27 January 2015

Diari Ummi : Minggu ke 13

As salam.....
Lama benor tak updated. hehe. Ada masa sikit baru update macam biasa tukar lagi template. Harharhar. 

Alhamdulillah. Dah masuk 2nd trimester. Dannnnnnn sgt lah mencabar. :( Normally, ibu mengandung akan berasa lega lepas dh 2nd trimester tp bukan aku. Lagi teruk muntah2 aku. :( Kepala kemain berat lagi. Aku syak aku kurang pengambilan makanan berkhasiat. Heh! Air mineral mmg tk berusik lah. Loya betul. Mesti nk air manis je. Bahaya betul. Huh! *marah kt diri sendiri.

Aku dah pergi buat very first medical check-up kat klinik kesihatan cheras baru. Untuk 1st time ni azam gigih lah nk temankan. Lepas ni? tak tau la die sudi lg ke tak nk teman. Hiks! Macam biasalah klu dah nama pun hospital, tempat ramai orang, kerajaan pulak tu kan. Memang berbulu lah jugak menunggunya. Takpe, yang penting diri ni kne check sihat ke tidak. :)

  1. Urine test
  2. Blood Test
  3. Blood Pressure Test
  4. Physical Test (Check kuku, perut, breast, tekak)
  5. Dapat ubat (Folid Asid, Vit B Complex dan Iron)
Dapatlah buku merah tu. Nanti penuhlah conteng-conteng buku tu. HAHA. Nurse suruh pergi check gigi, sebab baby dlm perut kongsi kalsium dgn kita so takut gigi dan gusi kita rosak. Lepas tu bru teringat adalah jgk berapa kali aku gosok gigi berdarah. Dulu tak pikir pun apa2, sekarang baru tau. Lagi satu, sebab bila kite kerap muntah, asid dlm perut tu melekat kt gigi. Takut gigi kita terhakis dan rosak kerana asid tadi. Lepas muntah jangan terus gosok gigi, kumur-kumur dulu then lama sikit baru gosok gigi. Aku kumur listerine je. Hmmm tunggu lah pulak next check up pulak camne cerita dia. -.-


Aku kecik-kecik. Hmmmm camne esok anak aku yek? Boy ke girl. Wallhua'lam.
Aku Ibu Ayah.

The pain that i have been feeling, can't compare to the joy that's will coming.

30 December 2014

Family Trip Unplanned

Plan asal ialah ke terengganu. Dan sedia maklum dengan keadaan sekarang yg sgt2 tidak mengizinkan. Jadi, plan tersebut terpaksa di cancel kan. Hurmmm. Lepas tu bincang dengan ibu, kita pergi jalan tempat lain lah. Antara tempat yg dicadangkan ialah Melaka atau PD. Lepas tu dlm keadaan last minute tu jugak lah tercari-cari tempat penginapan semua. Cerita dia mmg semua full lah kan. -.-

Finally, angah call aku. "Kakak, malam ni ktrng tidur rumah kakak nak pergi uptown danau kota." Aku -.-

Mula-mula nak join lah jgk dorg pergi uptown, boleh makan cucuk2. tu je dalam otak aku. hehe. Lps tu dgn keadaan aku muntah2 nye mmg tk larat lah. Tapi pukul 12 tgh mlm kejut azam nk mkn cucuk2 jugak. Azam gigih jugak drive dlm mamai pergi downtown cheras tu bwk aku pergi mkn cucuk2. Lepas makan terus balik. hehehehe mengadakan. wiwiwiwiwi~

Pukul 2 pagi baru ibu ayah semua sampai ke rumah. 2 pagi ok. aku sempat tidur 2 kali. Azam mmg dh bye2 la tak sedar apa. Waktu siap kan tempat tidur dorg, bincang lah ktrng anak beranak nak pergi mana ni esok. HAHAHA. Baru nk bincang. Haih la. Ptu aku suggest lah jom pergi main ice skating. Ptu kite tgk wayang lah ptu makan kt ikea lah. Ok semua ikut je.

Pagi-pagi gerak ke the curve, dalam pukul 11 cmtu. jalan nasib baik clear tak jam. Sampai2 terus bwk pergi tempat ice skating. teruja masing2. :D



Tak pandai main skating jalan mengesot jela kat pagar. HAHAHA.

Ayah cuba utk ber'selfie' dgn menantu tapi tidak dilayan.

Tengok wayang cerita Night Museum.



Aku langsung tak check movie apa yg latest skg ni. So mmg tk tau nk pilih cerita apa. Pilih jela cerita Night Museum tu. Tak pernah tengok pun trailer dia. Dan tak tau pun ada Fat Amy! HAHAHA. tu fav Azam tu. Muncul je Fat Amy ktrng dua trus pandang ptu gelak HAHAHA. Seat ktrng pilih 4 seat atas 4 seat bawah.

