Mas Kahwin
"Suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan."
Mas kahwin kalau ikut adat melayu kita ialah mengikut negeri masing-masing. tetapi ikut kepada kemampuan lah. kalau sang teruna mampu nak bagi lebih rezeki kita lah tu sang dara. :) Mas kahwin juga boleh tukarkan kepada barang kemas, atau apa-apa perhiasan wanita. Kita tidak digalakkan meletakkan mas kahwin yang terlalu tinggi dan terlalu rendah. biarlah berpatutan dan mampu. "Mas kahwin yang paling baik ialah yang paling mudah" - Riwayat Imam Al-Hakim. Faham kan adik-adik?
Wang Hantaran
Ramai yang keliru mas kahwin dan wang hantaran. Wang hantaran dan dulang hantaran Perbezaan yang pasti ialah mas kahwin hukumnya wajib dalam agama islam dan kita kena faham hantaran itu ialah adat istiadat melayu kita sahaja. Wang hantaran juga mengikut kemampuan. Kalau dulu zaman mak-mak kita 1k pun dah cukup buat kenduri, kita kena ikutlah juga zaman ke zaman. Lebih-lebih lagi sekarang harga keperluan semakin naik dan tak mungkin turun kan? Jadi persefahaman antara pihak sang teruna dan dara sangatlah penting. Ada setengah keluarga tidak menetapkan wang hantaran untuk anak daranya, ada juga sesetengah yang menetapkan harga tertentu. kita bukan nak jual anak, ye dak?

Dulang Hantaran
Dulang hantaran pula yang sedara-sedara kita junjung bawak ke masjid waktu kita akad nikah tu. haa yang banyak-banyak dulang tu lah dulang hantaran. macam biasalah kalau ikut adat berbalas-balas dulang ni, kena nombor ganjil, yang pihak teruna lagi sedikit dulangnya berbanding sang dara. kalau sang teruna bagi 3 dulang pihak sang dara kena balas 5 dulang. itu semua ADAT.
Dulang hantaran untuk sirih junjung aku tak galakan MELAINKAN keluarga pihak sana ada yang masih makan sirih. Nanti membazir je, baik letak barang yang berguna kan? Dulang hantaran macam Al-Quran sume tu boleh nak letak TETAPI kena pastikan betul-betul penjagaan yang sangat-sangat-sangat perihatin! So, kita play-safe tukar barang lain kan selamat. Betul tak?
Dulang hantaran untuk sirih junjung aku tak galakan MELAINKAN keluarga pihak sana ada yang masih makan sirih. Nanti membazir je, baik letak barang yang berguna kan? Dulang hantaran macam Al-Quran sume tu boleh nak letak TETAPI kena pastikan betul-betul penjagaan yang sangat-sangat-sangat perihatin! So, kita play-safe tukar barang lain kan selamat. Betul tak?
Idea barang hantaran untuk sang teruna
- Kasut kerja
- Baju kerja
- Tali leher
- Tali pinggang
- Dompet
- Minyak wangi
- Set mandian
- Set penjagaan diri
- Sejadah
- Songkok dan Sampin
- Jam
- Smartphone
- Kain Pelikat
- Barang-barang yang diminati sang teruna kita tu. :)
- Makanan (Kek, Cup cakes, Buah-buahan, Coklat)
Idea barang hantaran untuk sang dara
- Telekung/ Sejadah
- Kain pasang
- Beg tangan
- Set penjagaan diri
- Set make-up
- Set mandian
- Minyak wangi
- Kasut
- Barangan Kemas (ikut kemampuan)
- Barang-barang yang diminati sang teruna kita tu. :)
- Makanan (Kek, Cup cakes, Buah-buahan, Coklat)
Sebelum nak beli barang hantaran tu, bincang dulu korg teruna dara barang apa nak beli. Jangan beli barang yang dia tak pakai, membazir! Ok?
Good Luck.
No comments:
Post a Comment