12 February 2015

Hari Persandingan (The Reception)

Tarikh : 11 Oktober 2014
Tempat : Dewan Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan
Waktu : 12.00 tgh hari
Tema : Coral + Mint

Lepas selesai je nikah, tangkap gambar sikit kt masjid ptu aku pergi makan kejap, (sempat! hehe..) lepas tu terus rushing balik rumah bersiap untuk sanding pulak. Nak tukar baju make up semua. Sebenarnya plan asal sebelum bersiap tu nak shoot sikit dalam bilik. (dah siap hias bilik dengan beli cadar merah ikut tema nikah) Tapi sebab ada perubahan waktu sanding dipercepatkan so memang tak sempat. 

Alolo meh sini sayang betulkan.

Lepas dah siap make up semua, (dalam 1 jam lebih) ktrng terus ke dewan naik kereta Ablong. Hantar betul-betul depan pintu masuk dewan. Lepas tu, terus berarak ke meja makan beradab. Memang plan siap-siap nak makan dulu sebab pelamin atas pentas, so taknak lah masuk-masuk terus sanding lepas tu nak turun pentas pulak pergi ke meja lepas tu naik balik nk tangkap gambar. Nanti leceh dan ambil masa. So terus ke meja makan. Meja makan ktrng by Inai D'Jari. (baca sini) Kat meja makan bukan makan sangat pun. Makan secubit dua lepas tu tangkap gambar sikit, suap-suap terus naik pelamin.

di meja makan beradab bersama keluarga belah lelaki dari Melaka.

atas pelamin gituuu
Pengapit!


Kayu gila badan masing-masing. HAHA.



Photographer ktrng Atelier Porto.

Hari Pernikahan (The Solemnization)

HAHAHA.
Kelakar jap. Dah 3 bulan kawin baru nk update pasal kawin.

Tarikh : 11 Oktober 2014
Tempat : Masjid Ketari.
Waktu : 9.00 pagi
Tema : Putih + Merah
Hantaran : 5 dulang (Perempuan) 3 dulang (Lelaki)

Untuk nikah aku make up sendiri, so memang aku nak light je time nikah. Aku make up pun pakai bedak, calit eye liner, mascara, gincu merah. Thats all. Start nikah pukul 9 pagi. memang awal gila. First sebab aku sanding hari yg sama pada tgh hari nya. Then, Tok Kadi tu pun dah ada majlis nikah pukul 10 lepas tu.

So bermula lah masuk masjid. Berdebar gila! Masuk je masjid nampak Azam dengan ayah dan bbrapa org tengah berbincang kat depan. Aku nikah berwalikan bapa. So ayah aku sendiri yg akan 'gegar tangan' azam. HEHE. Lepas tu semua dh ready set up bantal duduk. Malangnya, kami tak pakai mic. So memang sepatah haram dorg cakap pun tak dengar lah kan. Sedih!

Sebelum tu, ayah datang kat aku.
Ayah : Aisyah, izinkan ayah menikahkan kau dengan muhammad azam. *proper gila ayah cakap time tu. *
Aku : Kaklong izinkan. *nervous!*

Lepas tu ayah bangun ke depan Azam pulak. Bermulalah "Aku nikahkan dikau bla bla bla.." *tak dengar kt belakang* :( Lepas tu tengok semua angguk2. Semua tadah tangan. Alhamdulillahhhhh~ Tau2 dah sah weiii hahaha. Mana nak datang sedihnya HAHA. Ibu pulak duduk kt luar masjid sebab uzur. So memang takde yg nak buat aku sedih lah. Cume dalam hati. Haa aku dah jadi isteri Azam? Betul ke ni? Lepas ni nk buat ape ni. HAHA.

Baju Melayu Nikah Azam : Beli kat Jakel by Zizan Razak. Tengah sale nak raya percuma samping.
Muka nervous Azam. Baju biru belakang tu pengapit lelaki, kawan Azam.

Muka kena pasang telinga.

Dupdup! Dupdup!

Bersyukur sangat kat belakang aku complete kawan-kawan baik aku.
Fafarinqacayu. Fatin je takde.

Sah! Alhamdulillah.

Bunga Tangan : Sponsor by Wande. (Nenek Sedara)

Azam baca taklik nikah depan aku.

Baju Nikah : Beli kat kiosk dalam Aeon AU2.
Veil : Sponsor by Kak Su.

Lepas selesai bacaan taklik, seisi tanda tangan kemudian salam suami. hehe.

Keluar masjid cari ibu dulu. "Kaklong dah jadi isteri dah ibu"

Terima kasih ibu ayah sebab sokong pilihan kaklong.