Abang ipar dan adik ipar nya. Mana satu abg mna satu adik? hehe.





Gambar menggedik dengan Sarah.
Finally habis semua aktiviti ktrng. Dari pkul 12 sampai pkul 10 malam bru keluar dari the curve tu. Adik2 pun lepas makan dan solat sambung balik main ice skating dan ktrng pulak jalan-jalan. Larat kan jugak lah badan ni. Seharian suntuk! Esok nya topap tidur berjemaah. HAHA.


Sarah : "Kaklong nnt sarah nak baby girl tau. Nak buat geng"
Aku: "Hengat aku boleh suke hati ke nak switch mode girl ke boy. -.-" HAHA


Diari Ummi : Minggu ke 10

Sekarang ni blog ni updated pasal aku pregnant je. Huhu. Konon nak updated pasal kenduri kawin ritu, sampai sudah tak updated. -.- Takpela nnt dah ada masa (ntah bila pulak) baru updated gambar kawin.

Ok. Sekarang ni perubahan byk sgt kt diri ni. Muntah makin kerap. :( Bila malam susah nak tidur, mesti tak selesa dgn posisi waktu nak tidur. Haih. Tak tau nk dapat tidur yg lena tu mcm mana. Kalau dulu tidur mmg selalu nya terlentang, terbungkang. Tapi sekarang mcm dah tak boleh nk tidur posisi tu. Skjp ke kiri ptu ke kanan. Hmm penyudahnya sampai ke pagi, ptu terasa tak cukup tidur. :(

Kalau muntah tu, sbb lambat makan. Angin dah start masuk perut. Bila muntah sampai keluar buih je sbb dah tkde apa nk dikeluarkan. Hmm Hmm. Skg ni tengah amalkan makan kurma. Sentiasa ada dalam beg letak dalam tupperware kecil. Dgn kekacang sekali. Kalau rasa lapar, tak sempat nak ambil meals, ambil je kurma atau kekacang buat kunyah-kunyah. tp klu makan kunyah-kunyah mcm tu dlm keadaan perut kosong still tak sedap sebenarnya tapi still telan jugak. :(

Perut makin rasa sebu, rasa mcm menolak-nolak ke atas. Tak selesa sgt. Geram je nak letak minyak panas kt perut. Huuu sbb dah biasa klu sakit perut tonyoh je minyak pastu lega kan. Haih. So letak minyak kt atas perut jela. Itu pun kdg2 tk relief pun. Tahan jela.

Haih. Ini baru nak masuk 10 minggu. ada lagi berapa minggu nak hadap. Sabar, sabar. :( :)


18 December 2014

Diari Ummi : Minggu ke 8

As salam,

Kandungan genap 8 minggu. Ada lagi 28 minggu lagi. Fuhh! Berdebar. Hari ni dah start kecoh kat ofis pulak pasal aku pregnant.

"Tahniah. Rezeki kau lah cepat dpt anak."

Terima kasih semua akak-akak. :)

Apa yang perubahan pada diri aku ni,


  1. Selera aku tinggi! dan of course lah badan pun makin membulat sebulatnya. Hehehe. Tapi masalah aku susah nak dapat timing makan yang betul. Kadang-kadang aku selalu skip lunch. Hmm. Dan tak semua makanan aku boleh telan. Selera tu ada tp nak masuk makanan tu ada setengah makanan je yg boleh masuk. Contoh makanan yg tak boleh nak masuk tekak ni macam makanan ber-cheese, bersusu, sambal kerang dan ada lagi lah. Padahal makanan tu lah yg aku suka dulu. 
  2. Sakit kepala. Hmmm. Tiba-tiba je kepala ni berat macam ada batu bata dlm kepala. Pening dan sakit! Macam biasa lah encik suami yg kena tolong urutkan. "B, tolong urut kepala. B tolong urut belakang ni" Terima kasih B! 
  3. Asik nak tidur je. Kalau kat ofis ni pantang ada masa free je nak tidur. Mengantuk takdelah sgt, tapi tak tau lah. HAHA. Memang jadi pemalas semacam! Nak tidur je!
  4. Loya. Aku selalu rasa loya yang amat sgt. Tapi tak muntah! Muntah mmg jarang lah. (buat masa ni) Tapi loya tu ya rabbi macam nk paksa diri sendiri muntah tapi tk muntah jugak. Dia main kat tekak je. Hmmm. Gulp!
  5. Demam malam. Masalah demam malam ni masih ada lagi. Ingatkan dah kurang. Rupanya ada lagi. Bila malam je start la badan aku sejuk menggigil. Bila azam rasa badan, "Hmmm dah demam dah awak ni". Risau jugak. Takut efek pada kandungan. Hmm.
Ya Allah, perbaikilah diriku dan anak cucuku.
Suami Isteri