14 July 2014

Persiapan Perkahwinan

Cincin

Wahhh~ Sang dara sangat suka kalau sebut pasal cincin ni kan? tapi personally aku bukan 'minah barang emas'. siapa kenal aku tahu lah kan. hehe. ok cincin pulak :

Cincin Risik

Cincin ini disarung waktu merisiklah kan, umpamanya meletak tanda kat kita. Selalunya cincin merisik ni orang melayu pakai cincin belah rotan.

Cincin Tunang

Selalunya cincin merisik ni orang melayu pakai cincin berlian. Cincin ini disarung waktu bakal-bakal mak mertua kita datang masuk bilik kita. tapi itu dulu. sekarang orang melayu kita bertunang buat pelamin mini kt ruang tamu dan seisi sarung menyarung di atas pelamin. Dulu, sang teruna malu nak masuk rumah sang dara waktu mak mereka sarung cincin pada jari sang dara. Malu. :3 tapi itu dulu, sekarang sang teruna siap bergambar sama atas pelamin. Itu semua ikut kemampuan dan ia nya berubah dari zaman ke zaman. Tidak salah selagi tidak melanggar hukum agama islam. :)

Cincin Nikah

Cincin ini disarung waktu lepas akad nikah dalam upacara batal air sembahyang. ada yang bagi gelang atau rantai. Semua terpulang pada masing-masing. Tolong lah sangat-sangat jangan anggap benda-benda ini semua wajib. Ini hanyalah adat istiadat orang melayu kita sahaja. Kalau kita tak ikut nikah tetap sah ok?

Tarikh

Tarikh kena pilih betul-betul.
  • Sabtu ahad ialah hari yang paling sesuai untuk buat majlis, tak kisah lah cuti sekolah ke tak, sebab kesenangan untuk orang yang bekerja datang ke majlis kita nanti.
  • Cuti sekolah? sesuai juga, tapi kena fikir jalan sesak tak kat area korg nak buat kenduri nanti? lagi satu, selalunya harga barang tinggi sedikit waktu cuti sekolah. jadi kenalah bijak mengatur.
  • Waktu malam? boleh, asalkan sesuai dengan hari, contohnya janganlah buat malam ahad sebab esoknya isnin mungkin adanya yang bekerja. pandai-pandailah! :)
  • Exam week? kena tengok hari korg pilih tu terkena pulak waktu study week adik-adik korg. haa kan dah kurang pembantu. sian kat adik-adik nak fokus study lagi. mestilah dorg yang kita harapkan untuk tolong-tolong kan?
So, pilih tarikh betul-betul dan yang paling penting kena ada persetujuan antara dua pihak. :)

Good Luck.

No comments: