26 October 2015

Diari Ummi : My Breast Feeding Story



Post ni pun kira macam review BP Lacte duet aku beli tempoh hari tu. >> LINK.

First of all, alhamdulillah, syukur. Rezeki susu badan untuk anak sentiasa ada dan cukup. :)



BP yang aku guna sekarang, Breastpump duet Lacte. Kalau tanya aku mana ok pakai yang single ke atau double? Aku akan jawab mana-mana pun okay je. Kalau pakai yang single senang sebab mesin dia of course kecik dan ringan. Kalau pakai yang double pun senang sebab cepat. So far aku pakai BP Lacte duet ni ok tak pernah ada masalah lagi macam melecet ke, suck tak kuat ke, overall semua ok je. Sekarang ni, bukan pergi kerja je, pergi ke mana-mana kena bawak BP nih! Sebab selalu bengkak. :( So bayangkan lah kena angkut berbeg-beg. Huhu.

Beg biru tu simpan BP, yang beg lagi satu tu simpan botol-botol.
Beg nursery Alya. Beg baju dan beg susu (cooler bag).
Haaa macam ni lah aku setiap hari keluar rumah nak pergi kerja. Berangkut 4 beg ni. Eh 5 beg termasuk handbag sendiri. Haaaa nasib baiklah Azam tolong angkatkan beg-beg ni. Aku dukung Alya je masuk kereta. Hehehehe.

Peneman setia di dalam kereta sejak ada Alya. :) Car sit penting okay!


*What's in my BP bag?*

Bahagian atas untuk simpan mesin, silicon tiub, dengan power adapter.
Mesin tu aku lilit je dengan tiub tu senang nak guna keluarkan terus attach dengan power adapter je. hehe.

Bahagian bawah untuk simpan stok susu.

Aku guna ice pack sebab aku simpan susu dalam pek plastik. Aku letak stok susu kat tengah-tengah antara ice pack tu. Nanti tambah lagi stok susu kat atas dia je. Marker tu untuk catit tarikh, masa dan berapa oz dalam milk storage tu, yang penting marker permanent ok.

Aku guna storage plastic bag 12oz sebab aku guna double BP
stok susu akan lebih dari 8 oz, paling banyak selalu 10 oz. 
Ice pack ni lepas guna masukkan balik dalam freezer untuk sejukkan balik.
Botol-botol aku simpan dalam beg ni. Sebenarnya ni macam air dry pouch lah untuk keringkan botol-botol ni terus.
Beli kat kedai RM2 je. Nampak tak kat bawah ni ada jaring so memang sesuai untuk keringkan botol-botol tu.
2 benda ni pun penting bawak. Liquid cleanser masukkan dalam botol shampoo hotel dengan span untuk mencuci. So senang nak bawak ke mana-mana.

Lepas balik kerja cepat-cepat masukkan stok susu dalam peti sejuk bahagian freezer sebab dia tahan dalam 12 jam je kat dalam cooler bag tu. Benda-benda ni lah almost 24 hour dengan aku. Kalau balik kampung ke pergi mana-mana mesti bawak. Huhu. Ada setengah orang rimas dengan benda-benda remeh macam ni, tapi bagi aku selagi susu dikandung badan akan ku gagahkan jugak. AHAHAHAHA. :D #supportnursingmom 


Dalam beg susu Alya aku pakai ice brick sebab bagi susu kat pengasuh dalam botol. 
Selalu bagi kat pengasuh 5 botol susu ada 2 oz setiap botol. Tapi selalu tak habis pun semua susu sebab aku balik awal tapi stand by jelah lebih kan. Bia lebih jangan tak cukup.
Aku pakai botol bumble bee ni sebab hari tu ada offer. Hehe.
Balik kerja je, cuci botol-botol stok bagi pengasuh 'sidai' kat sini, senang. (Abaikan botol-botol kaca kt belakang tu, sekadar hiasan sahaja)









16 October 2015

Sambut Hari Ulangtahun Perkahwinan di Flora Kafe, Amp Walk Mall

Alhamdulillah.
Dah setahun perkahwinan kami bersamaan 6 tahun usia perkenalan ktrng. Hehe. Dari waktu sama-sama berlajar kat poli sampai lah dah ada anak. Doakan baik-baik untuk hubungan ini ya kawan-kawan. :)

Daisypath Anniversary tickers

Sebenarnya mula-mula nak sambut kat rumah je, tapi bila fikir balik, hmmm why not sambut kat mana-mana kedai makan ptu balik jela. Just nak ada feel sambut tuje kan, Alya pulak hantar kat rumah pengasuh mintak tolong jagakan. Ini draft idea aku jelah mula-mula ritu.

Lepas tu terfikir, bawak jela Alya. Dia pun kena sambut sama-sama sekali. Bagi aku sepanjang setahun dalam perkahwinan kami ialah detik-detik 'kewujudan' Alya iaitu hasil cinta kami. Eh cewah kauuu. HAHA. Sepanjang setahun ni lah banyak detik-detik yang best dari mula-mula tau aku pregnant, lepas tu pengalaman 9 bulan aku mengandung sampailah pengalaman aku bersalin. All this happen in our first year. :)

Lepas tu bila dah plan nak bawak Alya kena fikir tempat nak makan. Tak boleh la sebarang tempat sian dia baby lagi. Aku try tanya kawan-kawan (fafarinqacayu) kat mana nak makan ala-ala romantik gituwww. So kawan aku ayu, dia yang suggest tempat ni. Bila survey harga dia pun ok lah... tempat dia pun cantik (tengok kat gambar google je). So aku pun decide nak sambut kat situ. Azam tak tau! HAHAHA.

Sebelum ni ada cakap dengan Azam kita makan kat kedai mana-mana jelah. Hehe. Ahad malam tu, (11 Oktober) bila semua dah siap-siap dalam kereta nak keluar makan, aku suruh Azam waze Flora Kafe. Dia cakap nak makan situ ke? Abang tau tempat tu pernah pergi situ. Haa tk payah lah waze terus jela pergi situ. Dia pun macam tak heran pun terus drive cari parking lepas tu dah sampai depan kedai tu dia tanya lagi sekali, nak makan kat sini ke? Aku terus menonong pergi kat orang tu, "Saya ada buat tempahan, nama Aisyah." Terus orang tu bagi signal suruh masuk nak tunjukkan meja. Azam macam terpinga. On the way masuk sambil sorong stroller, dia pandang aku, "Awak ada buat booking??" tanya dalam nada berbisik dengan riak muka terkejut. :D

Bila sampai kat meja dia macam speechless. Hahahaha. Surprise! Lepas tu dia mulah termalu-malu. Sibuk tanya bila booking, berapa makan ni, mahal ke. Huh. Isteri nak belanja diam jelah hahaha. :D Alya pun ada lah terselit kat tepi meja ktrng. Bagi aku, kedai tu sangatlah cantik banyak bunga-bunga. Memang sesuai sangat untuk orang yang bercinta. Aaauuuwww~ Hahahaha. Waktu ktrng tu, Semua yang datang ber-couple. Kami je yang datang bawak anak siap sorong stroller lagi. Hehehe. Aku pandang meja sebelah ada siap bersuap-suap. Kami ni bergilir-gilir makan sambil dukung Alya sebab dia tak selesa duduk dalam stoller dalam keadaan statik. Kalau stoller tu berjalan baru ok huh maka nya memang kena berpegang lah. Time aku pegang Alya, Azam tolong suapkan aku lepas tu tukar lak Azam tolong pegang aku pulak suapkan. Argh boleh lah romantik lah jugak tu kannn HAHA.

Headband mana??

Ok dah pakai barulah nampak baby girl!

Cubaan untuk suruh Alya pandang kamera HAHA.

Alya masih tak pandang kamera. Opsss sorry Alya terseksi nampak peha. Ahaks!

Ok Alya pandang abah nak tangkap gambar kita tu.

"Kenapalah asik nak tangkap gambar ni" - Alya.

Time ni Alya dah start meragam sebab duduk dalam stroller.

Lepas dah setel makan, dorang bagi kek. Waktu booking boleh request nk tulis apa kat kek.

Family potrait. :)
(Maafkan Alya yang tidak ber-headband dan tegak macam patung! HAHA.)

Waktu makan, akan ada staff Flora Kafe ni datang kat kita, dorang tangkap gambar time tengah makan. Lepas tu, siap pesan sebelum balik nak tangkap gambar kat depan kedai. Nanti dorang akan upload gambar-gambar kita tu dalam facebook dorang, kita save sendiri jela gambar-gambar tu. buat kenangan :) 

Ini gambar-gambar yang 'dicuri' dari facebook dorang. (FLORA KAFE)

Time ni baru sampai dorang bagi makan rojak sebagai starter.

Tu dia budak kecik terselit kat situ hehe.

Nampak benor muka tengah cover tu bang oi. HAHA.

Siapa perasan puting Alya kat mana. :D

Tak taula kenapa aku buat tangan camtu. Dah macam "KAMI MENANG ANAK!" HAHAHA.
Waktu nak balik tu, staff tu tegur "Eh baby tak nangis ya dari tadi? Wah baguslah awak ni, selalu baby yg dtg dia nangis sebab takut tengok bunga-bunga banyak kat atas ni." Huh dia tak tau Alya lagi sipi je nak nangis. HAHA. Tapi so far Alhamdulillah aku pergi mana-mana bawak Alya dia jaraaaaang sangat meragam. Kalau sekeliling bising pun dia boleh rilek tidur kalau dia nak tidur. Cuma meragam sikit tu mestilah ada.

Hari tu tgh mkn kat keramat mall, ada sorang abang sebelah meja ni tegur kami "Boleh ke tu anak awak tidur." sambil tunjuk radio atas kepala aku tengah bising. HAHA. "Dia dah immune dah bunyi bising nih bang." Aku rasa penangan waktu berpantang kat kampung, rumah aku ni betul-betul sebelah jalan raya, dekat dengan bengkel kereta dan bengkel kayu. So dia dah biasa dengan bunyi bising nih. HAHA.

Selamat Hari Ulangtahun kita yang pertama, B. Terima kasih untuk segalanya. :) Oh ye. Azam pun ada buat surprise. Waktu nak pergi kerja dia sorok-sorok masukkan kad dalam handbag aku. Sampai tempat kerja baru perasan. Lepas tu mesej, "Ingat awak sorang je boleh buat surprise." Huh. HAHAHA. K tuje. Bye!

26 August 2015

Diari Ummi : Pengalaman Bersalin

As salam, fuhh! Lama tak update. Last diari ummi tu minggu ke berapa ntah. Lepas tu dah terabai. Nak update waktu raya tu pun still dalam draft. Huhu. 

Entry kali ni memang nak cerita pasal aku bersalin je. Saja nak update sebab nanti lupa lepas tu nanti bila bukak blog macam tak lengkap pulak bila diari ummi pengalaman waktu mengandung je, pengalaman waktu bersalin takde. Kurang-kurang esok kalau aku bosan-bosan boleh baca balik lepas tu teringat balik kan. :)

18 Julai 2015

(Raya kedua) Sepatutnya aku sambung beraya tapi pagi raya tu aku rasa sakit kat bahagian ari-ari. Ibu suruh aku tgk jam dan kira berapa lama jarak sakit tu. Bila aku kira, sakit dia selang sejam. Haaa lepas tu semua kalut lah suruh aku balik KL sebab rancang bersalin kat hospital panel company kat setapak. Aku tunggu tengah hari still sakit sejam-sejam. 

Ibu takutkan aku. "Ni malam ni bersalin ni.." Huh. Aku memang sakit tapi instint aku takkan bersalin waktu terdekat tu. (betul kata hati aku). So lepas makan tengah hari aku dan azam balik lah KL. Raya sehari je. :( Sobs! Sampai rumah kat ampang, azam nak hantar aku terus hospital tapi aku nak tunggu dulu. Lepas tu dah sampai malam, sakit tu still ada tapi dah start tak regular. kadang sejam kadang setangah jam. Waktu aku rasa sakit tu macam paling sakit la sepanjang aku pregnant tapi aku still boleh tahan. (padahal sebab tak tahu rasa  contraction sebenar macam mana) HAHA. Malam tu jugak lah azam hantar aku. On the way ke hospital aku cakap kat azam apa kata kita pergi check klinik biasa je dulu nak. Mana tau bukan rasa nak bersalin ke. 

Azam pun bawak la pergi klinik biasa. Doktor cakap better pergi check kat hospital terus sebab dengan kandungan aku waktu tu dah 9 bulan, memang anytime je boleh terberanak. So pergi jugak lah hospital masuk labour room check pakai CTG. Dorg cakap contraction ada tapi sikittttt je. Takde tanda baby nak keluar pun. HAHAHA. Buat malu je aih. Nurse situ cakap better puan datang bila dah turun air ketuban atau darah, itu betul-betul nak bersalin. So ktrng pun balik lah rumah...tapi sakit still sakit.  Huhu.

Kena pasang CTG
Nampak sangat tak ready nk bersalin.

30 Julai 2015

Due date!! 
But still....takda tanda yang baby nak keluar. Ibu aku mulalah buat macam-macam andaian. 
"Kau ni salah kira tarikh last period kot. Waktu ibu dulu semua anak bersalin sebelum due date."
Huh. Paling bosan bila orang asik tanya bila nak bersalin nih? -.- 

Hari due date ni aku siap pergi ke Aeon Maluri. Saja nak berjalan konon nak cepatkan bersalin. Dah la drive sorang, berjalan sorang dengan sarat-sarat. Sempatlah shopping sikit. HAHA. Tapi still, takda tanda nak bersalin. :(

3 Ogos 2015

Appointment dengan doktor. (dengan harapan nak mintak doktor bersalinkan aku)
Sebelum ni doktor ada cakap, kalau awak still tak bersalin 3 hari bulan ni kita cuba induce lah. Aku pun dengan harapan datang appointment hari tu memang niat nak berserah dirilah. Nak mintak doktor bersalin kan aku secepat mungkin. Memang time ni emosi aku jadi cam tak menentu. Selagi baby ni tak keluar selagi tu lah hati ni tak tenang dengan tahan sakitnya.

Aku : Doktor saya nak serah diri ni nak bersalin. Huu.
*Lepas scan.
Doktor : Baby awak okay. Air ketuban dan jantung baby pun okay. Semua takde masalah. So saya rasa takde sebab nak keluarkan baby ni. Saya advice tunggu lagi cukupkan seminggu, kalau awak takde tanda nk bersalin jugak baru kita induce awak.
Azam : Haa awak jgn menangis pulak.
Aku : Huh. :(

Memang time ni aku rasa macam sedih gila. Kenapa doktor taknak bersalinkan aku. Kenapa baby tak nak keluar lagi. Kenapa? Banyak kenapa dalam kepala aku ni. Sampai jadi depress. Lepas tu aku tersedar. Aku patutnya bersyukur. Baby okay. Baby sihat kt dalam perut.. Cepat sgt give up nya.

6 Ogos 2015

Genaplah kandungan aku 41 minggu. Masih takde tanda nak bersalin jugak. Huu. Sampai je hospital terus pergi kaunter untuk admit terus. Dah daftar isi form semua, nurse bawak ke labor room. Pagi tu, dorg masukkan induce. Aku dengan azam lepaklah dalam labor room. Nasiblah ada azam buat peneman, kalau tak tunggul jugak lah. Dah lah takde rasa sakit lgsg huhu. Ktrng siap bergurau senda kat dalam labor room tu. Nurse masuk kejap2 siap tanya takde rasa sakit ke? Huuu takde. :/ Bila nurse check bukaan 1 cm je bukak. :(

Lepas tu dah petang sikit tu dorg masukkan induce yang kedua. Lepas tu tak tunggu dalam labor room dah. Duduk kat wad. Waktu tu ibu dgn ayah datang dari Bentong. Aku dah ckp jgn dtg lagi sebab tak rasa nak bersalin lagi. Hmm tengok2 dah sampai kat hospital dah. Huhu. Bagi sokongan katanya. HAHA. Waktu tengah borak2 dengan ibu ayah kt wad, aku start rasa sakit perut macam memulas. Tapi buat tak tau lagi. Borak macam biasa lagi. 

Dah lama sikit tu baru terasa sakit dia lain macam pulak. Sakit gila! Aku dah start menangis. Huhu. Ibu dgn ayah tglkan aku kt wad. Ingatkan dorg terus balik rupanya duduk lepak kt kedai mamak nak tunggu aku bersalin. Dorg jangka aku bersalin malam tu jgk. HAHAHA nampak tk excited wan dgn atok tuuuu. Huu. Last2 dah sampai tgh malam aku tak bersalin lagi ibu ayah balik jgk. Waktu dah start sakit tu, aku mmg tk berenggang dgn azam. Azam start tenangkan aku. "Ummi kuat, ummi kuat kan." Aku boleh menangis sambil baca selawat banyak2. Time ni baru aku sedar "Ok aisyah cmni rupanya sakit contraction." 

Nurse mintak aku duduk labor room. Dia siap bawakkan wheel chair. Aku mintak nak berjalan je ke labor room tapi lambatla. Azam la pimpim tangan aku sampai la ke labor room. Nurse dah start pasangkan CTG nk check contraction. Bila nurse check bukaan baru 2 cm. Aku macam huh baru 2 cm tapi sakit dia.....ergh! Malam tu nurse suruh duduk labor room je sampai aku bersalin. Lepas tu nurse bagi aku ubat pandelin kot yg buat mengantuk. Cucuk kat punggung untuk bagi aku tidur dan rest. Lepas cucuk tu aku terus high, terus tidur. 

Aku dapat tidur dalam 2 jam camtu je. Lepas tu aku rasa sakit sgt sgt sgt! Bila contraction tu dtg aku genggam tgn azam. Azam ckp aku bila sakit je tgn aku mcm terkapai-kapai cari dia. Huuu. Bila sakit tu hilang aku terus tertidur balik sebab efek ubat tadi. Nurse ada pesan kalau sakit ambil gas kat tepi kepala katil tu, sedut gas tu. Katanya untuk kurangkan sakit. Time tu aku acah2 kuat. Mula2 mmg aku tak ambil langsung gas tu last-last dah tak tahan sangat aku ambil jugak. Bila sakit datang je terus aku capai gas tu sedut macam orang semput tu. Hmm tapi aku rasa dia kurangkan sikitttt je. Huhu sebelum ni doktor mmg ada ckp pasal gas tu. Dia pun dah ckp awal2 gas tu hanya membantu berapa peratus je dari sakit contraction tu.

Sebelum sakit contraction

7 Ogos 2015

Satu hari ni aku tak sedar apa, aku tak makan apa2 langsung. Last aku makan malam tu je. Lepas tu mmg tk sedar sgt dh. Nurse yg dtg check aku kt labor room dh bertukar2 org dh. hahaha. Sampai ktrng dh hafal waktu2 shift dorg kt labor room tu. Azam jgn ckp la satu hari tu tak tidur jagakan aku punya pasal! Start tgh hari aku dah sakit sgt sgt dh. Nurse kat situ dh start prepare brg2 kat tepi aku. Doktor sampai je (pukul berapa mmg aku tak ingatlah) letak handbag dia prepare pakai sarung tgn semua tinggal nk suruh aku teran je. Fuhh mmg tu je keje doktor. Dah sampai bukaan 10cm tu, dah start rasa nk teran dh. Time tu nurse punyalah macam rmi je kt tepi aku ni. Dalam 5 orang kot tak silap. Azam kt tepi aku mmg tak pernah pergi mana since aku sakit hari tu. Huuu. 

Waktu yang ditunggu sudah tiba. PUSH!!! Automatik aku terus jadi macam pandai pulak meneran. (tak payah pergi kelas meneran huhu) Sebelum ni ada baca tips sikit2 macam mana nak teran. Punggung jangan angkat, jangan jerit, jangan nangis. Benda2 camtu jela aku ikut. Huu. Paling penting selawat nabi nuh tu. "LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN" Waktu 1st teran doktor cakap, "Haaa lagi sikiiit je." Aku macam, huh bia betul lagi sikit je nk keluar. Azam ckp mmg doktor tipu pun. Waktu tu baru keluar kepala sikittt je. HAHAHA. Doktor tu mmg pandai psyco betul lah. Tengah teran dia hanya cakap benda positif je. "Bagusss...Pandai awak teran...Bagusnya...Haaa macam tulah..." Yang nurse ramai2 kt tepi tu jgn ckpla. Dorg pun sama jerit. "Pushhhhhh" Bila time teran, bising labor room tu suara semua org jerit push. Bila time contraction tak dtg, aku tidur!! HAHAHA sebab efek ubat tu tak habis lagi so aku mmg tgh high sgt! Bila contraction dtg azam kejut, sayang bangun cepat syg. Lepas tu sambung teran. Azam tlg tolak belakang aku sambil baca selawat nabi nuh tu kt tepi telinga aku. Dia pun sama lah jerit "Sayang boleh sayang, push lagi sayang." Dalam hati mcm tak caya je dia ckp cmtu. Azam siap boleh buat lawak, dia pergi tgk kt tepi doktor, "Owhhh lagi sikit je nih. Boleh lagi sekali teran je nih sayanggg." Nurse kt situ gelak je kt dia. -.- 

Dah bape kali teran, aku memang takde tenaga sebab satu hari tu aku tak makan. Time contraction hilang tu, aku mintak kurma kat azam. "B, sayang nk kurma." Nurse tu punya terkejut, "Doktor boleh ke bagi makan?" Doktor suruh bagi je. HAHAHA. Aku pun tak tau macam mana aku boleh terpikir nak mintak kurma. Tapi memang aku rasa mcm nk give up sebab dah byk kli teran tak keluar2 jugak baby nya. Waktu aku nak give up tu, doktor siap psyco lagi, "Lagi sikit je lagi ni, kalau tak kita nk operate je." Aku dengar operate tu yg terus mintak kurma kot. HAHAHA.

Lepas makan kurma, dalam 3 kali teran sedar2 baby dah menggeletik atas badan aku. Badan dia basah berlendir. Terkejut aku. Wahhh lepas tu semua nurse laju je buat kerja. 2 org nurse setelkan baby, 2 org lagi setelkan aku. Doktor terus jahit luka aku ada dalam 2cm cmtu. Aku tengok jela doktor tu jahit pakai jarum macam mata kail ikan tu tapi lagi besar dan tebal..! Gulp! Tapi aku macam tak heran dah doktor tu nk buat apa. Aku pandang kiri nampak baby tengah menangis melalak nurse tu tgh buat apa tah kt dia. Lepas tu aku ternampak kat sudut hujung labor room tu Azam tgh nangis. :) Dia menghadap dinding labor room tu sambil lap air mata dgn sapu tgn dia. Alahai time tu rasa happy sgt sgt! Haih tak tau nk ckp ape. Alhamdulillah!

Aku nampak nurse tu bg baby kat Azam, azankan baby. Lepas dah azankan baby, Azam tanya doktor. "Semangat betul badan dia doktor. Berasa betul time dukung dia." Waktu tu nurse dah ambil baby untuk setelkan baby. Terdengar jugak nurse ckp, "Comelnya mcm mama dia. Muka mama dia dia ni." Lepas tu nurse yg setelkan baby tu dtg, "Baby berat 3.75kg doktor." Semua kt situ terkejut. Huhhhh patutla semangattt. Kecohlah labor room tu HAHAHAHA. Lepas je doktor dh setelkan jahit, nurse pun dh siap bersihkan darah kat badan aku semua, aku terus tidur. Tah bila masa aku tidur pun tak tau. Tapi takde la lama sangat aku tidur. Bangun je tgk sblh Azam tengah tgk aku tidur dari jauh. Aku bangun2 terus senyum kt dia. Azam nampak aku dh terjaga dia dtglah kt tepi aku. Huuuu lepas tuuuu rahsiaaa. HAHAHAHA. Moment ni biar lah ktrng laki bini je ingat sampai bila-bila. :)

Fuhh finally siap jugak mengarang pengalaman bersalin. Asik tergendala je dalam draft. Yela baru nak menaip baby menangis lah nak susu lah. Macam-macam hal. Huhuhu. Ok dah la bai.

Abah and her little princess. Time ni baru 1 hari.

Aku lepas beberapa jam meneran. Muka sememeh. Bekas kuning tu stand by sebab aku asik muntah efek ubat.

Hai! Sayalah budak yang taknak keluar2 tu HAHAHA. Time ni lepas beberapa jam keluar dari perut.

Alya Umairah Binti Muhammad Azam. Welcome dear. Muahhh!

Wan dan atok orang pertama datang tengok saya. Excited terlebih!

Satu-satunya gambar bertiga full kt hospital yang ada.
Alhamdulillah! :)

01 July 2015

Berbuka Puasa di Restoran Barakah Pattani Seafood, Keramat AU2

FINALLY.

Lepas semua asik mengeluh kat group whatapps, "Bila nak jumpa" "Bila nak keluar sama ni" masing-masing tercari-cari waktu free. Bila semua dah free sorang lagi pulak tak free. Itu semua normal bila nak ajak kawan-kawan keluar bila semua dah start kerja ada yg study ada yg dah kahwin (aku lah tu kan) heee. But at last, ktrng dapatkan jugak satu tarikh. Sebab weekends ada yang kena kerja so ktrng decide jumpa weekdays je. Lepas tu nak set up tempat nak jumpa pulak. Sorang dari Shah Alam, ada yang dari Sentul, dari Bentong. So dorg decide satu tempat dekat dengan aku si mak buyong nih. Semua risaukan aku nk drive balik malam nanti. Huuu. Thanks korg. Sayang korg. So aku lah kena setup tempat nak berbuka. Aku bawaklah dorang kat kedai barakah ni. Nasib semua ok je. Huhuhu. Tq korang.

Ok bila semua dah setuju masing-masing tak sabar nak jumpa. Yela last dapat kumpul semua orang ni raya tahun lepas. SINI. Huhu. Aku risau raya tahun ni tak sempat nak beraya ramai-ramai sebab aku memang tengah tunggu hari je lepas raya ni. At last! Rezeki ktrng dapat jumpa. :)





At first aku berempat je sampai dulu. Ktrng orang 1st datang kedai. Dari kedai kosong sampai tak sedar dah ramai orang dah keliling ktrng. HAHAHA. Berborak sakan punya pasal. Aku pulak memang tak tahan sangat sakit pinggang, pergi kat kereta kejap ambil bantal kecik letak kat belakang pinggang kat kerusi tuh. Lega sikit tapi still sakit jugak sebenarnya. Fuhh! Sabar jelah.






Lepas tu Ayu dengan Tiqa pulak sampai. Dorg singgah kat Aeon Au2 dulu beli barang. So dorg lambat sikit. Haih bila dapat jumpa masing-masing riuh rendahlah kedai suara ktrng je. Orang tak ramai lagi. Ktrng excited datang awal so dapatlah spend time lebih sikit kan.

Wootwoot! Makanan sudah sampai!




Waktu sampai tadi ktrng terus pilih ikan siakap 2 ekor. Sekor buat siakap 3 rasa, sekor lagi buat masak stim. Lepas tu ktrng tambah tom yam ayam, sotong tepung dengan sayur kailan. Fuhh selera masing-masing kan. Waktu makan semua tak nak berhenti cakap. Ada jela benda nak dibualkan. Aku memang dah start makan sunyi sepi dah. Anak aku dalam perut dah menendang2 berebut makan dengan aku kot. HAHAHA. Makanan pulak memang hosemmm lah sedapnya.


Tutup baby bump. Malulah haih kita sorang je buncit! Hehehe.

Dah setel makan nak balik mestilah wajib ambil gambar berenam dengan 'menyusahkan' orang kedai kan. HAHAHAH. Dah la ada cerita lawak time nak mintak bill. Si Ayu ni panggil budak tu macam nak gaduh je. Terkejut budak tu. haha. lepas tu mintak bill dia datang balik bawak piring 6 biji. Lagilah berdekah ktrng gelak kat dia. Sian lak budak tu semua pandang dia sebab ktrng gelak kat dia. HAHAHA. 

Si Ayu membedahkan diri. HAHAHA.
Lepas dah setel berbuka terkejar pulak ktrng ke surau area taman perumahan tu untuk solat magrib. Ngam-ngam ktrng keluar surau, azan isyak. Fuhh nasib sempat kejarkan magrib. Ok then semua nak balik dah. Waktu pergi surau ktrng bawak 2 kereta je. Si Tiqa dengan ayu tumpang kereta aku nk ke surau. Then balik pulak Ayu dengan Tiqa naik kereta Erin pulak. Lepas tu dah salam baibai semua orang, aku dah masuk MRR2 tiba-tiba Fara call. Handbag Tiqa tertinggal dalam kereta aku. Hahahaha. Aku terus berhenti kat tepi MRR2. Tunggu dorang datang ambil handbag tiqa. Sian dorg nak kena patah balik ke Bangsar.

Argh, finally dapat jumpa jugak semua orang complete 6 orang! Ktrng ni sampai berfikir macam manalah boleh rapat 6 orang ni dari sekolah menengah sampai dah besar cmni. Almost 11 years! Padahal waktu sekolah masing-masing ada geng sendiri. Semua lain-lain geng. Lepas tu 4 orang antara ktrng satu kelas waktu form 5. Lepas tu boleh pulak rapat dengan Fara sekolah Teknik yg Erin pulak kelas lain. HAHAHA. Tak kisah la cerita dia cmne kita je yang tau. Hehehe. In sya Allah semoga jodoh persahabatan kita ni kekal sampai bila-bila, sampai masing-masing dah ada anak sorang satu. Haha atau mungkin time dorg anak sorg aku dah 2-3, mungkin? Haha.


Paling rindu kat makcik ni baru balik Korea. Study jauh sangatttt! Huhu. Time aku kawin dulu kalau dia ada dah cukup-cukup dulang girls aku untuk 5 dulang. Dah dia takde kat korea, gantikan la dengan sepupu aku. Huhuhu. Kalau jumpa dia lepas raya ni, lagi la macam awkward. Last jumpa dia time aku anak dara, lepas tu dia balik korea aku tengah dukung anak sorang. HAHA. Si paten ni lagi lah aku kenal dari tadika lagi. Tapi time tadika takde la kawan baik macam gini. Tak sangka pulak end up ktrng jadi rapat gila macam ni pulak kan.

P/s : Kesian suami saya berbuka sorang semalam. Kawan-kawan semua pesan tq sebab pinjamkan bini dia sehari. Hehehe. Lebiu b! :)