Bergambar dengan keluarga belah suami.

Brides with the hantaran dan brides maid.

Hantaran kami.
Dulang hantaran : Sponsor by Ummi. (Makcik aku)
Hiasan hantaran : Aku sendiri dibantu oleh sepupu aku ena.

Sarah.


New Family. (Adik aku bongsu je takde)

Pengapit dan bridesmaid. Dua2 sepupu aku.

06 February 2015

Diari Ummi : Minggu ke 15

As salam..
Now dah 15 minggu dah. Aku still muntah-muntah. Mmg harap sangat jangan sampai dah nak bersalin pun masih muntah-muntah lagi. Hurmm. Lembik badan bila muntah.

Sekarang ni aku selalu dapat mimpi pelik. Ermm nak kata aku fikirkan sangat tak jugak. Timing tidur tu mgkn jugak. Ntah lah, jadi risau pulak bila terjaga pikir balik apa yang aku mimpi tu. Nak cerita pun takut. Hee. Hope everythinggggg is fine!

Perut pun dah makin kedepan ni. Hehehe. macam kelakar pulak tgk perut sendiri kat cermin. Bila tekan perut rasa keras. for surelah ada 'something' eh 'someone' kat dalam kan. Hehehe. Sebelum ni kalau tarik hembus nafas tu boleh nampak perut kita ke dalam ptu keluar. tapi skg sama je. HAHA. << tiba-tiba jakun dengan perut sendiri. belum boyot lagi. esok dah boyot siap ah jalan kengkang2 HAHA.

Susahnya aku ni stay jauh dari org tua. So apa-apa nak kena call, nak kena tanya ibu. ini boleh tak itu boleh tak. Hari tu beli glucosin sebab aku tak boleh nak telan air masak, rasa mcm loya. Kalau order kedai air manis dan berais je.Ptu ibu tegur kenapalah beli glucosin tu, nnt diabetis sok bru tau. Huu Kalau stay sekali at least org tua kita boleh pantau kita. Apa kita buat apa kita makan. Hee. Miss you ibu!

Aku cuba untuk tidak melayan kerenah aku sendiri. Aku cuba ok. Hmm. :(

27 January 2015

Diari Ummi : Minggu ke 13

As salam.....
Lama benor tak updated. hehe. Ada masa sikit baru update macam biasa tukar lagi template. Harharhar. 

Alhamdulillah. Dah masuk 2nd trimester. Dannnnnnn sgt lah mencabar. :( Normally, ibu mengandung akan berasa lega lepas dh 2nd trimester tp bukan aku. Lagi teruk muntah2 aku. :( Kepala kemain berat lagi. Aku syak aku kurang pengambilan makanan berkhasiat. Heh! Air mineral mmg tk berusik lah. Loya betul. Mesti nk air manis je. Bahaya betul. Huh! *marah kt diri sendiri.

Aku dah pergi buat very first medical check-up kat klinik kesihatan cheras baru. Untuk 1st time ni azam gigih lah nk temankan. Lepas ni? tak tau la die sudi lg ke tak nk teman. Hiks! Macam biasalah klu dah nama pun hospital, tempat ramai orang, kerajaan pulak tu kan. Memang berbulu lah jugak menunggunya. Takpe, yang penting diri ni kne check sihat ke tidak. :)

  1. Urine test
  2. Blood Test
  3. Blood Pressure Test
  4. Physical Test (Check kuku, perut, breast, tekak)
  5. Dapat ubat (Folid Asid, Vit B Complex dan Iron)
Dapatlah buku merah tu. Nanti penuhlah conteng-conteng buku tu. HAHA. Nurse suruh pergi check gigi, sebab baby dlm perut kongsi kalsium dgn kita so takut gigi dan gusi kita rosak. Lepas tu bru teringat adalah jgk berapa kali aku gosok gigi berdarah. Dulu tak pikir pun apa2, sekarang baru tau. Lagi satu, sebab bila kite kerap muntah, asid dlm perut tu melekat kt gigi. Takut gigi kita terhakis dan rosak kerana asid tadi. Lepas muntah jangan terus gosok gigi, kumur-kumur dulu then lama sikit baru gosok gigi. Aku kumur listerine je. Hmmm tunggu lah pulak next check up pulak camne cerita dia. -.-


Aku kecik-kecik. Hmmmm camne esok anak aku yek? Boy ke girl. Wallhua'lam.
Aku Ibu Ayah.

The pain that i have been feeling, can't compare to the joy that's will coming.