapan orang ketiga yang bakal keluar ni. Banyak lagi barang dia dan barang ummi dia ni tak beli lagi. Fuhh! Wish me lulck!

"Being a young mom means that we met a little early, but it also means i get to love you a little longer, in sya Allah."

No comments: